Pelakon Komedi Tanah Arab Kena Penjara – Buat Lagi Lawak!
February 4, 2012 by Eiza Isis
Filed under Antarabangsa, Buat Hal, Gossip, Selebriti
Tak kenal siapa dalam gambar ni? Tidak apa pun tidak kenal. Bukan ada feadah. Cukuplah ambil je pengajaran kerana dia adalah seorang pelakon komedi terkenal di rantau Arab.
Namanya Adel Imam yang dijatuhi hukuman tiga bulan penjara oleh mahkamah di Mesir kelmarin atas kesalahan menghina Islam.
Portal berita Ahramonline melaporkan dia didakwa sengaja menyinggung perasaan orang Islam. Adel Imam (Nama macam bagus je) telah mempersendakan janggut dan ‘jilbab’ iaitu jubah lelaki Muslim menerusi filem ’Morgan Ahmed Morgan’ dan teater, ’Al- Zaeem’. Pelakon yang telah menceburi bidang lakonan hampir 40 tahun itu turut dikenakan denda AS$170 = RM512.00. Murahnya saman! Read more
Tak Koserr Dengan Bapok Kertu Tu – Ifa Raziah
Share
Bila Mulut Laser Azwan Ali Dibalas Si Laser Ifa Raziah macam buku bertemu ruas ke atau macamana kiranya ni?
Merujuk kepada Buliten Utama 18 Januari lalu yang memaparkan kes Ummi Hafilda Ali menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap abangnya, Azwan berhubung ugutan bunuh yang diterima melalui mesej Twitter Azwan, yang berbaur ugutan laman Twitter, Azwan, yang mengugut mahu membunuh dan membakar Ummi Hafilda.
Dia mengambil tindakan demikian selepas Azwan memberi jaminan akan melakukan akuan bersumpah di hadapan media dan memastikan keselamatannya terjamin. Read more
Stacy Mula Tunjuk Diva, Sombong Dan Liar?
Share
Anak kelahiran Penampang, Sabah Stracie Angie Anam, 22, dikenali sebagai Stacy dikatakan sudah mula tidak berdisiplin. Stacy memang sering dikaitkan dengan suka tiba lewat pada sesi temujanji. Apa saja alasan tercipta tidak pula diketahui kami. Tetapi baru-baru ini, dia terus membatalkan sesi fotografi di saat-saat akhir. Di sebabkan itu Stacy dikatakan sudah mula tunjuk taring dan belang kerana menyangkakan diri itu ‘Diva’. Nampaknya sudah hilang kesabaran pihak Media pada Stacy.
Ternyata Stacy terkilan kerana dilabel begitu. Dia kesal kerana ada sebab mengapa dia membatalkan sesi fotografi itu di saat-saat akhir. Sesi fotografi yang mengambil masa selama tiga hari berturut-turut itu terpaksa dibatalkannya kerana masalah kesihatan dan jadualnya yang padat. Read more
Twitter Palsu Aznil Haji Nawawi
Share
Pak Nil atau Aznil Haji Nawai, 50 tahun telah membuat aduan pihak polis tentang pemalsuan akaun Twitter yang menggunakan nama dan gambarnya @AznilHjNawawi. Perkara ini diketahui Pak Nil apabila dimaklumkan oleh pengikutnya tentang kewujudan Twitter palsu itu yang nampaknya dibuat November tahun lepas.
Pak Nil bukan terus membuat aduan kepada pihak polis tetapi setelah pemilik akaun palsu itu tetap berdegil dan tidak mahu memadam akaun tersebut. Tambah buruk lagi, pemilik akaun palsu itu telah menggunakan nama Pak Nil untuk berhubung dengan orang-orang dalaman politik.
Ini merupakan kes kedua menimpa Pak Nil. Kes pertama, pemilik akaun palsunya menutup akaun berkenaan selepas dihubungi. Read more
Fazura Nafi Sindir Selebriti Lain Di Twitter
Share
Zaman sekarang ada Twitter senang untuk follow perkembangan selebriti kegemaran atau berkomunikasi dengan mereka. Tidak macam dulu lagi dimana kita susah nak tahu perkembangan selebriti.
Namun setiap teknologi itu ada baik buruknya begitu juga dengan Twitter. Tempias penggunaan Twitter turut dirasai Fazura.
Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura menafikan yang dia mempunyai niat untuk menyindir dan mencari pasal di Twitter dengan pengacara dan pelakon meningkat popular, Neelofa
Fazura berkata akaun Twitternya hanya untuk bercerita tentang dirinya dan berinteraksi dengan peminat. Jika ada pihak yang terasa dengan tweetnya dia tidak mampu buat apa-apa.
Fazura juga enggan melibatkan diri dengan isu yang tidak mendatangkan faedah kepada dirinya dan berharap tahun baru ini membawa lebih makna buat dirinya.
OH! ARTIS: KAMI SUKA DENGAN CARA FAZURA MALAH DIA JUGA RAMAH DI TWITTER. SEMOGA SUKSES SELALU!
