Pelakon Komedi Tanah Arab Kena Penjara – Buat Lagi Lawak!
February 4, 2012 by Eiza Isis
Filed under Antarabangsa, Buat Hal, Gossip, Selebriti
Tak kenal siapa dalam gambar ni? Tidak apa pun tidak kenal. Bukan ada feadah. Cukuplah ambil je pengajaran kerana dia adalah seorang pelakon komedi terkenal di rantau Arab.
Namanya Adel Imam yang dijatuhi hukuman tiga bulan penjara oleh mahkamah di Mesir kelmarin atas kesalahan menghina Islam.
Portal berita Ahramonline melaporkan dia didakwa sengaja menyinggung perasaan orang Islam. Adel Imam (Nama macam bagus je) telah mempersendakan janggut dan ‘jilbab’ iaitu jubah lelaki Muslim menerusi filem ’Morgan Ahmed Morgan’ dan teater, ’Al- Zaeem’. Pelakon yang telah menceburi bidang lakonan hampir 40 tahun itu turut dikenakan denda AS$170 = RM512.00. Murahnya saman! Read more
Shila Amzah Tidak Gugup Menjelang AJL-26
Share
Anugerah Juara Lagu ke -26 (AJL26) bakal dilangsungkan di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad ini 29 Januari 2012. Sebanyak 12 lagu mara ke peringkat akhir untuk merebut gelaran Juara Lagu AJL 26. Untuk mengetahui jadual persembahan boleh rujuk artikel kami sebelum ini.
Makin dekat, makin terasa debarannya. Bukan sahaja peminat, malahan penyanyi-penyanyi yang turut bertanding. Ada yang sampai sudah sebulan berlatihTetapi berlainan pula dengan si cantik manis Shila Amzah. Read more
Tak Koserr Dengan Bapok Kertu Tu – Ifa Raziah
Share
Bila Mulut Laser Azwan Ali Dibalas Si Laser Ifa Raziah macam buku bertemu ruas ke atau macamana kiranya ni?
Merujuk kepada Buliten Utama 18 Januari lalu yang memaparkan kes Ummi Hafilda Ali menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap abangnya, Azwan berhubung ugutan bunuh yang diterima melalui mesej Twitter Azwan, yang berbaur ugutan laman Twitter, Azwan, yang mengugut mahu membunuh dan membakar Ummi Hafilda.
Dia mengambil tindakan demikian selepas Azwan memberi jaminan akan melakukan akuan bersumpah di hadapan media dan memastikan keselamatannya terjamin. Read more
(Panas) Rita Rudaini pertahankan hak
Share
Pergolakan demi pergolakan berlaku dalam dunia selebriti. Tidak ketinggalan juga berlaku kepada rumah tangga antara bintang bole sepak kebangsaan Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 25 tahun, bersama Rita Rudaini, 36 tahun. Dari awal perkahwinan mereka pada 25 Februari 2008, di Songkhla, Thailand berwalikan abang Rita, Ahmad Musyaiful Mokhtar sudah mula tercalar. Keluar Aidil kecewa kerana mereka dianggap membelakangkan keluarga. Perkahwinan dengan mas kahwin RM777.77 dan wang hantaran RM7777.77 ini tidak direstui keluarga Aidil.
Namun begitu, ibu bapa Aidil mula menerima Rita sedikit demi sedikit selepas kelahiran Airit Rayyan Rizqin, 3. Tetapi pergolakan berlaku semula pada tahun 2010 dan semakin teruk selepas perang twitter antara Rita dan Zaquan Adha iaitu adik kembar kepada Aidil Zafuan. Read more
(Update) Saya Tak bersedia Kehilangan Izwan Pilus – Aril AF
SharePenyanyi dan pengacara, Khairil Izwan Pilus atau lebih dikenali sebagai Izwan Pilus, meninggal dunia di Hospital Ampang, Pandan Mewah petang semalam berikutan jangkitan kuman dalam darah dan jangkitan kencing tikus yang serius.
Bekas pengacara Bintang RTM itu menghembuskan nafas terakhir di hadapan ibubapa, adik, kakak dan rakan-rakan baiknya kira-kira jam 6.15 petang. Anak kedua daripada empat beradik itu dimasukkan ke hospital disebabkan demam kuning, kira-kira jam 12.30 malam kelmarin. Read more
Izwan Pilus Meninggal Dunia
January 20, 2012 by Gadis Lonely?
Filed under Al-Kisah, Gossip, Selebriti, Tempatan
Innalillah. Penyanyi Khairil Izwan Pilus (24 Nov 1979 – 20 Jan 2012) telah meninggal dunia pada jam 6:15 petang tadi. Izwan Pilus adalah abang kepada Aril AF yang amat popular suatu ketika dulu dengan lagu Kembali Senyum. Ramai akan artis dan media serta peminat masih terkejut dengan pemergian secara tiba-tiba ini. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Semoga ditempatkan bersama golongan orang yang beriman. InsyaAllah.

