Email: hi@ohmedia.my Subscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanLanggan Oh! ArtisSubscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanFeed Respon

Usop Wilca akan berhenti dari kerjaya asalnya

Share

Nama Usop Wilca yang tidak asing lagi juga menaikkan nama Syed Muhamad Asri dalam bidang seni memberikan impak besar dalam hidup dan kerjaya asal Syed atau juga dikenali sebagai Shy8.

Sebelum ini kerjaya asal Syed adalah merupakan Pengurus Komunikasi Korporat bagi Syarikat Tanjung Offshore Berhad dan beliau komited dengan kerjaya beliau sebelum ini sehinggakan telah menolak tawaran lakonan drama dan filem.

Shy8 yang juga dahulunya merupakan pelakon drama, filem dan telah mengeluarkan albumnya sendiri, lagu yang dinyanyikan beliau ketika itu telah menjadi lagu tema bagi kempen AIDS/HIV yang sering dimainkan oleh RTM pada 1997.

Namun kini Shy8 telah menjadi penyampai di HOTFM dan beliau teleh membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya di syarikat tersebut untuk menumpukan perhatian kepada kerjaya barunya dalam bidang seni dan sebagai penyampai radio.

Beliau juga mengakui bahawa ini merupakan risiko yang patut dihadapinya untuk melepaskan jawatannya kerja tetapnya di syarikat tersebut.

“Saya tahu ia adalah risiko melepaskan kerjaya yang sudah menjanjikan pendapatan tetap tetapi keputusan ini diambil selepas berbincang dengan keluarga,” jelasnya.

 

Nak dengar nyanyian Usop, boleh tonton radio di bawah. Best sangat, betul tak tipu :P

OH! ARTIS: SHY8 PATUT KENA INGAT, YANG KERJAYA DALAM INDUSTRI NI TAK KEKAL LAMA. HILANG POPULARITI KITA, JATUHLAH KITA KE BUMI. PADA KAMI, INI TINDAKAN YANG AMAT SUKAR DIAMBIL. TAPI JIKA KAMI JADI SHY8, KAMI AKAN MEMILIH UNTUK SETIA PADA KERJAYA LAMA. DUNIA SENI INI TIDAK PERNAH INDAH DARI YANG DISANGKA.

Najwa Latif Ikuti jejak ‘Artis Youtube’

July 29, 2011 by  
Filed under Indie, Menarik, Music, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Share

Najwa Latif yang kini namanya kian naik di persada seni dengan lagu Cinta Muka Buku yang menaikkan nama gadis muda ini.

Nama Najwa Latif yang dahulunya hanya memainkan lagu-lagu untuk ayahnya kini telah diterima ramai sebagai artis muda yang baru saja naik namanya. Najwa Latif dikatakan mengikut jejak langkah artis independent seperti Zie Avi, Yuna dan Ana Raffali yang dulunya dikenali sebagai artis Youtube oleh pengguna internet.

Najwa menerangkan bahawa beliau memuat naik video itu untuk tontonan ayahnya yang berpindah ke Kota Tinggi dan tidak menyangka bahawa videonya di tonton dan diikuti ramai.

Najwa Latif yang kini berumur 16 tahun kini sudah bergelar artis dibawah naungan NAR Records setelah beberapa rancangan TV dan internet telah menjemput beliau untuk ditemu bual telah membantu menaikkan nama beliau dipersada seni setelah seberapa lama memuat naik Video nyanyiannya di internet.

Anda boleh ikuti video terbaru Najwa di channel Youtube’nya.

