Email: hi@ohmedia.my Subscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanLanggan Oh! ArtisSubscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanFeed Respon

Siapakah Paul Moss sebelum dikenali rakyat Malaysia?

Agak terkujat kami di Oh! Artis baru-baru ini bila menerima satu Tweet dari Paul Moss yang mengucapkan terima kasih kerana mempromosi Ghost Season 2 yang sedang hangat ditayangkan di 8TV setiap hari Ahad jam 10:30 Malam. Bagus! Makin ramai selebriti negara ini dah mula bermain Twitter. Twitter membuatkan artis lebih dekat dengan peminat. Perdana Menteri kita pun ada akaun Twitter ape? [http://twitter.com/NajibRazak]

Oh! frankly speaking siapa yang masih tidak mempunyai akaun Twitter, boleh dianggap sebagai ketinggalan zaman. Ya, terimalah kenyataan wahai pembaca Oh! Artis yang disayangi. Go go!! get Twitter!! :8

Berbalik kepada Paul Moss, siapa yang tidak kenal General Manager Media Prima yang semua pun tahu, mulutnya laser mengalahkan Diva Boleh Blah No 1 Negara, Azwan Ali. Cuma Paul Moss punya laser ni nampak ok sikit sebab dia speaking. Kalau dalam melayu, menangis Azwan Ali dengar! Kahkahkah!


Paul Moss di Twitter [http://twitter.com/paullmf]

Paul Moss sebelum lebih dikenali sebagai pengkritik tetap di Malaysia Idol dan One in a Million, siapa sangka (buat yang baru tahu) dia sebenarnya adalah gitarist sebuah band dari New Zealand yang dikenali sebagai Aishah and The Fan Club.


Kedatangannya di negara ini dilihat banyak memberi impak kepada artis-artis ber’genre’kan muzik english seperti Too Phat dan Nice Stupid Playground. Sebelum adanya Paul Moss, muzik english di negara ini dilihat bergerak dengan begitu hambar sekali. Sangat hambar malah artis melayu yang mengeluarkan album lagu english boleh dikira dengan jari kaki.

Tidak kurang ramai yang meragui akan kredibiliti Paul Moss menjadi juri dalam pertandingan-pertandingan besar seperti One in a Million. Pada kami, kalau dia bukan calang-calang orang, takkan dia boleh jadi juri masa Asian Idol yang berlangsung Indonesia tahun lepas?

Paul Moss is responsible for artist signing, artistic direction, recording, production and content development at Positive Tone. Paul Moss is also a multi-award-winning music producer, songwriter and arranger. He has produced several gold and platinum releases and Anugerah Industri Malaysia (AIM) winners from OAG, Innuendo and Juliet the Orange. He has also worked with other recording artists such as Too Phat, Ella and Nice Stupid Playground. – Wikipedia.

Apapun kata orang, sebenarnya kehadiran Paul Moss dalam industri muzik belakang tabir negara ini amat dirasai bagi yang tahu menghargai. Seribu tahniah buat Paul Moss! Apa pendangan korang tentang abang Paul Moss kita?

Kalau dah ada akaun Twitter tu, ayuh follow Oh! Artis di www.twitter.com/ohtweet. Dapatkan plugin “twitterFox” untuk Firefox untuk merasai kehangatan Twitter dengan lebih persona.

- Artikel by Khai.

Blog Widget by LinkWithin

Page optimized by WP Minify WordPress Plugin