
Antarabangsa · Bikin Panas · Panazzz · Selebriti
Ibu Michael Jackson Dilucutkan Hak Penjagaan Anak-anaknya
Mendiang Michael Jackson sudah meninggal dunia pada tahun 2009 pada usianya 50 tahun akibat dos berlebihan anestetik, propofol. Namun begitu, pergelutan hak penjagaan tiga orang anak-anaknya masih lagi bermasalah. Sejak kematian penyanyi dunia itu, ibu Michael iaitu Katherin Jackson menjadi penjaga mereka bertiga. Akan tetapi baru-baru ini telah berlaku pergelutan kecil di rumah mendiang tentang isu tersebut.

Dari Kiri : Prince Jackson, Blanket Jackson dan Paris Jackson
Keretakan dalam keluarga Jackson mula muncul sejak kebelakangan ini. Polis turut dipanggil ke rumah Katherina Isnin lalu meleraikan pegelutan yang melibatkan dua ahli keluarga Jackson. Ketika itu Katherine yang merupakan penjaga mereka dilaporkan menghilangkan diri. Memburukkan lagi keadaan, Paris Jackson turut membuat status di Twitter miliknya, mengatakan dia tidak melihat neneknya selama sembilan hari.
Oleh itu, kini tiga orang anak-anak Michael Jackson – Paris, 14, Prince Michael, 15, dan yang berusia 10 tahun Prince Michael II (dikenali juga sebagai Blanket) telah diarahkan oleh mahkamah Los Angeles dilucutkan hak jagaan dari nenek mereka dan diberikan kepada sepupu mereka, Tito Jackson Jr. Selain perubahan penjaga, mahkamah juga mengarahkan anak-anak Michael Jackson tidak boleh dibuang dari California.
OH ARTIS: APABILA MENINGGALNYA KEDUA IBUBAPA, ANAK-ANAK YANG AKAN DAPAT TEMPIASNYA. PASTIKAN MASA DEPAN ANAK-ANAK ATAU KELUARGA KITA TERJAMIN JIKA KITA SUDAH TIADA – Sekadar Renungan Bersama
Artikel Berkaitan





