OH! ARTIS: ARTIS MUDA YANG BERPOTENSI BESAR

Najib ditemubual di Hot FM

May 10, 2011 by  
Filed under Al-Kisah, Gossip, Hot FM, Selebriti, Tempatan

Share

Seperti di pagi hari-hari biasa apabila kita buka radio HotFM kita dapat mendengar celoteh deejay Fara Fauzana, Faizal Ismail dan Kieran berkeudara di konti mereka di Sri Pentas Bandar Utama namun pagi Jumaat lalu, terdapat satu perkara yang menarik berlaku di konti mereka. Perkara menarik yang dimaksudkan tersebut adalah konti mereka dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjadi tetamu jemputan di konti mereka. Bagaimana tercetusnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib menjadi tetamu di konti HotFM adalah kerana Fara Fauzana yang menjemput Najib dengan spontan di laman Twitter Perdana Menteri Malaysia tersebut, yang berbunyi:

“DS Najib Razak, can you come to Hot FM please…”

Siaran yang ditayangkan secara langsung di HotFM, 8TV dan TV9 menayangkan Perdana Menteri yang bermain dam aji bersama Deejay yang bertugas.

Kata Fara dan Faizal :Siapa sangka, dulu saya, Fara dan Faizal hanya merupakan budak jalanan yang menampal banting tetapi sekarang kami dapat duduk bersama-sama menemu bual pemimpin negara.

OH! ARTIS: FACEBOOK HOT FM YANG DI’HIJACK SEJAK MALAM TADI MASIH BELUM PULIH SEHINGGA KINI. BANGSA KITA MEMANG BEGITU. HATI SERING SAHAJA MEMBENGKAK MELIHAT BANGSANYA SENDIRI SENANG DAN BERJAYA.

Kelly Clarkson akan melancarkan album terbarunya.

January 9, 2009 by  
Filed under Music

Sudah sekian lama Oh!Artis tidak mendengar cerita tentang penyanyi “Because of You”  ini.Sejak single dan demi single dari albumnya terdahulu meniti di bibir peminat dikeluarkan,nama Kelly Clarkson mula dilupakan di bibir peminat muzik antarabangsa.

ohartis_kellyclarkson

Namun sekarang akan berubah apabila Kelly Clarkson dijangka akn melancarkan album terbarunya ”All I Ever Wanted.”Untuk single pertama dari album terbaru in,Kelly Clarkson mempertaruhkan lagu yang bertajuk My Life Would Suck Without You.

Jadi untuk semua peminat Kelly Clarkson nantikan album terbarunya Mac ini.Namun Oh!Artis tidak tahu adakah tarikh albumnya dilancarkan di Malaysia sama dengan tarikh dilancarkan pada peringkat antarabangsa.

Kalau nak tau ,nantikan Mac ini samada album ini boleh mengatasi pencapaian albumnya yang terdahulu yang hangat dipasaran.

pstt:huhu..minat gan cover album dia ni

Trilogi Cinta Tiga Segi

December 27, 2008 by  
Filed under Kahwin, Music

Perkara yang anda perlu tahu sebelum membaca entri ini:
- Arwah yang dimaksudkan nanti sama sekali BUKAN Allayarham Hazwan Wafiy Abu Hassan, pelajar SMKAB seperti yang tersebar di internet. Ini Hazwan lain!
- Entri yang akan Khai tulis ini masih tidak tahu kesahihannya. Apa yang Khai tulis adalah melalui fakta yang ada di Internet. Anda dinasihati tidak terus percaya sebaliknya baca semua komen yang ditulis oleh pembaca di bawah entri ini. Mungkin anda akan dapat sesuatu yang benar. Adili’lah sendiri. Allahualam.
Suara peninggalan Allayarham Hazwan.. Alfatihah!

