(Gambar) Jamuan Tertutup Perkahwinan Danny X-Factor & Lin
Danny X-Factor telah bernikah dengan pasangannya, Fazlin Zakaria yang juga seorang pramugari pada 16 September 2011 sejak mengikat tali pertunangan pada 30 Mac 2011. Apapun baru-baru ini mereka telah mengadakan satu jamuan tertutup yang khas untuk ahli keluarga dan rakan-rakan artis sahaja di Zebra Square, KL. Berikut gambar-gambar HD yang terpilih semasa jamuan tersebut berlangsung.




lagi gambar… Read more
(40 Gambar Hi-Res) Pernikahan Yusry dan Lisa Surihani
Malam semalam ketika majlis pernikahan Yusry dan Lisa Surihani sedang berlangsung, kami ada mengeluarkan satu artikel berserta gambar ketika majlis tersebut berlangsung. Berikut adalah gambar-gambar menarik yang diterima dari BLISSCANDID Photography.








































Kredit: BlissCandid Photography
Website : http://blisscandid.blog.com
Facebook : http://facebook.com/blisscandid.photography
Fb Photographer : http://facebook.com/aizatrushWedding Planner : DZMS Events
Location : Marriott Putrajaya
Theme : Winter Garden
Deco n Pelamin : KS Entourage
Lisa’s Dress : Cosry
Yusry’s Baju Melayu : Taufik Taylor
Hantaran : Cosry & ElizaElies Wedding
Official Photographer : Pretty Peektures
Official Videographer : Motion Peektures
(Gambar) Majlis Pernikahan Yusry dan Lisa Surihani

Maka tibalah tanggal 23 Februari 2012, tibalah masanya untuk Lisa Surihani dan Yusry diijabkabulkan. Dengan sekali lafaz, maka sah Yusry Abdul Halim kini suami yang sah menjadi suami kepada Lisa Surihani. Mestilah sekali sebab dah berpengalaman kan? Haha. Apapun Yusry dilihat cemas sebelum upacara pernikahan dijalankan. Mas kahwin Yusry untuk Lisa adalah seutas rantai platinum.
Mana tak cemas, bila seorang lelaki bersetuju menerima nikahnya seorang wanita, maka lelaki tersebut dalam erti-kata lainnya, telah berjanji untuk menjaga sebaik-baiknya si wanita itu seumur hidupnya, menjaga nafkah zahir dan batinnya, mengambil tanggungjawab sepenuhnya dari bapa si wanita dan yang lebih besar lagi, berjanji untuk menanggung segala dosa yang dilakukan wanita itu. Kerana itu kalau belum bersedia nak menanggung semua itu, sila penuhkan ilmu di dada bagaimana ingin menjadi seorang suami yang baik. Read more
(Gambar) Ally Iskandar dan Farah Lee Sah Bergelar Suami Isteri

Alhamdulillah, Ally Iskandar dan Farah Lee telah selamat dinikahkan. Betullah apa maklumat yang kami beritahu di dalam artikel sebelum ini mengenai perkahwinan secara sederhana yang akan berlangsung pada hari ini. Begitu juga dengan gambar merisik yang leaked walaupun puas disorokkan kisahnya oleh Ally apa lagi Farah Lee.
Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli sah menjadi isteri kepada pengacara hebat ini pada jam 10 pagi tadi (20 Januari 2012). Jurunikah, Tuan Haji Mohd Abu Bakar memegang tanggungjawab untuk menikahkan mereka yang mengenakan mas kahwin sebanyak RM250 tunai dan disaksikan beratus lagi yang lain di Masjid Kristal, Kuala Terengganu. Read more
Chef Riz dan Ana Dahlia Sah Suami Isteri

