Email: hi@ohmedia.my Subscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanLanggan Oh! ArtisSubscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanFeed Respon

(Review) Filem Jidin Sengal Sangat Menghiburkan

March 15, 2012 by  
Filed under Menarik, Panazzz, Promosi, Selebriti, Tempatan, Wayang

Share

Jidin Sengal

Malam semalam bertempat di E@Curve, Damansara telah berlangsung malam pratonton filem Jidin Sengal yang diterbitkan oleh Outloud Studios. Antara barisan artis yang hadir adalah Angah Rajalawak, Along Rajalawak, Zac X-Factor, Faezah Elai, Jue Aziz dan tetamu jemputan, Suhaimi Baba. Apa yang paling penting tentunya kehadiran pengarah muda untuk filem ini, Esmi Zahara dan tuan penerbit eksekutuf, Ernie Chen.

Berikut adalah beberapa gambar terpilih yang diambil photographer kami, Epilogue Epic.

Esmi Zahara merupakan seorang pengarah muda yang telah lama berkecimpung dalam bidang produksi sebuah filem sebelum ini bersama dengan Suhaimi Baba. Esmi menjadikan Suhaimi Baba sebagai gurunya bagi membentuk diri menjadi seorang pengarah yang baik. Kami agak terkejut melihat buah tangan pertama pengarah muda ini tampak jauh lebih baik berbanding beberapa pengarah muda lain yang walaupun telah menghasilkan banyak filem, namun hasil filem tersebut langsung tidak dapat memuaskan hati para penonton. Read more

(Review) Filem Gandingan Pelakon Tiga Negara, Fist of Dragon

December 13, 2011 by  
Filed under Antarabangsa, Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan, Wayang

Share

Filem bergenre filem aksi sememangnya menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia. Dari dulu lagi, kita selalu dipersembahkan dengan pelbagai filem aksi seperti kungfu dan sebagainya kemudian baru-baru ini baru penggiat filem di Malaysia mampu menghasilkan filem aksi tersendiri seperti KL Gangster, Hikayat Merong Mahawangsa dan beberapa yang lain.

Walaupun hasilnya tidaklah sehebat filem luar, namun ianya satu percubaan baik untuk industri perfileman negara yang kami percaya sedikit masa lagi dapat menghasilkan filem sehebat dan setanding filem luar seperti filem-filem Bruce Lee, Jacky Chan, Jet Li atau mungkin sehebat filem Flash Point dan Ip Man lakonan Donnie Yen.

Februari 2012 nanti para peminat filem aksi akan dipersembahkan dengan filem aksi terbaru yang dihasilkan oleh penerbit yang sama dengan filem Ip Man, iaitu filem Fist of Dragon. Filem ini lebih istimewa sebenarnya kerana penghasilannya merupakan kolaborasi antara pelakon Hongkong, Malaysia, dan juga Singapura. Lebih menarik, filem ini melakukan proses penggambaran sepenuhnya di Melaka!! Read more

(Video) Pekerja KFC yang sumpah biadap dan Pengotor

July 1, 2011 by  
Filed under Umum, Video

Share

Inilah jadi bila buat kerja tak ikhlas dan biadap. Langsung takde sivik. KFC dah ambil jadi pekerja pun kira bagus. Cubalah bersyukur sikit. Tak pasti kejadian ni di KFC mana, tapi memang confirm la di Malaysia. Harap ada pihak yang dapat menyiasat perkara ini. Disgusting woi!

Apa pendapat anda mengenai perkara ini?

+ Kredit video dari Jamil Bahrin dan Chokilala.

