
Beberapa minggu lepas, masing-masing upload gambar berdua di Instagram. Ironinya, Apek menafikan mereka berdua mempunyai hubungan yang serius tetapi menurut si Launiey Natasha, mereka memang mempunyai hubungan yang serius. Biasalah Apek mesti nak jaga saham ye tak manakala si Launiey ni tak payah jaga saham sebab dapat bersama dengan Apek pun dah buat saham dia tiba-tiba naik beratus peratus.
Di dalam artikel tersebut, masing-masing memuat-naik gambar di Instagram dan jika anda masih belum baca artikel tersebut, anda boleh baca di sini.

Akhirnya, dilaporkan yang Apek juga telah membuat pengakuan yang hubungan mereka bukan lagi sekadar hubungan biasa. Terbaru foto mereka di muat naik sekali lagi menerusi laman Istagram masing-masing dan kali ini mereka kelihatan sungguh mesra dan seolah-olah sedang bercuti di sebuah pusat peranginan di tepi pantai. Dah takde nak sorok-sorok dah.
Cepat-cepatlah berumahtangga ya Apek? Seronok ooo berumahtangga ni. Selain ada orang jaga 24 hours, dapat juga tutup mulut puaka orang.
Kredit untuk Zubir.
OHARTIS: RATA-RATA PEMINAT APEK “MERESTUI” HUBUNGAN MEREKA BERDUA INI. NAMPAK SAMA CANTIK SAMA PADAN. KALAU DIIJABKABULKAN, TENTULAH PEMINAT-PEMINAT YANG PALING GEMBIRA.




