Dengan sekali lafaz, pelakon Ana Dahlia, 28 sah bergelar isteri kepada chef selebriti, Mohd. Nadzri Redzuawan atau Riz, 29 , di rumah pengantin perempuan di Taiping, Perak.
Ana berwalikan bapa kandungnya, Jaafar Mat Ali, 58, telah dinikahkan oleh Naib Kadi Kampung Batu 8, Changkat Jering, Taiping, Perak, Ustaz Nawi Osman, 59, kira-kira pukul 12.30 tengah hari dengan mas kahwin sebanyak RM1 001.
Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.
Pada majlis tersebut, Ana menerima wang hantaran berjumlah RM20,000 dengan 10 dulang hantaran, manakala, pihak Riz menerima 15 dulang. Read more
(Gambar) Zahiril Adzim dan Sheira Ayob Sah Bergelar Suami Isteri
Zahiril Adzim sepatutnya memang bukan satu nama yang perlu diperkenalkan. Sebelum namanya benar-benar meletup selepas menjadi hero dalam drama Juvana dengan watak Daim’nya, beliau sememangnya telah lama menceburi bidang lakonan ini. Cumanya, dulu Zahiril lebih kerap dilihat membawa watak jahat dan juga watak sampingan di dalam pelbagai drama dan filem.
Antara yang kami masih ingat, filem Gadoh (di’ban untuk ditayangkan di pawagam Malaysia) dan juga filem Kami The Movie. Serius jahat nak mampos watak dia bawa dalam filem Kami The Movie ni. Geram sampai sekarang! Hehe.

Apapun, soal karier’nya insyaAllah akan melonjak lebih jauh selepas ini kerana bakat yang dimilikinya. Apapun pada 20 November 2011 (20112011) sama dengan majlis perkahwinan Dalili Michelle Wee dan Deqwan, akhirnya Zahiril Adzim secara rasmi bergelar seorang suami kepada seorang gadis cantik manis, Sheira Ayob. Read more
(Gambar & Video) Perkahwinan Dalili Michelle (Melodi TV3) dan Tengku Naharuddin (Remaja TV9)

Tengahari semalam, siapa yang menonton Melodi di TV3 pasti dapat menyaksikan secara LIVE majlis akad nikah diantara Tengku Naharuddin (Deqwan Remaja TV9) dan Dalili Michelle Binti Abdullah Wee (Michelle Melodi). Dengan sekali lafaz, maka sah mereka menjadi pasangan suami isteri. Memang power sekali lafaz untuk majlis akad yang LIVE satu Malaysia tu! Kami sempat keluarkan satu status di Facebook mengenai masjlis akad nikah mereka. Ramailah yang hairan bin pelik yang si Michelle ni Islam ke? Read more
Michelle Melodi dan Deqwan Remaja Nikah 20 November ini

Ohartis pernah mengeluarkan gambar-gambar Michelle Melodi bersama Kekasih Baru pada tahun 2009 lalu. Dengar ceritanya, Michelle atau nama barunya, Dalili Michelle Binti Abdullah Wee akan melangsungkan perkahwinan pada 20 November 2011 ini bersama pasangannya, Tengku Naharuddin Izwan bin Tengku Nasaruddin atau lebih dikenali sebagai Deqwan. Tengku Naharuddin Izwan juga merupakan warga Media Prima sebagai pengacara untuk rancangan Remaja TV9. Read more
(Video) Perkahwinan Nabil dan Zira dari LH Media
Berikut adalah video penuh untuk majlis pernikahan dan persandingan di antara Nabil Raja Lawak dan Zira yang berlangsung awal bulan lalu. Nabil dan Zira menggunakan perkhidmatan dari LH Media untuk merakamkan detik manis yang sangat istimewa di dalam hidup mereka. Anda boleh melihat pelbagai perkembangan perkahwinan dan hubungan mereka dengan menggunakan form “search” di blog ini.
Pernikahan
Persandingan
(Gambar) Perkahwinan Ashraf Muslim dan Doktor Dayana
September 21, 2011 by Gadis Lonely?
Filed under Gambar Artis, Gossip, Kahwin, Selebriti, Tempatan
Selesailah sudah majlis resepsi bagi pasangan ideal yang telah dinikahkan di Tanah Suci Makkah pada awal bulan syawal lalu dilakukan dengan sempurna memberikan kebahagiaan kepada pasangan ini.
Majlis Resepsi diadakan pada 17 september 2011 merupakan titik sejarah bagi mereka apabila majlis tersebut dijalankan dengan penuh meriah dan gilang-gemilang sesuai dengan identiti Ashraf Muslim yang merupakan pelakon kegilaan ramai ketika zaman bujangnya.
Berikut adalah gambar-gambar perkahwinan yang telah disediakan oleh jurugambar professional, Jangguttouch.
OH! ARTIS: HENSEM BETUL ASHRAM MUSLIM NI. DAYANA PUN APA KURANGNYA, MANIS SANGAT! MOGA BERKEKALAN HINGGA KE AKHIR HAYAT.





























