Oh! Artis

  • FacebookFacebook
  • TwitterTwitter
  • YoutubeYoutube
  • Google+Google+
  • Utama
  • Kami
  • Hubungi
  • Site Map
  • Iklan
  • Selebriti
    • Tempatan
    • Antarabangsa
    • Indonesia
  • Panazzz
    • Menarik
    • Bikin Panas
  • Gosip
    • Kisahnya
    • Cari Pasal
    • Gambar Artis
  • Gallery
  • TV
  • Kahwin
  • Muzik
  • Promosi
  • Umum
    • International Event
    • Isu Semasa
    • Gambar Menarik
  • Editorial
  • Wayang
    • Most Popular

      All time

    • Adegan ranjang bersama Nora Danish, “Ini kehendak pengarah” – Rusdy Ramli

      891 Comments

    • Tuduhan lagu Gangnam Style oleh PSY menghina Rasulullah

      809 Comments

    • Latest Stories

      What is new?

    • Mohd Tidak Mahu ‘Setel Luar’ Isu Tuduhan Merogol Zatul

      May 21, 2013

    • “Ya, kami putus selepas 2 bulan bercinta” – Fizo Omar

      May 21, 2013

    • Comments

      Most Recent

    • aizat on:

      Mohd Tidak Mahu ‘Setel Luar’ Isu Tuduhan Merogol Zatul

    • MohdRidzuan on:

      Saiful Bukhari Kahwin 25 Mei Ini Dengan Personaliti TV3, Nik Suryani


shifra-hijab
JustDealMy
ameen4all
onetelco
whitebeauty

1

Menarik · Panazzz · Selebriti · Tempatan

Resepsi Perkahwinan Fasha dan Jejai Bertiga

  • by Eiza Isis
  • June 5, 2012
  • Tweet
  • Share
  • Email
  • Tweet
  • Share
  • Email

Ahad, 3 Jun 2012 telah berlangsung resepsi perkahwinan Fasha Sandha dan Rizal Ashram (Jejai) di kampung halaman pengantin perempuan, di Kangar, Perlis. Pasangan ini mengabadikan Tasoh Lake Resort & Retreat sebagai meraikan hari bahagia mereka. Dan difahamkan idea bagi mengadakan majlis tersebut dicetus oleh ibu Fasha sendiri.

Lebih indah, bukan Fasha dan Jejai saja yang bersanding berdua, tetapi ‘bertiga’ dengan kandungan yang kini sudah berusia lebih satu bulan dan aktres yang sedang hangat menerusi drama bersiri Seindah Sakura ni ternyata sangat gembira dan bersyukur dengan apa yang kehidupan telah dilaluinya sekarang.

Majlis yang bermula pada jam 12 tengahari hingga jam empat petang itu telah berlangsung di hadapan tasik terbesar di negeri Perlis iaitu di Tasik Timah Tasoh. Pusat peranginan Tasoh Lake Resort & Retreat ini telah menjadi saksi penyatuan dua jiwa diantara Fasha Sandha dan Rizal Ashram.

Kedua mempelai yang dirai tiba di lokasi majlis resepsi pada kira-kira jam 1.45 tengah hari seperti mana yang dijadualkan. Mereka menaiki van mewah berwarna hitam dan diiringi oleh perarakan kereta mini yang menjadi tarikan kepada rombongan tersebut. Kedua mempelai yang menginap di sebuah hotel di Kangar telah diarak sejauh 35 kilometer untuk sampai ke Tasoh Lake Resort & Retreat. Mempelai telah disambut dengan tarian terkenal negeri Perlis iaitu Canggung dan Tari Tualang Tiga.

Bertemakan persandingan dalam taman menjadi pilihan Fasha Sandha, majlis berkonsep terbuka ni meriah dengan kehadiran lebih kurang 800 hadirin yang terdiri daripada keluarga, sahabat handai, para peminat serta pihak media. Turut hadir memeriahkan majlis, bekas menteri besar Perlis iaitu Dato’ Seri Shahidan Kassim dan beberapa orang kenamaan lain.

Pada majlis tersebut Fasha anggun berseri-seri mengenakan busana kebaya moden rona keemasan hasil sentuhan pereka fesyen Rizman Ruzaini yang dilihat sedondon dengan Jejai yang segak lengkap bertanjak dan tengkolok. Majlis pada hari tersebut telah diacarakan oleh pengacara popular Fiza Sab Jahan. Selepas majlis menepung tawar dan merenjis dilakukan pengantin melangkah segak ke meja beradap untuk makan beradap.

Sepatutnya Fasha mempunyai sepasang lagi persalinan bagi upacara memotong kek, namun gaun mewah itu tidak dipakai. Mungkin kerana cuaca yang panas dan kawasan membuatkan dia hanya memperagakan sepasang sahaja busana pada petang tersebut. Fasha yang dikenali dengan sikapnya yang sangat mementingkan masa itu memegang janjinya apabila tepat jam empat petang dia sudah melangkah untuk meninggalkan majlis tersebut.