Zami Ismail dalam kenangan

June 19, 2011 by  
Filed under Al-Kisah, Gossip, Selebriti, Tempatan

Share

Hari ini adalah Hari Bapa dan disambut ceria semua bapa-bapa di Malaysia. Apapun hari ini bersamaan hari Ahad 19 Jun 2011 tepat jam 10:30 pagi, negara kita telah kehilangan seorang lagi pelakon veteran berbakat hebat iaitu Zami Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Uda yang menghembuskan nafas terakhir kerana serangan jantung. Sebelum ini kami pernah mengeluarkan artikel mengenai Pak Uda yang terlantar di wad ICU.

zami-ismail

Semua pun sedia maklum, Pak Uda adalah nama yang amat sinonim digunakan arwah ketika bersama-sama dalam team sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Pemergian Allayarham amatlah dirasai kita semua termasuk golongan-golongan artis di Malaysia.

Telatah arwah yang banyak berlakon di dalam filem-filem komedi hebat seperti Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan banyak lagi, itu sahajalah yang dapat menggamit kenangan silam kita semua ketika Allayarham masih ada. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allayarham Zami Ismail dan salam takziah dari kami buat Opie Zami dan keluarga.

OH! ARTIS: MEMANG SAYU HATI KAMI BILA MENDENGAR BERITA INI PAGI TADI. WALAUPUN BELUM PERNAH BERKESEMPATAN BERTEMU ARWAH, NAMUN KAMI DAPAT RASANYA ARWAH SEMEMANGNYA DEKAT DENGAN KITA SEMUA YANG MEMBERSAR DENGAN TELATAH DARINYA.

RIM minta kerajaan memusnahkan laman forum, Jiwang.Org

June 16, 2011 by  
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Share

Di Malaysia, mereka yang menggunakan internet pastinya mengenali sebuah laman forum yang amat berkembang sejak tahun 1998 lagi iaitu Jiwang.Org. Sejak dahulu lagi, laman forum ini sentiasa menjadi tempat utama pengguna internet di Malaysia berkongsi sesuatu atau mendapatkan sebarang maklumat. Namun, laman berkenaan sedikit jatuh oleh kerana Malaysia dilanda gelombang blog yang semakin hari semakin banyak. Tumbuh bagai cendawan. Apapun ianya tidak menjejaskan laman berkenaan oleh kerana mempunyai ahli setia mereka yang tersendiri. Read more

(Contest & Tiket Percuma) Konsert Incubus di Malaysia

June 15, 2011 by  
Filed under Antarabangsa, Menarik, Panazzz, Selebriti

Share

Siapa yang tak kenal pada sebuah band dari Amerika, Incubus? Incubus amat terkenal dengan lagu mereka, Love Hurts. Berita baik untuk para peminat band ini, pada 23 Julai 2011 ini nanti, akan berlangsung sebuah konsert hebat dari mereka di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Terima kasih kepada pihak Tune Talk kerana dapat membawakan Incubus datang ke Malaysia untuk beraksi di konsert yang akan menghimpunkan ribuan peminat mereka.

Untuk peluang memenangi tiket, anda juga boleh mendengarkan Fly FM dan Hot FM mulai hari ini untuk memenangi tiket percuma. Tiket percuma yang akan diagihkan berada dalam kategori Rockstar, VIP, dan juga tiket biasa. Mari kami jelaskan perbezaan antara tiga kategori tiket ini. Read more

(Gambar) Singapura bina pusat hiburan atas angin, Sky Park

June 15, 2011 by  
Filed under Gambar, Umum

Share

skypark-singapore

Pada 24 june di Singapore, akan dibuka sebuah lagi tempat yang menjadi “wonder of the world”. “Sky Park” Marina Bay Sands terletak 200 meter di atas ketinggian tiga bangunan pencakar langit yang kaan menjadi landmark Singapura. Ini adalah pembangunan paling mahal dalam sejarah pembangunan di dunia di mana di sini akan ditempatkan Casino, Bar, restaurant, kolam renang terbuka, muzium kesenian dan banyak lagi.

skypark-singapore
skypark-singapore
skypark-singapore
skypark-singapore
skypark-singapore
skypark-singapore
skypark-singapore
skypark-singapore
skypark-singapore
skypark-singapore
skypark-singapore
skypark-singapore
skypark-singapore
skypark-singapore
skypark-singapore
skypark-singapore
skypark-singapore
skypark-singapore

OH! MEDIA: BIARPUN SINGAPURA KECIL SAMPAI DAH TAK CUKUP TANAH, TAPI APA SUSAH MEREKA BUAT BANGUNAN ATAS ANGIN. DASHAT SUNGGUH.

