

Trailer filem Saya Amat Mencintaimu (SAM) arahan Muhamad Syafiq Yusof, pengarah termuda Malaysia yang berusia 18 tahun ketika mengarah filem ini. Dari trailer’nya sahaja, dah boleh nampak bagaimana pengarah muda ini mampu membawa masa depan yang cerah kepada industri perfileman negara. Syabas untuk Syafiq Yusof.
Filem pyscho thriller ini mengisahkan tentang Sam yang bekerja di sebuah syarikat percetakan yang mencintai Lisa iaitu rakan sekerjanya. Dalam masa yang sama, Lisa sering diganggu oleh Haikal dan timbulnya konflik pergaduhan antara Sam dan Haikal. Namun begitu, pada masa yang sama juga Jefri turut menaruh harapan pada Lisa. Filem ini dibintangi oleh Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Azad Jazmin, Syamsul Yusof, Neelofa dan ramai lagi. Ia bakal ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri.
STILL PHOTO:








Filem ini akan berada di pawagam pada 19 Ogos 2012 atau pada hari raya Aidilfitri.
Pada kami, sejak Datuk Yusof Haslam berehat dan memberikan tugas pengarah kepada anak-anaknya, Skop Productions sememangnya nampak lebih hebat. Untunglah anak-anak semuanya berkaliber tinggi. Mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi bukan? Kami di Oh! Artis memang tak sabar nak menonton filem ini biarpun kami tidak menghadiri tayangan media sebelum ini. Setelah melihat trailer filem ini, apa pandangan anda berkenaan filem ini? Berikan respon melalui Facebook comment di bawah.



















