
Wanita baligh diwajibkan bertudung yang merupakan salah satu kewajiban menutup salah satu aurat. Akan tetapi kebanyakkannya tidak mahu ambil tahu berkenaan perkara ini. Lebih-lebih lagi tentang azab yang bakal mereka lalui di akhirat kelak.
Akan tetapi terkini, dapat kita lihat banjiran wanita-wanita berhijrah ke arah yang lebih baik terutama sekali sekarang ini semakin ramai artis wanita yang kini mula bertudung. Terbaru ialah aktres kacukan Melayu-Inggeris, Sharifah Sofia.

Pelakon sitkom Spanar Jaya itu mengumumkan hal tersebut menerusi Twitternya yang disertakan dengan gambarnya bertudung. Melalui statusnya, Sharifah Sofi a menyifatkan penghijrahan imejnya itu sebagai bab baru dalam hidupnya.
Malah, ibu kepada Sharifah Ariana Syed Ismail yang berusia setahun lebih ini juga menolak secara baik sebarang publisiti mengenai penghijrahannya. Sebagai permulaan, Sharifah Sofi a sudah mula memadam gambar lamanya yang tidak bertudung di laman sosial miliknya.
Walaupun agak kurang sempurna, tetapi penghijrahan yang baik dan teruskan menyempurnakannya. Tahniah anda belum lagi terlewat untuk berhijrah selagi nyawa masih bersama.

OHARTIS : SUKA LIHAT WANITA BERTUDUNG. SEMEMANGNYA NAMPAK SEJUK DAN MAHAL.
Artikel Berkaitan




























