Shila Amzah Tidak Gugup Menjelang AJL-26
Share
Anugerah Juara Lagu ke -26 (AJL26) bakal dilangsungkan di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad ini 29 Januari 2012. Sebanyak 12 lagu mara ke peringkat akhir untuk merebut gelaran Juara Lagu AJL 26. Untuk mengetahui jadual persembahan boleh rujuk artikel kami sebelum ini.
Makin dekat, makin terasa debarannya. Bukan sahaja peminat, malahan penyanyi-penyanyi yang turut bertanding. Ada yang sampai sudah sebulan berlatihTetapi berlainan pula dengan si cantik manis Shila Amzah. Read more
(Panas) Rita Rudaini pertahankan hak
Share
Pergolakan demi pergolakan berlaku dalam dunia selebriti. Tidak ketinggalan juga berlaku kepada rumah tangga antara bintang bole sepak kebangsaan Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 25 tahun, bersama Rita Rudaini, 36 tahun. Dari awal perkahwinan mereka pada 25 Februari 2008, di Songkhla, Thailand berwalikan abang Rita, Ahmad Musyaiful Mokhtar sudah mula tercalar. Keluar Aidil kecewa kerana mereka dianggap membelakangkan keluarga. Perkahwinan dengan mas kahwin RM777.77 dan wang hantaran RM7777.77 ini tidak direstui keluarga Aidil.
Namun begitu, ibu bapa Aidil mula menerima Rita sedikit demi sedikit selepas kelahiran Airit Rayyan Rizqin, 3. Tetapi pergolakan berlaku semula pada tahun 2010 dan semakin teruk selepas perang twitter antara Rita dan Zaquan Adha iaitu adik kembar kepada Aidil Zafuan. Read more
(Update) Saya Tak bersedia Kehilangan Izwan Pilus – Aril AF
SharePenyanyi dan pengacara, Khairil Izwan Pilus atau lebih dikenali sebagai Izwan Pilus, meninggal dunia di Hospital Ampang, Pandan Mewah petang semalam berikutan jangkitan kuman dalam darah dan jangkitan kencing tikus yang serius.
Bekas pengacara Bintang RTM itu menghembuskan nafas terakhir di hadapan ibubapa, adik, kakak dan rakan-rakan baiknya kira-kira jam 6.15 petang. Anak kedua daripada empat beradik itu dimasukkan ke hospital disebabkan demam kuning, kira-kira jam 12.30 malam kelmarin. Read more
Izwan Pilus Meninggal Dunia
January 20, 2012 by Gadis Lonely?
Filed under Al-Kisah, Gossip, Selebriti, Tempatan
Innalillah. Penyanyi Khairil Izwan Pilus (24 Nov 1979 – 20 Jan 2012) telah meninggal dunia pada jam 6:15 petang tadi. Izwan Pilus adalah abang kepada Aril AF yang amat popular suatu ketika dulu dengan lagu Kembali Senyum. Ramai akan artis dan media serta peminat masih terkejut dengan pemergian secara tiba-tiba ini. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Semoga ditempatkan bersama golongan orang yang beriman. InsyaAllah.

Berita kematian ini disahkan oleh adik allayarham sendiri melalui satu tweet terdahulu:

Gambar semasa Allahyarham di tahan di wad Disember lalu:

Jika kita imbas kebali, pasangan adik-beradik ini telah ditahan di wad As Saadah, Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak kerana demam panas yang berpanjangan. Ketika itu Izwan telah demam panas selama seminggu manakala Aril turut ditahan dua hari kemudian. Ketika itu hanya Aril dibenarkan pulang selepas rawatan demam panas dan untuk merawat tonsilnya membengkak dirawat segera. Bagaimana dengan Izwan?
Izwan masih terus ditahan kerana doktor belum menemui punca sebenar penyakitnya. Secara amnya penyakit seakan-akan deman panas ini tidak juga pulih walaupun pelbagai ubat telah diberikan oleh doktor. Penyakit yang dirasai pada masa tertentu sahaja menjadikan badannya lemah dan tidak bertenaga.
