
Penyanyi Shila Amzah meluaskan empayarnya dalam bidang perniagaan dengan memperkenalkan produk kesihatan sendiri, Collagen Enrich. Shila atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Amzah, 22, ingin berkongsi rahsia kecantikan bersama peminatnya.
Menurut Shila, idea untuk menghasilkan produk kesihatan ini sudah lama difikirkannya. Namun, kerana kesibukan dalam menguruskan jadual hariannya menyebabkan niat itu sentiasa ditangguh.

“Alhamdulillah, kini produk, Collagen Enrich ini berjaya dipasarkan. Saya juga telah mendapatkan beberapa pembekal untuk memasarkan produk ini. Saya tidak akan mengadakan sebarang majlis pelancaran kerana kami telah memiliki ejen terbesar dan pelanggan tetap untuk promosi serta memasar produk ini.
Saya memang berhasrat untuk memiliki produk kecantikan sendiri kerana saya amat menitikberatkan soal kecantikan.”
Wah, selepas ini peminat-peminat Shila pun akan cantik kulitnya seperti Shila. Tahniah buat Shila yang menceburi bidang perniagaan. Kolagennya pun tidak mahal, hanya RM49.00 je pun.
OH ARTIS: KOLAGEN DALAM KULIT DAH MAKIN PUPUS DAH NI. NYAH-NYAH SUKA AMBIL KOLAGEN NI. EEHEHE



