Alkisahnya, Khai baru tahu pasal lagu ni. Itu pun sebab room mate Khai, Rizal yang beria-ia sangat nak lagu ni. Dia cakap kat Khai lagu ni best gila dan dinyanyikan oleh seorang banduan bernama Hazwan sehari sebelum dia mati di tali gantung. Dengar setiap bit bit lagu ni, betul-betul membuatkan hati terasa something yang sukar nak diluahkan. Syahdu sangat lagi-lagi jika dikenang memang betul itu lagu yang dinyanyikan seorang banduan sebagai permintaan terakhir. Cuba korang selami hati seorang Hazwan yang menjadi mangsa pendustaan sebuah cinta. Dari sedikit research yang Khai buat, begini ceritanya.
Arwah Hazwan ni bercinta dengan seorang gadis. Sedang asyik mereka bercinta, Ex-boyfriend gadis tersebut telah merayu untuk kembali kepada gadis tu. Si gadis ni jadi serba-salah and of coz, dah tentu dia masih ada rasa sayang pada ex-boyfriend dia tu. So si gadis ni buat keputusan untuk memilih lelaki tersebut dan meninggalkan Hazwan. Dek kerana rasa frust (ini dinamakan cinta sejati), Hazwan sanggup membunuh lelaki tersebut dan satu lagi fakta yang Khai jumpa, dia turut membunuh ex-girlfriend dia tu. How sad. Sanggup membunuh kerana cinta. How damn’nya menjadi seorang gadis yang buta menilai cinta seorang lelaki seperti Hazwan. Ya, Cinta sejati seorang lelaki. Lelaki yang sebenar. Hazwan telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Semasa di penjara, sehari sebelum dia digantung, pegawai penjara bertanya ape permintaan terakhir sebelum mati. Hazwan hanya mahukan sebuah gitar dan pita rakaman untuk merakamkan lagu perangkap cinta ini dan dia suruh pegawai penjara tu untuk sebarkan lagu ni especially kepada ex-girlfriend dia (kalau x mati dibunuh). Ada lagi fakta yang kata kawan-kawan si arwah yang datang ke penjara untuk merakamkan lagu ni. Allahualam. Apa pun, semoga arwah Hazwan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Jikalau’lah gadis itu masih hidup (jika fakta tu salah), Khai nak dia tahu yang dialah insan paling zalim dalam dunia ni. Tolonglah, hargailah cinta seorang lelaki.
Kejadian ni mungkin baru lagi lebih kurang 4 atau 5 tahun yang lepas. So baru sekarang semakin tersebar secara meluas. Nengok kat Youtube, sampai gaduh-gaduh. Masing-masing cuba mempertahankan fakta sendiri. Nasib baik dalam internet, kalau tidak masing-masing dah tercabut rambut. Come on la, macam budak-budak kecik. Dengar aje lagu ni sudey.

Oh!Artis juga menyelitkan kod guitar untuk lagu ini juga.

Intro:
Dm C A Dm (2X)
A
Dm C
Bertahun sudah ku menunggu dirimu
A Dm
akhirnya kau menjadi milikku
Dm C A Dm
sukarnya untuk ku melupakan mu kerna kau ku cintai selalu..
Chorus :
Gm C Dm
Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu..
Bb C Dm
datang kembali mengenang cinta dahulu..
Dm Gm
mengapa ini semua harus berlaku..
C F
apakah ini semua kerna diriku..
Bb A
sedangkan aku cuma watak dalam percintaan..
Bb C Dm
tak sanggup… aku melepaskan mu…
Gm C Dm
Kau ibarat terperangkap di tengah lautan…
Bb C Dm
tak tahu mana arah untuk kau menuju…
Dm C A Dm (2x)
Bb C F Bb C A Dm
ulang chorus
Gm C Dm
Kau ibarat terperangkap di tengah lautan…
Bb C Dm
tak tahu mana arah untuk kau menuju…
Dm C
Andai kau pinta untuk melepaskan mu…
A Dm
terpaksa aku turutkan….
Dm C A Dm B C Dm A-Dm
Mungkinkah ini suatu pengajaran di dalam percintaan.

(credited to justkhai.com)

The Lima

November 27, 2008 by  
Filed under Music

Meredith Andrews - The InvitationNampaknya KRU sudah pun memiliki 2 artis Indonesia yang berada di dalam naungan syarikat rakaman mereka. Yang pertama dulu ialah band muzik dari Bandung yang menamakan diri mereka Syuga. Sekarang ini, band vokal pula iaitu The Lima yang juga adalah pemenang juara Gangstarz 1.