Antara Tweet terakhir Allayarham tiga hari lalu:
Read more
Lelaki gila Saja Cakap Rozita Tak Cantik – Zain Saidin
Share
Mohamad Zain Mohd Saidin atau Zain Saidin, bakal menyambut ulangtahunnya yang ke 28 pada 23hb Februari depan. Seorang model juga pelakon yang drama TV yang tidak kurang kacaknya.
Namanya meletup-letup selepas kes kontrovesi mengikut Rozita Che Wan bersama anak-anaknya ke Genting Highlands.
Sebenarnya mengikut Zain (Adik kepada Shasha Elite), dia dan Rozita sudah lama rapat. Ketika itu sama-sama berlakon di dalam Kiah Pekasam.
Mengaku meminati Rozita, Zain berkata gossip antara mereka hilang begitu sahaja selepas Rozita mengakui menyintai Shahir. Walaubagaimana pun, selepas hubungan Rozita dan Shahir mendapat tentangan keluarga Shahir, Rozita sudah beralih arah semula bersama Zain. Sejauh mana kebenarannya? Read more
(Update) Ally Iskandar dan Farah Lee nikah 20 Januari 2012
Share
Ally Iskandar atau nama penuhnya Ally Iskandar Mohd Mardzi merupakan seorang pengacara dan penerbit di Malaysia. Wajahnya yang ‘Baby Face’ siapa sangka dia sudah berumur 36 tahun tahun ini. Dilahirkan pada 13 Januari 1976 di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Gong Badak,Kuala Terengganu serta menetap di Petaling Jaya, Selangor. Merupakan anak kedua daripada 7 orang adik beradik sudah memang sesuai untuk dia dipunyai atau mempunyai.
Pemegang ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan Pengajian Filem University of The Pacific, Stockton, California, Amerika Syarikat juga pengacara MHI (Malaysia Hari Ini) di TV3 ini sangat berahsia tentang kisah hatinya. Tiba-tiba sahaja kami mendapat perkhabaran beliau bakal berumahtangga 20hb Januari nanti. Dengan siapa lagikan, kalau bukan si dia yang pernah digossipkan dengannya iaitu Fatin Farah Lee. Read more
Tahniah – Watie (Elite) Dan Joey (Exist) Kahwin Dalam Diam
Share
Merujuk kepada artikel kami sebelum ini (16hb September 2011) yang Watie (Elite) dalam dilema untuk meneruskan hajat unutk berkahwin bersama dengan Joey atau tidak. Watie tertekan dengan tohmahan sesetengah pihak terhadapnya dan turut kecewa dengan tuduhan orang yang mengaitkannya sebagai dalang kepada keretakan rumah tangga Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud walaupun kes penceraian pelakon itu dengan bekas isterinya, Noraini Mohamad Nasir sudah selesai.
Namun begitu, berita baik ini kami terima yang mereka sudah selamat bernikah dalam diam. Norwati Sadali (Watie Elite), 35, dan Zulkifli Daud (Joey), 38, telah diijabkabulkan dalam satu majlis ringkas. Majlis pada bulan Disember itu hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja. Walaubagaimanapun Watie cuma berkata akan mengadakan satu sidang media khas untuk menjelaskan perkara tersebut. Watie tidak mahu perkara menekannya atau Joey berlaku lagi.
Eloklah begitu. Mereka buat perkara yang baik. Mendirikan masjid. Bukan benda maksiat yang tidak senonoh. Berilah peluang pengantin baru ini berehat sebentar sebelum mengumumkan perkahwinan mereka.
Joey, (vokalis Exist) berpisah bersama isterinya 8 Ogos lalu. Mempunyai seorang anak perempuan, Zidani, 5 tahun dan Watie pula mempunyai seorang anak lelaki, Ahmad Afif Danial, 5 tahun juga, hasil perkahwinan terdahulu. Watie dikatakan bekas isteri Joey sebagai punca keretakan rumahtangganya apabila mereka dikatakan menjalin hubungan sewaktu bertemu ketika penggambaran drama bersiri Blues Pasar Tani pada Mac tahun lalu di Muar, Johor.
Status facebook Joey pun sudah bertukar kepada ‘married’ – Tahniah.
