Najwa Latif Ikuti jejak ‘Artis Youtube’
Share
Najwa Latif yang kini namanya kian naik di persada seni dengan lagu Cinta Muka Buku yang menaikkan nama gadis muda ini.
Nama Najwa Latif yang dahulunya hanya memainkan lagu-lagu untuk ayahnya kini telah diterima ramai sebagai artis muda yang baru saja naik namanya. Najwa Latif dikatakan mengikut jejak langkah artis independent seperti Zie Avi, Yuna dan Ana Raffali yang dulunya dikenali sebagai artis Youtube oleh pengguna internet.
Najwa menerangkan bahawa beliau memuat naik video itu untuk tontonan ayahnya yang berpindah ke Kota Tinggi dan tidak menyangka bahawa videonya di tonton dan diikuti ramai.
Najwa Latif yang kini berumur 16 tahun kini sudah bergelar artis dibawah naungan NAR Records setelah beberapa rancangan TV dan internet telah menjemput beliau untuk ditemu bual telah membantu menaikkan nama beliau dipersada seni setelah seberapa lama memuat naik Video nyanyiannya di internet.
Anda boleh ikuti video terbaru Najwa di channel Youtube’nya.

OH! ARTIS: ARTIS MUDA YANG BERPOTENSI BESAR
(Panas) Lan MUH kini bersama Azlan and The Type Writer
Pelik. Jika sebelum ini Lan lebih dikenali sebagai vokalis kepada Meet Uncle Hussain, kini tiada lagi Lan dalam kumpulan tersebut. Ramai beranggapan Lan akan bergerak secara solo sebagai penyanyi. Rupanya-rupanya dalam diam Lan kini sudah bergelar vokalis kepada Azlan & The Type Writer (ATTW).

Mungkinkah terdapat perselisihan faham antara Lan dan ahli kumpulan lain hingga membuatkan Lan membawa diri untuk menyertai Azlan & The Type Writer? Biarlah menjadi rahsia mereka. Read more
(Gossip) Sam Bunkface bercinta dengan Juliana Evans?
Dengar khabar bahawa Sam yang merupakan vokalis kumpulan Bunkface sedang menyulam cinta dengan seorang pelakon remaja, Juliana Evans.

Mereka dilihat pernah keluar ‘dating’ bersama dan kelihatan begitu mesra sekali. Apa-apapun, kami di Oh! Artis harapkan agar hubungan Sam dengan Jue ini akan kekal lama. Takot nanti hangat-hangat tahi ‘gajah’ aje.
P/s.. Suka lagu baru diorang, Revolusi. Tapi kalau nyanyi live.. Hampeh wa cakap lu.. Ngehhhh :aie:
Artikel oleh Mrx Lonely
(ABPBH2008) Nabil Si Raja Lawak Rampas Gelaran Bintang Paling Popular.
April 13, 2009 by mrx_lonely
Filed under Akademi Fantasia, Bintang RTM, Indie, Malaysian Idol, Menarik, One in a Million, Panazzz, Promosi, Raja Lawak / Maharaja Lawak, Selebriti, Tempatan, TV
Setelah sekian lama para peminat mengundi artis-artis kesayangan mereka untuk dinobat’kan sebagai Bintang Paling Popular 2008, terjawab sudah pada malam tadi bahawa Nabil Raja Lawak atau nama sebenar’nya Ahmad Nabil Bin Ahmad telah dinobat’kan menjadi Bintang Paling Popular 2008 dengan undian sebanyak 127,524.

Berikutan kemenangan itu, Nabil meraih hadiah barang kemas tajaan Rafflesia The Pearl Centre bernilai RM 150,000, kenderaan Nissan Sylphy (2.0) tajaaan Edaran Tan Chong Motor berharga RM 109,000 serta pakej penginapan bernilai RM8,000 tajaan Palace of the Golden Horses, selain trofi.