Melihat pada situasi pasaran muzik sekarang ini, saya tidak pasti untuk mengatakan sama ada tindakan mereka memilih The Lima itu sebagai suatu yang bijak atau sebaliknya.

Tapi, apa yang boleh dikatakan di sini ialah ia satu tindakan yang begitu cepat dan tepat. Cepat kerana menyambar dulu The Lima yang sedang panas di kalangan peminat muzik Malaysia khususnya Gangstarz.

Tepat kerana merekalah yang peminat muzik Malaysia mahu lihat dan mahu dengar. Kemenangan mereka sebagai juara Gangstarz membuktikan kebenaran ini.

Harap-harap demam mereka terhadap The Lima masih konsisten sebagai dulu dan tidak cepat sejuk sebagaimana yang berlaku terhadap Mawi. Daripada penjualan album ratusan ribu unit akhirnya jatuh hingga 50,000 unit.

Dengan formula yang disediakan KRU, saya kira tiada apa yang mustahil untuk The Lima terus mendominasi industri muzik tempatan kita. Lebih-lebih lagi jika mereka memiliki album studio yang mengandungi lagu-lagu yang menarik sebagaimana album pertama mereka ini.

Saya sendiri tidak menjangka bahawa album ini akan dapat memenuhi cita rasa saya sebagai pendengar biasa. Tahniah buat Edry Abd Halim yang bertindak selaku penerbit keseluruhan album The Lima ini.

Walaupun ada pengaruh muzik KRU dalam lagu Buronan Cinta ciptaan Edry, lebih banyak lagi ciptaan Edry yang lain yang memenuhi selera saya atau pun anda semua. Tidak perlulah saya perkenalkan lagu Separuh Masa kerana lagu itu sudah cukup popular bagi anda semua. Tapi sudahkan anda mendengar Di Mabuk Cinta, Kau Ada Dia serta Pernahkah Aku?

Ketiga-tiga lagu ini juga ada kekuatannya yang tersendiri. Di Mabok Cinta ciptaan Puja & Panji misalnya sangat kental dengan elemen jazz yang ringan tetapi mudah untuk dihayati bersama muzik yang moderate fast.

Ia adalah sebuah lagu pop jazz tipikal dari seberang yang cukup tipikal bagi anda semua. Maklumlah komposernya pun diimport dari sana juga. Lagu ini dimuatkan sebagai track pertama dan boleh boleh dianggap sebagai lagu pencuci mulut yang mampu membuatkan anda berasa mahu menghayati lagu yang seterusnya.

Kau Ada Dia ciptaan Edry adalah sebuah lagu ballad yang lebih perlahan tetapi mempunyai melodi yang cukup indah. Liriknya juga masuk dengan begitu cantik di sebalik melodi tersebut. Lagu ini memang sedap.

Pernahkah Aku? ciptaan Archie & Nine pula adalah sebuah lagu pop R & B yang ringan tetapi mempunyai melodi yang mudah meresap di dalam jiwa anda. Vokal harmoni The Lima menjadikan lagu ini lebih menarik dan berkarektor apabila dipersembahkan.

Nama Album: The Lima Mampu Hiburkan Semua
Artis: The Lima

Source: Era.Fm

One Buck Short – Halal & Loving It

November 26, 2008 by  
Filed under Music

One Buck Short - Halal & Loving ItApabila sebut saja punk, mungkin ada yang akan beri tanggapan yang negatif terhadap band muzik tempatan ini. Relaks beb, sebab mereka bukanlah terlalu hardcore macam Ramones atau Sex & The Pistol.

Kalau anda boleh layan Good Charlotte, tidak mustahil anda boleh layan band muzik indie tempatan yang nama mereka sedang melonjak naik dalam industri muzik kita ketika ini. Yap, One Buck Short bukannya sebuah band muzik dari luar tetapi dari kalangan local indie band kita. Ia produk buatan negara yang harus kita banggakan kerana mereka tampil dengan sebuah produksi dan muzik yang cukup berkualiti serta memiliki standard yang tinggi.

