

Akhirnya, doa para peminat dimakbulkan. Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin yang kini berusia 46 tahun telah menamatkan zaman solo’nya bersama seorang juruterbang Firefly, Azhar Ghazali yang berasal dari Muar, Johor. Ella 16 tahun lebih tua dari Ghazali yang baru berusia 30 tahun.
KLANG – Ratu Rok Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 46, mengakhiri zaman bujang dan malam ini sah bergelar isteri kepada juruterbang Firefly, Azhar Husaini Ghazali, 30.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Telok Gadong, Baharudin Abu Bakar manakala abang sulung Ella, Mohd Nor Izam Aminuddin bertindak sebagai wali.
Dengan hanya sekali lafaz, pasangan ini yang berkenalan sejak sembilan tahun lalu sah bergelar pasangan suami isteri.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai ini berlangsung di rumah keluarga Ella di Telok Gadong di sini kira-kira jam 10.35 malam ini.
Majlis yang diadakan dalam suasana sederhana namun meriah, dihadiri kira-kira 200 jemputan terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua pihak.
Pengantin perempuan menerima RM50,300 sebagai mas kahwin dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pihak perempuan. Antara barang hantaran yang diberi adalah kek, set minyak wangi, dan cincin.
Penyanyi kelahiran Gelugor, Pulau Pinang ini tampil anggun mengenakan busana rekaan Syaiful Baharim.
Majlis resepsi pasangan pengantin baru ini dijangka diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, 1 Disember ini.
Ella dikatakan sudah mengenali Azhar sejak sembilan tahun lalu dan hubungan mereka hanya serius semenjak tiga tahun lepas.
“Ella rasa syukur segalanya dipermudahkan. Setelah sering ditanya bila akan naik pelamin, Allah makbulkan hari ini,” katanya yang ditemui selepas majlis itu, dipetik Bernama.
Penyanyi itu mengesat air mata kegembiraan selepas sah bergelar isteri kepada Azhar. – SH

Berikut adalah lagi 20 gambar terbaik dengan resolusi tinggi yang dari photographer rasmi perkahwinan Ella dan Azhar khas untuk pembaca Oh! Artis & Oh! Media.




















Terima kasih kepada pihak photographer rasmi perkahwinan Ella dan Azhar, Mukhriz Latif & Udey Ismail Photography. Layari web mereka di www.mukhrizudey.com untuk lebih banyak gambar yang menarik.
OHARTIS: SEMOGA HUBUNGAN YANG TERBINA ANTARA ELLA DAN AZHAR BERKEKALAN HINGGA KE SYURGA. DOA PEMINAT SENTIASA BERSAMA ANDA BERDUA. BARAKALLAH.




