Dalam majlis itu juga Nabil turut meraih anugerah dalam dua kategori lain iaitu Artis Komedi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular.
Majlis yang bertemakan ‘Sentuhan Tenun’ itu turut disiarkan secara langsung melalui TV3 serta Hot FM, siaran radio rasmi ABPBH2008.
Majlis pada malam tadi juga diserikan dengan ada’nya Anugerah Percapaian Sepanjang Hayat yang diberikan kepada Raja Pop, Jamal Abdillah berdasarkan sumbangan beliau memartabatkan industri muzik tanah air sepanjang pembabitannya dalam dunia seni selama 30 tahun.
Berikut adalah keputusan rasmi senarai pemenang Anugerah Bintang Popular 2008.
> Bintang Paling Popular – Nabil
> Pelakon Filem Lelaki Popular – Que Haidar
> Pelakon Filem Wanita Popular – Maya Karin
> Pelakon TV Lelaki Popular – Rosyam Nor
> Pelakon TV Wanita Popular – Dynas
> Penyanyi Lelaki Popular – Mawi
> Penyanyi Wanita Popular – Dato’ Siti Nurhaliza
> Penyanyi Nasyid Popular – Rabbani
> Artis Berkumpulan/Duo Popular – Meet Uncle Hussein
> Artis Komedi Lelaki Popular – Nabil
> Artis Komedi Wanita Popular – Noorkhiriah
> Artis Baru Lelaki Popular – Nabil
> Artis Baru Wanita Popular – Stacy
> Pengacara TV Lelaki Popular – Aznil Hj Nawawi
> Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana
> Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail
> Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana
> Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat – Jamal Abdillah
Oh! Artis mengucap’kan tahniah kepada para pemenang dan diharap mereka akan terus menyerikan lagi warna industri tanah air kita. Dan kepada mereka yang tidak bernasib baik, banyak’kan bersabar, mungkin rezeki anda akan datang pada tahun-tahun berikut’nya. Jangan nanti ada yang bermasam muka sesama artis pula, lagipun kita semua berada di dalam satu bidang dan sama-sama’lah menaik’kan lagi seri industri kita ini. Amin~
P/s.. Bukan main lagi Nabil peluk si Irma apabila diumum’kan dia adalah Bintang Paling Popular.. Terkejut dan ‘terkesima’ kot. (Bersangka baik)
Hujan diterima baik rakyat Indonesia & Indie Pertama Duta Myvi

Minggu lepas, Oh! Artis ada menghubungi Azham Ahmad, iaitu drummer untuk kumpulan Hujan. Hajatnya just nak jadikan hujan sebagai cover-homepage untuk Oh! Artis ni. Dan pada masa tu la si Azham ni cakap sekarang tak boleh sebab diorang ngah siap-siap nak ke Indonesia. Melihat status YM si Azham berbunyi lebih kurang “tak sabar nak berambus”, ingatkan diorang just nak bercuti panjang ke apa. Rupanya ada banyak show dan program yang dirancang di Indonesia.
Petikan dari gua.com.my
Kepada peminat Hujan seadanya, berita terbaru dari seberang amat mengalakkan. Jelajah Indonesia pertama kugiran Hujan kita di bandaraya Jakarta dan Bandung dengar khabar begitu meriah dan disambut dengan hangat sekali oleh muda-mudi indie di sana. Setelah seminggu jelajah berlangsung, pengurusan yang cermat dan efisyen sekali oleh Raingers, yang diketuai anggota asal Hujan sendiri, Hang Dimas, telah serba sedikit menjayakan ‘tour’ sulung mereka ke negera jiran. InsyaAllah, mudah-mudahan Hujan dapat terus rock untuk baki lawatan mereka itu dan mengharumkan nama muzik negara. Kongsi Noh melalui kiriman SMS: “Alhamdulillah! Hujan tak perlu risau sepertimana yang kami risau sebelum ini, rupanya memang ada pengikut dan peminat sini. Fans Hujan di sini memang ramah dan ‘friendly’ belaka, layanan media pun baik dan terbuka saja.Penganjur dan kru Indonesia pun profesional…â€
“Memang packed lah aktiviti kami kat sini. Photo shoot dan interbiu semua berjalan lancar, seronok pulak rasanya melebarkan sayap di tempat baru. Sekarang tengah look forward nak layan sejuk di Bandung pulak. Untuk Raingers semua di Malaysia yang tak dapat sama, kita jumpa tak lama lagi!†kirim Noh lagi.Hujan akan pulang ke tanahair pada 19 Mac ini untuk menggegarkan pentas utama Sunburst Festival 2009 di Bukit Kiara dua hari selepas itu.
Oh! Artis pada awal pembukaannya, telah menerima sambutan yang sangat hangat di mana kami ada mengeluarkan satu artikel mengenai kumpulan Hujan. Ramai anti-hujan yang datang ke sini memberi komen dan akhirnya mengundang campur tangan Noh Hujan sendiri untuk menjelaskan keadaan sebenar. [entri tersebut]
- artikel by khai
Update: Hujan Indie Band Pertama jadi Duta (Myvi)
Ha, belum lagi kahwin, rezeki semakin melimpah-limpah bagi kugiran Hujan dan penyanyinya Noh, yang barangkali semakin sesuai digelar “Mawi versi indieâ€.
Di ambang menjayakan jelajah sulung mereka ke Indonesia bulan ini, sebelum bertolak tempoh hari Hujan dikurniakan dua biji kereta Myvi model terkini, selaku duta indie yang pertama buat kereta Perodua itu. Sifu rock tanahair, M.Nasir, telah dimartabatkan sebagai selebriti tanahair pertama menjadi duta rasmi Myvi.
Kedua-dua buah kereta itu kini dipakai oleh Noh dan Am, drummer Hujan yang menjadi anggota terawal kumpulan itu bersama Hang Dimas tiga tahun lepas. Mereka turut mendapat sebanyak RM200,000 wang tunai sebagai bonus menandatangani kontrak ‘endorsement’ selama setahun.
Dikhabarkan teman-teman terdekat Noh, bahawa disebalik silap faham dan buruk sangka terhadapnya di kanta mata umum, dia ni memang rajin bersedekah. Sekali bagi, 10 riya, 20 riya. Di kediaman sementaranya di kondominium Prima 16, Petaling Jaya yang dikongsi bersama bassis Hujan, Jaja, Noh juga biasa menapau berbelas-belas bungkusan teh ais untuk para pak guard Myanmar yang bertugas mengawal kondo itu.
Untuk kita, usah cemburu, sebaliknya jadikannya sebagai satu contoh, insya Allah, rezeki masing-masing pun turut murah nanti. Syabas dan terus maju Hujan!
(Contest) Sound Machine Stage – 2 Tiket Untuk Dimenangi