(Gambar) Majlis Pratonton dan Review Filem 3,2,1 Cinta

June 15, 2011 by  
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan, Wayang

Share

14 Jun 2011 bertempat di TGV, Sunway Pyramid, krew Oh! Media telah sempat menghadirkan diri ke Majlis Pratonton filem terbaru keluaran Metrowealth Pictures, bertajuk 3,2,1 Cinta. Filem yang ber’genre’kan Romantik Komedi ini membariskan tiga pelakon remaja hebat seperti Farid Kamil, Diana Amir dan Pierre Andre dan menerima sentuhan hebat dari Azhari Zain yang selama ini amat gemar menghasilkan filem bergenre seram.

Pratonton ini turut mengundang ramai pengikut filem Metrowealth yang bertuah untuk dijemput menjadi yang terawal dapat menonton filem ini sebelum ianya ditayangkan seluruh Malaysia pada 16 Jun 2011.

Berikut adalah beberapa gambar pilihan yang sempat diambil krew Oh! Media sebelum tayangan bermula.

Review Kami

Terus terang, pada awalnya kami sekadar filem ini nampak biasa-biasa sahaja seperti filem-filem cinta yang lain. Akan tetapi, melihat dari trailer filem tersebut sahaja memang nampak menarik apabila Diana Amir cuba membawa watak seorang tomboi. Untuk itu, peluang untuk ke Majlis Pratonton filem 3,2,1 Cinta ini digunakan sebaiknya oleh kami untuk menyaksikan sendiri filem tersebut dan seterusnya mengeluarkan kritikan untuk filem ini.

Sebelum kami tuliskan review peribadi mengenai filem ini, saja nak beritahu yang semasa menonton filem ini, banyak scene yang membuatkan kami ketawa sendiri kerana sangat comel dan ada satu babak yang membuatkan air mata berlinangan dan ada penonton yang menangis terus. Jalan cerita yang amat mudah difahami serta dimuatkan dengan sound effect menarik, dilihat dapat membuatkan penonton tidak merasa bosan.

Sinopsis: Kisahnya bermula dengan seorang gadis bernama Siti Aisyah atau SAM lakonan Diana Amir. SAM berpenampilan kasar seperti seorang lelaki. Kira tomboi lah tu. Dia naik motor besar, sampai awek dalam kereta pun cuba mengorat kerana ingatkan dia lelaki. Semasa mendaftar ke sebuah kolej selepas berkali-kali menukar kolej sebelum ini, SAM bertemu dengan sahabat baiknya iaitu Fariz lakonan Pierre Andre. SAM punya perangai hari pertama baru daftar kolej pun, dia dah belasah seorang lelaki yang mengganggunya. Memang ganas.

Fariz menunjukkan SAM mengenai sebuah artikel yang memberitahu nisbah wanita berbanding lelaki telah mencecah 37:1 dan ini amat menakutkan SAM kerana menurut Fariz, wanita ganas seperti SAM ini selalunya akan berakhir sebagai anak dara tua (andartu). SAM risau dan terus membuat rancangan untuk mendapatkan teman lelaki.

Di sini muncul watak Nazril, seorang pelajar senior terhangat di kolej lakonan Farid Kamil. SAM yang berminat, dicabar oleh Fariz kerana menurut Fariz, Nazril hanya memandang gadis-gadis cantik sahaja di kolejnya. Mana yang tak cantik tu, semua dia akan buat mata juling. Malangnya, SAM juga tidak terkecuali dari mendapat respon mata juling dari Nazril.

