
Pentas Versus TV9 yang menghimpunkan artis dan band ternama industri tanahair dalam menggubah lagu telah melabuhkan tirai finalnya tempohari.

Dengan peratusan undian yang agak tinggi berbanding kumpulan yang lain, Hujan berjaya mengungguli senarai kumpulan yang lain untuk bergelar juara. Walaupun tipis sebanyak 50.6 peratus berbanding kumpulan Go Gerila 49.4 peratus, kumpulan Hujan berjaya merebut gelaran juara pertandingan Versus, yang diadakan secara langsung di Space U8, Shah Alam semalam.
Memilih lagu Lamunan Terhenti sebagai pertaruhan untuk pentas akhir ini dan berentap dengan beberapa kumpulan lain yang hebat seperti Go Gerila dan Black & Parallax akhirnya membuahkan hasil apabila Hujan telah dipilih oleh penonton sebagai juara Versus.
Persembahan Hujan sememangnya tidak boleh disangkal kehebatan mereka lebih-lebih lagi dengan penampilan mengejut Dato’ Siti Nurhaliza sebagai duet khas. Hujan membawa pulang plaque kemenangan Versus selain wang tunai RM200,000 sebagai ganjaran utama selaku juara keseluruhan.
Tahniah kepada Hujan dan juga Go Gerila.
OH ARTIS: TERUSKAN BERKARYA DAN MENUNJUKKAN KEHEBATAN BAND-BAND TEMPATAN U OLS!



















