Dibenci masyarakat sekeliling hanya kerana lakonan antagonis atau watak jahat? Benda ini ada positif dan negatifnya. Kalau dipandang dari sudut positif, lakonan yang menjadi tetapi dari sudut negatif orang pula membenci. Inilah kemelut Wan Sharmila mengakui pernah di pandang serong oleh masyarakat sekeliling hanya kerana watak dibawanya dalam lakonan.

“Dulu orang benci saya kerana watak Yvone menerusi drama bersiri Nora Elena. Kini, orang benci saya kerana Anida menerusi drama bersiri Seindah Sakura.”
Pada mula penglibatannya dahulu, sememangnya dia kurang selesa dilabel gedik dan jahat. Namun Wan Sharmila Wan Mohamad kini sudah boleh menerima yang semua itu membuktikan kredibiliti dalam bidang ini, selain pendorong untuk mencabar kemampuan diri.
“Memang rasa tak selesa bila digelar perempuan jahat. Pernah satu hari, ketika sedang beratur untuk membeli minuman, ada beberapa orang berhampiran saya berbisik sesama sendiri sambil memandang ke arah saya. Namun bila sering berdepan dengan pengalaman sama, saya rasa sudah biasa dengan situasi sebegini.”
Tidak hanya memberi kesan terhadap golongan dewasa, Wan mengakui, lakonannya itu turut memberi kesan kepada kanak-kanak.
“Kebetulan, saya terbaca sebuah blog yang menceritakan mengenai anaknya bertanya mengapa dia memotong rambut pendek seperti perempuan jahat di dalam televisyen. Perempuan jahat yang dimaksudkan itu adalah saya kerana menerusi Seindah Sakura saya berambut pendek dan dia sering menonton drama itu bersama ibunya. Bila saya baca, rasa tak seronok juga kerana saya boleh bayangkan, jika anaknya itu berjumpa saya tentu dia lebih takut.”

Namun begitu, Wan Sharmila akan tetap menerima watak jahat selepas ini. Tiada masalah baginya kerana itu bermakna lakonannya berkesan dan menjadi. Tidak kurang juga ada yang memberi pujian menambahkan lagi semangat gadis berumur 31 tahun ini. Jika diikutkan, dia sebenarnya adalah seorang yang pendiam dan tidak gemar bergaul dengan orang lain.
Sememangnya watak lakonan hanyalah sekadar watak lakonan. Dia baru sahaja selesai penggambaran bagi drama bersiri Rock Kapak yang akan disiarkan di Astro Warna bermula 19 Jun ini.
Rock Kapak bakal menggandingkan Wan bersama Jalil Hami, Kazar dan Acong. Sama-sama kita nantikan adakah satu lagi watak antagonis dibawanya.
OH ARTIS: BERLAKON BAIK KE JAHAT KE, JANJI REALITI KENA BENAR. YANG REALITI JUGA LAKONAN, PARAH!























@iezawawa thanks for RT
pertama
kedua
batak
mean , lakonan dy bekesan letew
bagus lah tu. erti nya performances nya mantap berabis
Kesiannnnnnnnnn.
Kira hebat la lakonan dia smpai org benci hehehehe
Tp knp anida leh mati lam ctew 2.
mmg geram dgn dia. gediks!
lakonan berjaya ! syabas
Nmpk mreka cm budak2…pdahl hnya lakonan…
Hahahhaha…
Masyarkat trlalu EMO sgt…
Haahahha…
Pelik tulll….
biasanya makcik2 ni yg beremosi tngok drama….smpi bawa ke realiti plak….
Perwatak kan ohsemm good job……;)
memang patut kena benci..aku benci die
berjaya membawa watak dgn bagus skali
Xpe..tu mknenye die brjaye bwk watak jahat
dulu eyvone skrg anida pulak.haha
Aku suka kt dia ni sejak drama merah putih dulu.tp seindah sakura nyampah gak la tgk watak dia.tp dia pnye tu besar siot.badan kerempeng lak tu tp BESARRRR…cuba bygkn.perghhhhh
jgn lupa saksikn drama rock kapak =)
ape yg besar??baek punye..
huhhu bawak blik tropi aa nanti tu
Umo da 31 kot.. Tp bwk watak 17 taon… Awet muda kut…
wataknya menjadi la tew…good job!
watak yg jadi jahat tu kew.. keke
Nilah masyarakat yg keliru dgn watak sebenar dgn watak dlm drama…. huhu
tiap kali tgok dia msti ketuk lutut
congrat to wan sharmila la sampai org boleh benci die…so watak yang die bawak memg terbaik la
haha..mcm siot je…
Menjadi lakonan Kak Lala.. Seindah Sakura