Abby Abadi tolak jemputan perkahwinan Norman dan Memey
Bekas isteri bagi pelakon Norman Hakim, Abby Abadi memberi tahu media yang beliau tidak akan menghadiri majlis perkahwinan bakas suaminya itu dengan Memey Suhaiza.
Pasangan yang baru sahaja selamat dari tuduhan Khalwat, Memey dan Norman telah menjemput Abby ke majlis resepsi mereka pada 28 september ini namun undangan itu ditolak dengan baik oleh Abby.
“Jujurnya saya tidak akan hadir pada majlis itu. Saya tidak mahu merosakkan hari bahagia mereka,”
Disamping itu Abby juga menyatakan bahawa mereka tidak ada kena mengena dengan beliau kerana dia hanya bekas isteri bagi Norman sahaja.
OH! ARTIS: KALAU DATANG MEMANG KENTAL LA.
Memey dan Norman Hakim terlepas tuduhan khalwat
Setelah tiga tahun mempertahankan kenyataan mereka, Norman Hakim dan Memey Suhaiza telah berjaya terlepas dari tuduhan khalwat keatas mereka.
Tuduhan khalwat keatas mereka digugurkan diatas sebab pihak pendakwa gagal untuk mengemukakan prima facie keatas tuduhan, dan sekali gus gagal membuktikan Norman dan Memey berada bersama di pejabat ketika kejadian.
Ketika penguguran tuduhan dibacakan, mereka kelihatan sebak dan kelihatan agak emosional ketika penghakiman dibacakan, selepas sesi mahkamah berlangsung, Norman Hakim dilihat terus ke surau yang berdekatan untuk melakukan sujut syukur sebagai tanda syukur atas penguguran tuduhan tersebut.
Apabila di temubual, mereka menyatakan rasa puas hati dan sangat bersyukur atas penguguran tuduhan khalwat keatas mereka ini.
Alhamdulillah, saya tidak mampu untuk berkata-kata. Tiga tahun kami berdepan dengan situasi ini dan hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang kami rasakan,” kata Norman
Norman Hakim dan Memey akan melangsungkan perkahwinan mereka pada 24 September ini dan menganggap pengguguran ini sebagai ‘hadiah perkahwinan’ mereka yang sangat bermakna.
OH! ARTIS: BAGUSLAH UNTUK MEREKA.



















