
Bikin Panas · Panazzz · Selebriti · Tempatan
Kisah sebenar disebalik gambar kemalangan Zed Zaidi yang tersebar

Penyebaran khabar angin sudah memang lumrah. Tidak terlepas juga berita kematian yang dipalsukan juga kisah malang lebih-lebih lagi kalau sudah bergelar selebriti. Pelakon Zed Zaidi, 32 juga tidak melatah apabila khabar angin di internet yang mendakwa dia cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada awal pagi Rabu. Malahan dia anggap itu biasa, hanya permainan dalam dunia hiburan.

“Tiada apa yang pelik dengan dakwaan dan khabar angin sebegini. Biasalah, sebagai selebriti saya tidak boleh lari daripada perkara sebegini. Apa yang penting, semua pihak perlu dapatkan pengesahan terhadap apa jua cerita yang timbul daripada tuan punya badan atau keluarganya. Seperti yang saya nyatakan di Twitter pada hari ini (Rabu) sebagai pengesahan kepada khalayak, kemalangan itu hanyalah babak dalam telefilem terbaru lakonan saya berjudul Hijrah Jahiliyyah. Hakikatnya, saya berada dalam keadaan okey.”
Zed Zaidi yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dikatakan terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Rabu dan berita itu tersebar dengan meluas menerusi Twitter dan rupanya itu hanyalah satu adegan kemalangan penggambaran telefilem arahan Ismail Yaacob.
Zed segera mengemaskini Twitternya untuk mengesahkan berita kemalangan yang tersebar hanyalah khabar angin.

“Saya terima khabar angin itu dengan hati terbuka. Tiada apa yang perlu saya marah atau kesalkan kerana sebagai selebriti, cerita seperti ini adalah perkara biasa. Selagi cerita yang timbul itu tidak memberikan kesan buruk, tidak apalah. Malah, penjelasan saya ini juga sudah memadai untuk meleraikan kekeliruan yang timbul.”
Baguslah begitu. Zed pun tidak melatah dengan khabar angin tu. Eloklah sebelum menyebar atau menulis mengenai sesuatu berita itu, kaji dulu kesahihannya.
OH ARTIS: MACAM-MACAM HAL. TAPI OK APA, DAPAT JUGA PROMOSI PERCUMA. SEMUGA DILINDUNGI ALLAH SELALU.



