“Nak Kahwin Pun Susah!!” – Azza Elite
Share
Nasib seorang selebritilah Azza. Mahu buat kejutan dikatakan mahu berahsia macam bagus sangat. Nanti kalau diumumkan, teralih pula tarikh lain, dikatakan poyo lak. Sabar jelah Azza. Majlis perkahwinan, tambah lagi selebriti memang kena lebih teliti. Tambah-tambah kalau ada pihak yang berbesar hati mahu masuk sponsor. Mesti kena pilih tarikh yang sesuai untuk mereka dan semualah. Read more
Saman Terkini Datuk Siti Nurhaliza Tarudin
January 3, 2012 by Gadis Lonely?
Filed under Buat Hal, Gossip, Selebriti, Tempatan
Kami menerima gambar ini dari email. Menurut pengirim, moral of the story adalah sentiasa memandu cermat dan mengikut peratuaran jalanraya bagi keselamatan diri sendiri dan pengguna jalanraya lain. Mungkin kerana Siti Nurhaliza adalah seorang selebriti hebat dan terkemuka, jadi segala kisah hidupnya termasuklah saman jalanraya sentiasa menjadi ikutan orang ramai terutama peminatnya sendiri. Read more
Fanpage Punca Hasad Dengki, Kutuk Mengutuk Dan Tikam Belakang – Chef Wan
December 31, 2011 by Eiza Isis
Filed under Antarabangsa, Bermasalah, Buat Hal, Gossip, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Hipokrit? Tiada sesiapa pun suka digelar begitu. Tetapi ramai juga yang cuba menjaga nama baik sendiri dengan berpura-pura di depan tetapi bercakap di belakang. Tetapi jika tidak hipokrit pula, lain jadinya. Inilah yang berlaku kepada Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, 54 tahun apabila disebabkan kejujurannya, menimbulkan kemarahan ramai pihak dan perang ‘Facebook’ atau muka buku ini.. kerana mulut badan binasa. Sabarlah Chef, tutuplah buku 2011 ini dan bukalah lembaran 2012 yang baru. Mungkin lepas ni tidak salah berkata jujur tetapi kena juga jaga air muka dan maruah orang. Boleh tegur yang pedas-pedas tu secara tertutup. Orang kalau sudah dimalukan, memang macam-macamlah jadinya.
Kini Chef Wan seakan merajuk. Kecewa katanya dengan mentaliti segelintir masyarakat yang tidak habis-habis mahu mengutuk dan menghina dirinya di laman Facebook miliknya. Chef Wan nekad mengambil keputusan untuk menutup akaun itu bermula esok. Semangat tahun baru ke Chef atau merajuk? Menyangkal tentang dakwaan itu, Chef mengambil keputusan itu bukan kerana tidak tahan atau tidak boleh menerima kritikan yang dilemparkan terhadapnya, tetapi kecewa dengan sesetengah pihak yang menggunakan akaun Facebook miliknya sebagai medan bertelagah sesama-sendiri. Read more
Fasha Sandha dan Faradhiya ‘Beraya’ Sakan
Share
Kami menerima gambar ini melalui email. Menyaksikan bagaimana gembira sekali Fasha dan Faradhiya di malam perayaan hari Natal. Tidak pula dinyatakan secara details tentang lokasinya. 1 Malaysialah katakan. Mungkin mereka ini menghadiri jamuan perayaan Natal rakan mereka (berfikiran positif). Muhibbah gitu. Tapi nak tanya kepada Fasha Sandha dan Faradiya ni.. kalau mahu muhibbah dan majmuk mesti Deepavali, Gong Xi Fa Cai.. dan perayaan lain-lain pun disambut begini ek? Baru majmuk!
Jangan raya Mat Salleh je disambut. Beria-ia lak tu .. Adeh!
Apapun anda tengok dan komenlah sendiri.


OH ARTIS : SAMBUT DENGAN GEMBIRA PERAYAAN HARI NATAL BARU INI DENGAN CUTI EXTRA HARI ISNIN. HAHAHAA
“Saya Tahu Mana Situasi Sesuai Atau Tidak Untuk Lafaz Syukur Alhamdulillah” – Maya Karin
Tidak habis-habis lagi cerita ‘Ombak Rindu’ ni. Di sebalik kehebatan filemnya yang diadaptasi daripada sebuah novel, adegan panas di dalamnya sehingga membawa kepada komen yang dikatakan satu kesesatan fikrah yang jelas terhadap Maya Karin, 32 tahun atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke.
Merujuk kepada artikel kami yang mengulas mesej di dalam inbox Wardinah Safiyyah ternyata benar-benar mengejutkan Maya Karin sendiri. Beliau yang ditemui di Program Ramah Mesra bersama Yayasan Orang Kurang Upaya (Yokuk) di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, mengata dengan sekerasnya bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian. Read more

