Ayuh! Para penyokong muzik indie Malaysia. Oh! Artis dan Sound Machine mempersembahkan…
Date: Sunday, March 15, 2009
Time: 1:00pm – 8:00pm
Location:
MCPA Hall
Jalan Maharajalela
Kuala Lumpur, MalaysiaTickets
Persale Rm 15 (at booth Rm 18 first 100 get free Poster)Band yg perform
Couple
The Times
Bunkface
Bintang Batu
Romancesa
Joanna & Co
Grey Sky Morning
Manis
Wasted Room
Selamat Pagi Gadis
Oh! Artis dengan bangganya ingin memberikan 2 tiket percuma kepada anda pengunjung setia Oh! Artis. Contest ini amat mudah. Anda hanya perlu berikan komen di sini sebab mengapa anda mahu ke Sound Machine Stage dan anda yang bertuah akan menerima 2 tiket hadiah tajaan Sound Machine untuk menyaksikan Sound Machine Stage secara percuma.
Tarikh tutup pada 10 March 2009.
Untuk keterangan lanjut mengenai Sound Machine Stage, anda boleh ke official website Sound Machine di www.e-zine.com.my.
UPDATE 10 MARCH 2009
Pemenang bertuah telah diumumkan dalam entri berikut [link]
Kemanakah Lotter AF4 menghilang?
Lama sudah Oh!Artis tidak mendengar perkembangan baru Lotter AF4.Apa Lotter AF4 sedang lakukan sekarang ni?

Dengar khabar Lotter telah menubuhkan sebuah band sendiri yang diberi nama The Divine Master..
Ahli band Lotter ini terdiri tiga adiknya; Lister berusia 24 tahun, Luther, (23) dan Leill Petrus Edwin Edin (18) yang mempunyai skil bermain alat muzik untuk bergabung, lantas meredah onak cabang seni yang tidak berkesudahan manakala Lotter sebagai vokalis The Divine Master.
pstt:jangan sejap ada ,sejap takder..macam chipsmore jer…
Pernikahan Naza (The Times) & Fatin
Semoga berbahagia buat anda berdua ya.Kahwin senyap-senyap nampak!..Oppss!
Teenage Disc Fantastic-Album terbaru Couple
Ini pertama kali Loque membuat entry di sini.Terima kasih kepada Khai kerana sudi menerima Loque sebagai penulis di Oh Artis!.Salam perkenalan!.
Pada hari 28 Disember 2008 ini,Couple yang terkenal dengan lagu Rock N Roll akan melancarkan album mereka yang terbaru di Dewan MCPA
Kisah Benar Band Indie, Hujan
November 2, 2008 by Gadis Lonely?
Filed under Featured, Indie, Panazzz, Tempatan

Nak kata “OH! Artis” minat pada hujan, boleh jugalah dikatakan ye. Tapi jangan salah faham kerana apa yang diminati hanyalah lagu, bukan manusia-manusia yang menganggotai band Hujan tu sendiri especially vokalis dia yang langsung tak mencerminkan keperibadian yang baik. Dengar cara cakap dah boleh baca orang jenis apa kan?
Dan apa yang membuatkan “OH! Artis” kebih terkejut, dengan penyebaran banyak kisah benar mengenai band ini. So sama-sama ikuti perkembangan di bawah.
ini adalah kisah benar !
part 1
perbualan telefon antara noh ( vokalis hujan ) dan mr xx ( graphic designer )
noh : bila design baju tu mahu siap bro ?
mr xx : ikut dateline kan lagi sebulan,sabar la.
noh : aku nak baju tu siap lagi 2 minggu,aku dah ubah plan.aku nak design baju baru tu dalam masa 2 minggu,sebab aku nak jual baju tu untuk incoming gig yang akan dtng ni.
mr xx : haa ? mana boleh lagi 2 minngu,kan aritu kita dah deal design baju yang baru akan siap lagi sebulan..
noh : tu aku tahu,tapi masalahnya bende ni aku nak cepat.



