Pelbagai usaha dilakukan SAM untuk mendapatkan perhatian dari Nazril dan sehinggalan Nazril jatuh cinta kepadanya. Pada ketika inilah, Fariz cuba meluahkan pengorbanan yang telah dilakukannya hanya kerana mencintai SAM. Pengorbanan apa yang dilakukan Fariz tu, itu korang perlu nengok sendiri. Gerenti sedih punya.

Agak-agak siapa yang dipilih SAM sebagai teman hidupnya? Itu kami taknak spoil’kan. Hehe.

Respon kami: Filem ini boleh kami katakan sebagai sebuah filem yang bijak kerana jalan ceritanya yang amat tersusun baik dan langsung tidak mampu membuat kami merasa bosan walau sekejap pun. Kesan bunyi dan muzik yang diselitkan sepanjang cerita ini amat baik sekali. Perasaan enjoy untuk menonton tu sama macam rasa enjoy kami menonton filem I’m Not Single.

Lakonan Diana Amir sebagai seorang gadis tomboi sememangnya amat menjadi. Lakonan Farid Kamil tentulah tak dapat dinafikan kehebatannya dan tidak kurang juga, Pierre Andre yang amat berjaya membawa watak seorang lelaki yang berlagak macho tetapi pada hakikatnya, sangat sengal.

Terdapat beberapa kekurangan dalam filem ini tetapi ianya amat kecil sekali berbanding apa yang dihidangkan filem 3,2,1 Cinta ini. Terdapat banyak elemen kekeluargaan, persahabatan dan juga percintaan diselitkan dengan amat baik sekali.

Kepada semua penyokong industri filem tempatan, kami berani jamin filem 3,2,1 Cinta ini akan memuaskan hati semua yang menonton. Jadi jika mempunyai kelapangan tu, pergilah menonton kerana anda pasti tidak akan menyesal. Tahniah kepada pihak produksi dan krew yang terlibat yang telah berjaya menghasilkan filem ini.

4/5 Bintang untuk filem ini. Kurang satu bintang hanya kerana ada beberapa watak pelakon tambahan yang cuba buat lawak, tetapi tak lawak pun. Apapun ianya tidak effect pada perjalanan cerita ini. Maaf jika anda mencari lagi mengenai kekurangan filem ini melalui artikel di atas kerana pada kami, ianya cukup sempurna. Pergilah menonton :)

OHARTIS: UNTUK INFO TERKINI MENGENAI FILEM-FILEM DARI METROWEALTH, BOLEH LA PERGI KE BLOG RASMI MEREKA DI http://metrowealthpictures.net

(Video) Kumpulan hacker dunia ‘Anonymous’ ingin menyerang Malaysia

June 14, 2011 by  
Filed under Umum, Video

Share

Ramai yang sedia maklum mengenai perkara ini. Kami juga ada mengeluarkan perkara ini di Facebook Oh! Media. Hacker yang menggelarkan diri mereka sebagai “anonymous”, akan mencuba untuk menyerang portal Kerajaan Malaysia pada hari Rabu jam 7.30pm GMT atau hari Khamis jam 3:30 pagi waktu Malaysia. Portal yang dimaksudkan adalah www.malaysia.gov.my. Operasi ini dinamakan “Operation malaysia”.

Pelbagai sebab mengapa mereka ingin memberi “pengajaran” kepada kerajaan Malaysia di mana kata mereka, kerajaan telah menyekat kebebasan pengguna untuk menggunakan internet. Ini adalah kerana baru-baru ini SKMM telah menyekat banyak website-website download untuk dilayari oleh rakyat Malaysia. Ya, memang kerajaan Malaysia amat strict dalam perkara ini.

Gambar di atas adalah notis yang ditinggalkan. Adakah mereka akan berjaya? Kehebatan Jabatan berkaitan jenayah cyber di Malaysia akan tercabar samaada kita mampu atau tidak menangkis serangan yang awal-awal telah diberitahu ini. Akhbar The Star ada mengeluarkan berita lanjut tentang ini.

