

BlackBerry® merupakan sebuah smartphone yang tidak perlu diperkenalkan lagi sebenarnya. Tidak kira apa saja peringkat usia, sangat mudah untuk kita lihat BlackBerry® berada di tangan mereka. Biarpun BlackBerry® dikatakan sebagai smartphone yang bersesuaian dengan golongan korporat, BlackBerry® masih releven untuk digunakan oleh semua peringkat umur tanpa mengira status terutamanya mereka yang mementingkan hubungan dengan yang tersayang, silaturahim bersama sesiapa sahaja rakan BBM mereka.
Celcom baru-baru ini melancarkan secara rasmi BlackBerry® Curve 9320 di tiga buah cawangan Blue Cube terpilih di seluruh Malaysia. Sabtu lalu, ribuan peminat BlackBerry® mengeremuni Blue Cube di Pavilion KL untuk menikmati diskaun 85% dari harga pasaran untuk BlackBerry® Curve 9320. Ini bukan pertama kali BlackBerry® dan Celcom melakukan perkara yang sama di mana ketika pelancaran BlackBerry® Torch contohnya, beribu pengguna BlackBerry® sanggup beratur dari awal pagi semata-mata ingin menjadi 100 yang terawal menikmati potongan harga tersebut. Begitu juga kali ini di mana bayangkan hanya dengan bayaran minimal RM118, BlackBerry® Curve 9320 kini menjadi milik anda. Siapa yang tak mahu bukan? Tidak cukup dengan itu, lima pengunjung bertuah hanya perlu membayar RM88 dan pulang bergaya bersama BlackBerry® Curve 9320 yang terkini. Fuh!

Apapun jika anda terlepas untuk memiliki harga potongan 85% BlackBerry® Curve 9320 Sabtu lalu, usah bersedih kerana Celcom masih lagi menawarkan harga terendah untuk BlackBerry® Curve 9320 iaitu pada harga serendah RM388 sahaja melalui pakej hebat yang mereka sediakan. Sememangnya cukup murah bagi jutaan peminat dan pengikut BlackBerry® di Malaysia.

BlackBerry® Curve 9320 yang terkini ini jelas masih mengekalkan fungsi hebat sedia ada tetapi memberikan keupayaan yang lebih baik dengan wujudnya kekunci khas untuk akses terus ke BlackBerry Messenger (BBM) yang merupakan platform sosial paling popular selain akses mudah ke Facebook, Twitter dan lain lain.
Berbekalkan GPS (global positioning system) terbina dalam, kamera 3.2MP, hubungan 3G/HSDPA selain sokongan WiFi berserta jangka hayat bateri yang mampu bertahan lebih lama BlackBerry® Curve 9320 sememangnya pilihan terbaik untuk anda ketika ini.

Celcom menawarkan kawasan liputan terluas di’Malaysia walau di’mana pun anda berada selain daripada menawarkan pakej telefon bimbit pintar BlackBerry® dengan harga yang terbaik. Anda boleh melayari www.celcom.com.my/smartphones untuk maklumat lanjut.

OHARTIS: KAMI SENDIRI AMAT BERPUAS HATI DENGAN BLACKBERRY BOLD 4 YANG DIGUNAKAN KETIKA INI BERSAMA PLAN HEBAT DARI CELCOM! JELAS ANTARA PEMBEKAL TALIAN TELEKOMUNIKASI DI MALAYSIA TERBAIK DAN TERLUAS DI MALAYSIA SETAKAT INI. CUBALAH SENDIRI!

