Sebenarnya, nama One Buck Short sudah biasa saya dengar sejak beberapa tahun kebelakangan dulu cuma tidak pernah berkesempatan menyaksikan persembahan mereka dalam mana-mana gigs. Akhirnya peluang itu tiba setelah saya menyaksikan konsert persembahan Good Charlotte yang cukup mengecewakan di perkarangan tempat letak kereta di Stadium Bukit Jalil, kira-kira 2 tahun lalu.

One Buck Short tampil sebagai artis pembuka tirai bersama-sama dengan beberapa band muzik tempatan lain termasuklah Estranged. Waktu itulah saya melihat betapa hebatnya mereka sewaku beraksi di atas pentas. Muzik mereka pula sangat menarik dan cool.

Malah sama ada dari muzik mahu pun persembahan, percayalah mereka lebih hebat lagi daripada Good Charlotte sendiri. Bukan saya seorang saja yang merasakannya tetapi rata-rata berkata demikian.

Sejak itu, saya lihat mereka sering diundang untuk menjadi artis pembuka tirai dalam pelbagai acara besar termasuklah festival muzik dan konsert persembahan daripada band muzik yang bertaraf antarabangsa seperti My Chemical Romance dan Fall Out Boys.

Kekuatan One Buck Short yang dianggotai Mooky selaku vokalis, Rahul (gitar), Izal (bass) dan Imran (dram) ini sebenarnya terletak dalam banyak sudut.

Permainan muzik mereka memang bagus, vokal Mooky sentiasa konsisten, stage presentation mereka sangat kuat selain bijak berkomunikasi, kreatif berkarya serta sangat teliti dalam kerja produksi.

Apa yang penting, mereka mempunyai citarasa muzik betul yang dapat memenuhi keinginan dan selera generasi muda masa kini bersama dengan produksi. Single pertama mereka, Fast Time memang membuktikan perkara ini. Single ini sangat cool. Bila saya berikan pada seorang rakan untuk mendengar, dia sama sekali tidak tahu bahawa lagu itu adalah nyanyian band muzik indie tempatan.

Dalam single kedua mereka, Kelibat Korupsi, mereka mempersembahkan lagu tersebut dalam bahasa Melayu. Lagu ini mengenai penyakit korupsi yang banyak berlaku dalam masyarakat kita. Menariknya, mereka telah menggabungkan elemen muzik dikir barat dengan muzik punk pop rock mereka.

Single seterusnya ialah 10:04. Lagu yang disampaikan dalam bahasa Inggeris ini cukup menyenangkan. Ia mengenai kisah cinta yang dilalui segelintir remaja pada malam terakhir mereka sebelum menamatkan persekolahan di High School.

Muzik mereka kembali rancak dan happening dalam lagu Inggeris berjudul R.I.P tetapi ia kembali perlahan dalam lagu Khayalan Masa. Subjek yang diutarakan dalam R.I.P ialah mengenai masalah cinta yang cukup komplikasi, manakala Khayalan Masa pula mengenai seseorang yang menunggu cinta.

Kesemua single ini kemudian dimuatkan bersama dengan beberapa lagu lain dalam album sulung mereka, Halal & Loving It. Nama ini mereka pilih kerana ia adalah produk halal yang dihasilkan mereka dan mereka mahu apa yang mereka hasilkan itu dihargai dan disayangi peminat mereka.

Sebuah lagi lagu yang saya suka ialah That Day. Muziknya bersemangat sebagaimana Fast Time. Tetapi, ia memuatkan elemen reggae dan bagi saya penyatuan muzik ini bersama dengan punk pop rock mereka sangat cantik dan kedengaran sungguh segar dan menarik.