Fasha dan Jejai telah selamat di ijabkabulkan pada 27 April lalu di sebuah majlis tertutup di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur. Selang dua minggu kemudian aktres jelita ini berkongsi berita gembira bersama peminatnya menerusi laman sosial twitter miliknya, mengkhabar, dia disahkan hamil.

Tahniah.

OH ARTIS :BERSYUKUR LEIBH RAMAI ARTIS KAHWIN. MENGHALALKAN YANG HARAM.

Tags: fasha dan jejai kahwinfasha kahwinfasha kawinfasha-jejaiperkahwinan artisresepsi perkahwinan fasha dan jejaiResepsi Perkahwinan Fasha dan Jejai Bertiga


— Eiza Isis

  • Previous story (Tahniah) Hujan Juara Versus Tv9
  • Next story (Tahniah) Anak Sulung Bawang Merah – Nia Ramadhani
0 comments
  Livefyre
  • Get Livefyre
  • FAQ
Sign in
+ Follow
Post comment
 
Link
Newest | Oldest
  • Sponsor


  • Tentang Kami


    Oh! Artis merupakan laman hiburan terkemuka di Malaysia di mana aktif memaparkan berita-berita terkini tentang selebriti tempatan dan antarabangsa. Jimatkan duit anda dari membeli majalah kerana semuanya ada di sini! Heh!
  • Tabs

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • ohartis-mohd-mentor-zatul-rogol-1Mohd Tidak Mahu ‘Setel Luar’ Isu Tuduhan Merogol Zatul21/05/2013
    • fizoomar-kekasih“Ya, kami putus selepas 2 bulan bercinta” – Fizo Omar21/05/2013
    • ohmedia-afganMenangi Tiket Percuma Konsert Mega Bintang – Rossa, Ungu, Afgan20/05/2013
    • ohartis-afiq-muizAfiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya20/05/2013
    • ohartis-Siti-Nordiana-2Siti Nordiana Temui Pengganti Arwah Achik20/05/2013
    • ohartis-justin-bieberJustin Bieber Hentikan Konsert Ketika Azan Berkumandang20/05/2013
    • ohartis-mencari-cinta-rusdy-ramli-nora-danishAdegan ranjang bersama Nora Danish, “Ini kehendak pengarah” – Rusdy Ramli27/03/2013
    • ohtidak-gangnam-styleTuduhan lagu Gangnam Style oleh PSY menghina Rasulullah09/09/2012
    • ohartis-norman-kru-anti-pas“Orang Tidak Rasional Sahaja Yang Tidak Boleh Menerima Kenyataan Saya” – Norman KRU30/04/2013
    • ohartis-saleh-yaacob-bangkang-dari-longkang-1Bangkang Dari Longkang – Salih Yaacob Umum Persaraan28/02/2013
    • aizat on:Mohd Tidak Mahu ‘Setel Luar’ Isu Tuduhan Merogol Zatul
    • MohdRidzuan on:Saiful Bukhari Kahwin 25 Mei Ini Dengan Personaliti TV3, Nik Suryani
    • bulan mentari on:Afiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya
    • lekatlekit on:Mohd Tidak Mahu ‘Setel Luar’ Isu Tuduhan Merogol Zatul
  • Premium


  • Filem

  • Kami di Facebook & Twitter



    Follow @ohtweet
    • Gosip Terkini

      • Mohd Tidak Mahu ‘Setel Luar’ Isu Tuduhan Merogol Zatul
      • “Ya, kami putus selepas 2 bulan bercinta” – Fizo Omar
      • Menangi Tiket Percuma Konsert Mega Bintang – Rossa, Ungu, Afgan
      • Afiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya
      • Siti Nordiana Temui Pengganti Arwah Achik
      • Justin Bieber Hentikan Konsert Ketika Azan Berkumandang
    • Mulut Kepoh

      • aizat on Mohd Tidak Mahu ‘Setel Luar’ Isu Tuduhan Merogol Zatul
      • MohdRidzuan on Saiful Bukhari Kahwin 25 Mei Ini Dengan Personaliti TV3, Nik Suryani
      • bulan mentari on Afiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya
      • lekatlekit on Mohd Tidak Mahu ‘Setel Luar’ Isu Tuduhan Merogol Zatul
      • Cikgu Shikin on Afiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya
    • Kami

         Creative Commons License
    • Carian

    • Iklan
    • Site Map
    • Penafian
    • Hubungi
    • FacebookFacebook
    • TwitterTwitter
    • YoutubeYoutube
    • Google+Google+

    © 2008 - 2013 | Oh! Artis by Oh! Media Network | Some Rights Reserved | Powered by People.