
Bikin Panas · Gosip · Panazzz
Shila Amzah bakal adakan sidang media untuk menjawab segala kontroversi
Shila Amzah yang baru-baru ini menghilangkan diri dan berjaya ditemui di Kemaman,Terengganu telah menghadirkan diri untuk membuat persembahan di rumah terbuka anjuran Barisan Nasional di Sekolah Tinggi Han Chiang Pulau Pinang.
Bapa penyanyi tersebut ND Lala melarang anaknya daripada ditemubual oleh pihak media dan memberitahu bahawa satu sidang media khas akan diadakan bagi menjawab semua persoalan yang timbul .
Menurut beberapa sumber,Shila bersetuju untuk ditemu ramah selepas selesai membuat persembahan namun di halang dan di kawal rapi oleh sekumpulan pengawal peribadi sepanjang masjlis itu berlangsung.Shila kelihatan terpinga-pinga sebelum di bawa keluar oleh pengawal peribadi tersebut.Walaubgaimanapun,tarikh untuk sidang media itu berlangsung belum dapat dipastikan lagi.



