Judul: Halal & Loving It
Artis: One Buck Short
Genre: Pop Punk
Label: Homegrown Records

Reference: Era.FM

Peterpan – Sebuah Nama Sebuah Cerita

November 26, 2008 by  
Filed under Music

Brooke Fraser - AlbertineMerentas perjalanan sebuah band dengan nama Peterpan, Ariel (vokal), Lukman (gitar), Uki (gitar), dan Reza (drum) mempersembahkan sebuah album berisi kumpulan lagu yang jelas memperlihatkan kebesaran sebuah band yang menjadi fenomena pada dekad ini. Album tersebut diberi judul Sebuah Nama Sebuah Cerita 2000-2008 dan akan menjadi album terakhir bagi kumpulan Peterpan yang di anggotai oleh Ariel, Lukman, Uki, dan Reza. Nama yang sudah melambungkan mereka setinggi langit itu akan disimpan dan tentu saja akan terus dikenang sebagai karya dan cerita yang pernah tercipta.

Dalam merentasi tahun 2000 – 2008 Peterpan telah mencipta puluhan lagu-lagu super-hits. Setiap albumnya selalu meraih penghargaan platinum hingga multi platinum. Bermula dengan album Bintang Di Surga Peterpan meraih 13 penghargaan dari dalam dan luar negeri, di antaranya 7 penghargaan Anugerah Musik Indonesia (AMI Awards), 2 piala dari SCTV Music Awards, Triple Platinum Awards, Platinum Berkembar Enam dari Suria Records (SRC) Malaysia, serta MTV Music Awards 2005. Di tahun berikutnya ketika mereka melancarkan album soundtrack filem Alexandria, Peterpan juga meraih Multi Platinum Award dan beberapa penghargaan, termasuk dari SCTV Music Awards. Bahkan ketika penjualan album ini agak lesu dipasaran pada tahun 2007 Peterpan masih mampu meraih penghargaan multi platinum kerana menjual lebih dari 500 ribu keping untuk album “Hari yang Cerah…”

Fakta menyatakan bahwa Peterpan adalah pencetak super- hits. Untuk mengabadikan fenomena itu, maka perlu dibuat sebuah album khusus yang mampu menyimpan semua karya tersebut dengan baik. Album Sebuah Nama Sebuah Cerita 2000-2008 adalah jawapannya. Sebuah album terakhir milik Peterpan, sebelum mereka bertukar dengan nama lain. Sebuah album yang mempersembahkan lagu-lagu terbaik Peterpan.

Sungguh tak mudah untuk memilih lagu mana yang lebih baik dari lagu lainnya. Oleh sebab itu, untuk memuaskan seluruh Sahabat Peterpan, album ini dikemaskan dalam dua format berbeza: duoble CD (dua buah CD dalam satu album) yang memuat 30 buah lagu dan format kaset yang memuat 21 buah lagu. Di kedua format itu sudah termasuk tiga lagu baru serta satu lagu popular milik almarhum Chrisye yang dirakamkan semula oleh Ariel. Selebihnya himpunan hits yang pernah dirakamkan di album kompilasi Kisah 2002 Malam (2002), Taman langit (2003), Bintang Di Surga (2004), OST.Alexandria (2005), hingga Hari yang Cerah…(2007) disuguhkan dalam album ini.Mulai dari “Mimpi Yang Sempurna”, “Sahabat”, “Aku & Bintang”, “Ada Apa Denganmu”, “Menunggumu (feat.Chrisye), Mungkin Nanti, Bintang di Surga, Sally Sendiri, Kukatakan Dengan Indah”, “Di Balik Awan”, “Yang Terdalam”, “Semua Tentang Kita”, “Di Atas Normal”, “Menghapus Jejakmu”, dan banyak lagi. Dan dalam waktu dekat album ini juga akan diedarkan dalam bentuk VCD yang isinya seperti format CD.

Meneliti album ini ibarat mendalami sebuah cerita. Cerita tentang sebuah band Peterpan yang menjadi fenomena ketika mencetak angka penjualan melebihi 3 juta unit. Cerita tentang musik Peterpan yang menjadi trendsetter musik band-band berikutnya. Cerita tentang tarikan vokal Ariel, sang vokalis, yang seakan menjadi ikutan untuk vokalis band-band berikutnya. Hingga cerita tentang lagu-lagu hit yang tak ada habisnya. Tak ada alasan untuk tidak menjadikan album ini sebagai koleksi abadi yang tak akan lekang ditelan waktu.