Berikut adalah video yang ditinggalkan hacker tersebut.

Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world’s strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor.

We are Anonymous.

Ketahui lebih lanjut tentang kumpulan ini di Wikipedia. Adakah ianya akan benar-benar berlaku? Atau sekadar khabar angin sahaja? Sama-sama kita nantikan hari Khamis ini tepat jam 3:30 pagi.

OH! ARTIS: MALAYSIA BOLEH!

(Video) Maharaja Lawak Minggu ke-11 Kuantan

Share

Maharaja Lawak

Malam tadi kami tak dapat nak buat live update di blog ini atas sebab-sebab tertentu. Jadi kami buat live review/update dari Twitter kami sahaja. Kepada yang belum follow Twitter kami, bolehlah follow sekarang melalui www.twitter.com/ohtweet. Ini sahaja Twitter kami. Kalau ada nama-nama lebih kurang mengaku Oh! Media tu, sila abaikan sahaja.

Lawak malam tadi boleh kami kategorikan sebagai minggu paling hebat sejak berlangsungnya Maharaja Lawak di Astro Warna. Antara kumpulan paling menyerlah malam tadi adalah Jozan dan juga Sepah. Kedua-dua kumpulan ini dapat memberikan lawak yang amat hebat dan diluar jangkaan.

Untuk Nabil, Jambu dan R2, persembahan mereka biasa-biasa sahaja dan masih tiada kelas yang tersendiri terutama Jambu yang selalu mengulang-ulang ayat yang sama seperti “boleh tuju lagu” dan sebagainya yang membuatkan penonton berasa bosan kerana dah terlalu banyak kali diulang. Harap mereka dapat memberikan yang lebih terbaik minggu hadapan sebelum berlangsungnya final Maharaja Lawak nanti.

Maharaja Lawak pada minggu ke-11 yang berlangsung di Kuantan ini, memerlukan para peserta membuat dua kali persembahan. Persembahan pertama adalah bebas dan persembahan kedua, memerlukan mereka berlawak menggunakan props (propping).

Kepada yang tidak dapat menonton, boleh menonton melalui video-video di bawah ini. Apa yang kami tuliskan di atas tadi, hanyalah pendapat peribadi kami sahaja dan pendapat anda mungkin berbeza dengan kami. Jadi, sila lontarkan di bahagian komen artikel ini. Terima kasih.

Jambu

R2

Nabil

Sepah

Jozan

Tiada penyingkiran pada minggu ini apapun sedikit nasihat kepada Jambu yang pada awal Maharaja Lawak sangat best, agar cukup-cukuplah membadutkan diri di atas pentas. Cubalah mencari lawak yang mempunyai pengisian sedikit dan elakkan pengulangan lawak dalam persembahan.

Kepada Nabil, good job bro. Walaupun satu-satunya peserta Solo yang masih tinggal, Nabil dapat memberi saingan kepada kumpulan yang mempunyai 2 dan 3 ahli. Selalunya idea dari satu kepala mana boleh sehebat idea dari 2 kepala atau 3 kepala.

Kepada R2, kepada adiknya, sila belajar cara untuk lebih enjoy beraksi di atas pentas dari abang kamu sendiri. Keserasian tu kurang. Semua pun nampak hanya abang yang memberi dan adik hanya menerima dan tak mampu buat orang ketawa.

Kepada Sepah, tak perlu cakap apa-apa kerana korang memang terbaik! Shuib sejak dah nikah dengan Sarah ni, makin hensem dan makin lawak. Terbaik!

And last but not least, Jozan!! Kalau maintain macam minggu ni, memang confirm jadi juara.

+ Kredit video kepada, GuaTV. Dipermudahkan untuk tontonan anda oleh Oh! Media & Oh! Artis.

Next Page »

Blog Widget by LinkWithin

Page optimized by WP Minify WordPress Plugin