OH ARTIS : SUKA JE BILA ARTIS BUAT PERKARA YANG DITUNTUT AGAMA. DIRIKAN MASJID BUKAN BUAT MAKSIAT. TAPI ELOKLAH JANGAN DISEMBUNYIKAN PERKAHWINAN TU. NANTI TIMBUL FITNAH PULAKAN.
Scha & Awal Terpaksa Batal Perkahwinan Kerana Yusry & Lisa
Share
Pasangan serasi pelakon dan pengacara, Awal Ashaari, 30, dan Scha Al- Yahya, 29, akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi. Mereka tidak sabar untuk berkongsi berita baik ini bersama peminat-peminat mereka. Awal melamar Scha untuk menjadi isterinya semasa jamuan makan malam bersama keluarga terdekat. Mereka bersetuju untuk mengakhiri percintaan mereka dengan perkahwinan kerana mereka saling menyayangi dan mendapat restu kedua belah keluarga.
Walaubagaimanapun, rancangan bernikah pada 23hb Februari 2012 itu terpaksa ditunda kerana mendapat tahu Lisa dan Yusry memilih tarikh yang sama (ah pulak!). Oleh kerana persiapan mereka sudah lebih sempurna sedangkan Awal dan Scha masih lagi setakat 30%, mereka mengalah dan menangguhkan dulu majlis itu. keputusan tersebut dibuat sebagai meghormati situasi Lisa dan Yusry. Read more
Demi Menjaga Hati Ibu, Fazura Kurangkan Berlakon
Share
Sejak akhir-akhir ini, nama Fazura sentiasa meniti di bibir peminat namun kelibatnya dalam bidang seni agak berkurangan. Ada gosip mengatakan keputusannya untuk menyepi dalam bidang lakonan disebabkan permintaan kekasihnya yang merupakan seorang kerabat diraja.
Malam tadi kami berkesempatan bersua muka dengan Fazura pada tanyangan media filem Bujang Terlajak, Belum Terlanjur di GSC Signature, The Gardens.
Menjawab gosip yang timbul, Fazura menjelaskan keputusannya untuk mengurangkan aktiviti lakonan adalah demi menjaga hati ibunya. Ibu Fazura meminta agar tidak meneruskan kerjaya dalam dunia seni ini kerana tidak gemar dengan kisah atau gosip kurang enak tentang Fazura.
Memandangkan ibunya sudah berusia, Fazura akur dengan kehendak ibunya. Malah Fazura turut menolak tawaran dalam bidang pengacaraan.
Meskipun akan kurang aktif dalam bidang lakonan selepas ini, aktres berusia 29 tahun ini tetap memasang impian untuk melakonkan watak-watak mencabar seperti watak perempuan jahat.
Kemungkinan besar, filem Bujang Terlajak, Belum Terlanjur ialah filem pertama dan terakhir Fazura untuk tahun 2012.
OH! ARTIS: SUCH A GOOD DAUGHTER! KENAPALAH BUKAN FAZURA YANG BERLAKON DALAM FILEM OMBAK RINDU.
Rita Rudiani Berbalah Sama Ayu Raudah Dan Rozita Che Wan?
Share
Twitter dan Facebook memang macam-macam kegunaan. Makin celik IT memasing terutama para selebriti, makin canggih pula kes-kes gaduh dan berbalah mereka. Terbaru and ter’hottest’ pegaduhan Mohd Zaquan Adha, 24, pemain bola sepak negara (kini bersama ATM) bersama isteri abang kembarnya Rita Rudaini yang akan kami muatkan dalam artikel seterusnya.
Sekarang kita cerita dahulu mengenai spekulasi hangat antara Rita dan Ayu Raudah, dan apapula kena mengena dengan kakak Ayu Raudah iaitu Rozita Che Wan? Perbalahan mereka ini sudah lama. Semenjak Ayu Raudhah dikatakan orang ketiga yang menyebar fitnah hubungan perkahwinan Rita Rudiani dan suaminya, Mohd aidil Zafuan dalam tahun 2010 sebelum Ayu berkahwin dengan Zaquan seperti di bawah : Read more

