Penambahan tiga lagu baru di album ini makin melengkapi cerita indah itu. Empat lagu ini seakan puncak kemunculan hasil kreativiti Ariel dan kawan-kawan dalam sebuah band bernama Peterpan, sebuah band yang sarat dengan rujukan muzik-muzik dari British. Singel pertama “Walau Habis Terang”, yang sudah lebih dahulu diperdengarkan di berbagai media, seakan menegaskan benang merah arahan muzik Peterpan. Pemilihan bunyi, melodi, dan lirik lagu masih sangat terjaga. Kepiawaian Lukman dan Uki mengisi bagian gitar di lagu ini membuat Peterpan semakin tegas sebagai sebuah gitar band.

Eksplorasi muzik terbaru dipamerkan Peterpan pada lagu “Dilema Besar”. Lagu ciptaan Lukman ini menonjolkan posisi lain Peterpan yang dulu pernah muncul namun tak terlalu menonjol. Rentak dan citarasa British terasa menusuk kalbu dari awal hingga akhir lagu. Sekilas kita tak mengenali ini sebagai lagu peterpan, tapi berterima kasihlah pada karekter vokal Ariel yang sangat menjejak dan senang dikenal sehingga lagu bertempo medium ini diperkirakan akan menjadi variasi baru lagi dalam perpustakaan lagu-lagu hit Peterpan yang sangat pelbagai.

Sebagai tambahan, Peterpan membawakan kembali lagu “Kisah Cintaku” milik almarhum Chrisye sebagai sebuah penghargaan pada seorang seniman legenda yang pernah menjadi teman kolaborasi mereka. Peterpan pernah membawakan lagu ini beberapa kali secara “live” sehingga membuatkan lagu ini terus memberi nafas baru tanpa memcacatkan melodi lama nyanyian almarhun Chrisye. Kematangan Peterpan menggarap lagu ini nescaya akan membuat almarhum Chrisye tersenyum nun jauh di sana.

Tak berhenti di situ. Sebagai lagu penutup Peterpan mempersembahkan sebuah lagu istimewa. Judulnya “Tak Ada Yang Abadi”. Cuba dengarkan alunan piano yang mengalun tunggal di seperempat bahagian awal lagu ini. Peterpan sedang menghasilkan sesuatu yang baru. Antara lirik dan muzik yang tercipta seakan menyatukan sebuah karya yang mampu menusuk hati. Vokal Ariel yang penuh penghayatan di awal kemudian berubah kasar dan berontak di bagian puncak. Dengan pantas Peterpan juga tidak menmuatkan susunan orkestra yang berlebihan, sehingga keindahan lagu ini benar-benar terasa apa adanya.

“Di dunia ini tak ada yang abadi. Cinta, kehidupan, apapun…tak ada yang abadi,” ungkap Ariel, sebagai penulis lirik utama di band ini. Beliau juga tidak menyangkal bahwa lagu “Tak Ada Yang Abadi” ini mengungkapkan perasaan Peterpan saat ini, ketika mereka harus meninggalkan nama Peterpan dan bersedia untuk memulakan sesuatu yang baru.

Sambutlah sebuah album yang layak menjadi masterpiece bagi perkembangan industri muzik Indonesia. Sebuah album yang nilai koleksinya sangat tinggi dan tak ada tandingnya. Sebuah album terakhir dari Peterpan. Seperti kata Ariel tadi, di dunia ini memang tak ada yang abadi. Bahkan untuk band sehebat Peterpan sekalipun. Kita hanya boleh mengabadikan karya-karyanya di album istimewa ini, “Peterpan, Sebuah Nama Sebuah Cerita”.

Blog Widget by LinkWithin

Page optimized by WP Minify WordPress Plugin