Berita kematian ini disahkan oleh adik allayarham sendiri melalui satu tweet terdahulu:

Gambar semasa Allahyarham di tahan di wad Disember lalu:

Jika kita imbas kebali, pasangan adik-beradik ini telah ditahan di wad As Saadah, Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak kerana demam panas yang berpanjangan. Ketika itu Izwan telah demam panas selama seminggu manakala Aril turut ditahan dua hari kemudian. Ketika itu hanya Aril dibenarkan pulang selepas rawatan demam panas dan untuk merawat tonsilnya membengkak dirawat segera. Bagaimana dengan Izwan?
Izwan masih terus ditahan kerana doktor belum menemui punca sebenar penyakitnya. Secara amnya penyakit seakan-akan deman panas ini tidak juga pulih walaupun pelbagai ubat telah diberikan oleh doktor. Penyakit yang dirasai pada masa tertentu sahaja menjadikan badannya lemah dan tidak bertenaga.
Antara Tweet terakhir Allayarham tiga hari lalu:
Read more
Lelaki gila Saja Cakap Rozita Tak Cantik – Zain Saidin
Share
Mohamad Zain Mohd Saidin atau Zain Saidin, bakal menyambut ulangtahunnya yang ke 28 pada 23hb Februari depan. Seorang model juga pelakon yang drama TV yang tidak kurang kacaknya.
Namanya meletup-letup selepas kes kontrovesi mengikut Rozita Che Wan bersama anak-anaknya ke Genting Highlands.
Sebenarnya mengikut Zain (Adik kepada Shasha Elite), dia dan Rozita sudah lama rapat. Ketika itu sama-sama berlakon di dalam Kiah Pekasam.
Mengaku meminati Rozita, Zain berkata gossip antara mereka hilang begitu sahaja selepas Rozita mengakui menyintai Shahir. Walaubagaimana pun, selepas hubungan Rozita dan Shahir mendapat tentangan keluarga Shahir, Rozita sudah beralih arah semula bersama Zain. Sejauh mana kebenarannya? Read more
(Update) Ally Iskandar dan Farah Lee nikah 20 Januari 2012
Share
Ally Iskandar atau nama penuhnya Ally Iskandar Mohd Mardzi merupakan seorang pengacara dan penerbit di Malaysia. Wajahnya yang ‘Baby Face’ siapa sangka dia sudah berumur 36 tahun tahun ini. Dilahirkan pada 13 Januari 1976 di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Gong Badak,Kuala Terengganu serta menetap di Petaling Jaya, Selangor. Merupakan anak kedua daripada 7 orang adik beradik sudah memang sesuai untuk dia dipunyai atau mempunyai.
Pemegang ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan Pengajian Filem University of The Pacific, Stockton, California, Amerika Syarikat juga pengacara MHI (Malaysia Hari Ini) di TV3 ini sangat berahsia tentang kisah hatinya. Tiba-tiba sahaja kami mendapat perkhabaran beliau bakal berumahtangga 20hb Januari nanti. Dengan siapa lagikan, kalau bukan si dia yang pernah digossipkan dengannya iaitu Fatin Farah Lee. Read more
Stacy Mula Tunjuk Diva, Sombong Dan Liar?
Share
Anak kelahiran Penampang, Sabah Stracie Angie Anam, 22, dikenali sebagai Stacy dikatakan sudah mula tidak berdisiplin. Stacy memang sering dikaitkan dengan suka tiba lewat pada sesi temujanji. Apa saja alasan tercipta tidak pula diketahui kami. Tetapi baru-baru ini, dia terus membatalkan sesi fotografi di saat-saat akhir. Di sebabkan itu Stacy dikatakan sudah mula tunjuk taring dan belang kerana menyangkakan diri itu ‘Diva’. Nampaknya sudah hilang kesabaran pihak Media pada Stacy.
Ternyata Stacy terkilan kerana dilabel begitu. Dia kesal kerana ada sebab mengapa dia membatalkan sesi fotografi itu di saat-saat akhir. Sesi fotografi yang mengambil masa selama tiga hari berturut-turut itu terpaksa dibatalkannya kerana masalah kesihatan dan jadualnya yang padat. Read more
Twitter Palsu Aznil Haji Nawawi
Share
Pak Nil atau Aznil Haji Nawai, 50 tahun telah membuat aduan pihak polis tentang pemalsuan akaun Twitter yang menggunakan nama dan gambarnya @AznilHjNawawi. Perkara ini diketahui Pak Nil apabila dimaklumkan oleh pengikutnya tentang kewujudan Twitter palsu itu yang nampaknya dibuat November tahun lepas.
Pak Nil bukan terus membuat aduan kepada pihak polis tetapi setelah pemilik akaun palsu itu tetap berdegil dan tidak mahu memadam akaun tersebut. Tambah buruk lagi, pemilik akaun palsu itu telah menggunakan nama Pak Nil untuk berhubung dengan orang-orang dalaman politik.
Ini merupakan kes kedua menimpa Pak Nil. Kes pertama, pemilik akaun palsunya menutup akaun berkenaan selepas dihubungi. Read more

















