Yuna Kesal Dituduh Elak Komen Kes Pecah Kereta
May 22, 2012 by Eiza
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Berikutan artikel terdahulu kami di sini mengenai insiden kereta Yunalis Zarai (Yuna) dipecah masuk Khamis lalu, Yuna terkilan kerana tindakannya enggan mengulas panjang perkara itu rupanya menimbulkan kata-kata kurang enak kepadanya.
Penyanyi dan komposer ini Yuna, 26, sangat kesal kerana dituduh sedemikian oleh pihak media kerana hakikatnya bukan dia tidak mahu komen mengenai insiden itu tetapi terlampau sibuk di lokasi penggambaran iklan sebuah produk ketika dihujani panggilan daripada pihak media.

“Saya berasa kesal dan terkilan dengan tuduhan itu. Terlalu banyak perkara yang berlaku menyebabkan saya tidak dapat memberikan komen apabila dihujani panggilan wartawan. Lagipun saya tidak mahu kecoh-kecoh mengenai perkara itu atas dasar keselamatan.”
Kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu berlaku di Subang Jaya. Kereta itu dipandu seorang rakan yang juga pemain gitar kumpulan muziknya iaitu Farhan Fazlishah (Pa’an) sebelum dibawa pulang ke rumah gitaris itu Subang Jaya.
Difahamkan juga, kejadian itu mengakibatkan Yuna kerugian sebanyak RM5,000 apabila radio kereta dan gitar milik artis barunya Diandra Arjunaidi yang dipinjam penyanyi baru itu turut dicuri.
Penyanyi lagu Live Your Life itu berkata, tindakannya mengemas kini insiden tersebut menerusi Twitter miliknya adalah bertujuan untuk memberi peringatan kepada para peminat dan bukan untuk menghebahkan peristiwa itu sehingga menjadi perhatian pihak media.
“Pada awalnya, niat saya mengemas kini insiden itu di Twitter adalah untuk berkongsi dan memberi peringatan kepada peminat agar berhati-hati dengan persekitaran. Sebelum ini, saya kerap berkongsi pelbagai perkara dengan mereka menerusi medium itu. Namun, saya tidak sangka pula isu ini akan menjadi besar.”
Apapun, Yuna menerima kehilangan itu dengan reda tetapi bimbang kerana pendedahan maklumat mengenai kejadian itu di media boleh mengancam keselamatan mereka.
“Saya tidak kecewa sangat dengan kehilangan dua barang itu kerana ia sudah pun berlaku. Tentang gitar itu, saya sudah uruskan dengan Diandra. Saya bersyukur kerana kereta itu tidak dicuri. Apa yang saya bimbangkan adalah pendedahan maklumat mengenai jenis kereta dan alamat rumah Pa’an mendatangkan bahaya kepada kami.
Kereta itu turut dipandu oleh ibu dan bapa saya. Saya risau jika disebabkan pendedahan itu keselamatan keluarga pula yang terancam.”
Bagi kami jangan mudah buruk sangka. Telefon tidak berjawab, tanyalah berdepan dan berjumpalah. Jangan serkap-serkap jarang kot ya pun nak cerita hot. Panaslah tu, tak dapat keluarkan cerita hot sebelum orang lain.
OH ARTIS: APA SAHAJALAH PIHAK MEDIA NI. ORANG TAK JAWAB TELEFON TAK HABIS-HABIS NAK JAHAT MULUT. KEBANYAKKAN WARTAWAN MEMANG MULUT MACAM TU. YANG OK TU OK LAH. APTB!
Adi Putra Nafi Nora Danish Punca Mahu Bercerai
May 18, 2012 by Eiza
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Pelakon Adi Putra memang mengejutkan semua apabila tidak ada khabar berita, tiba-tiba memfailkan penceraian. Pelakon yang baru sahaja pulang dari Tanah Suci, Mekah pada 8 Mei lalu turut berdoa untuk kesejahteraan rumah tangganya tetapi mendapat gambaran seolah-olah perkahwinannya itu tidak dapat diselamatkan lagi.

Mahkamah Tolak Permohonan Saiful Apek
May 16, 2012 by Eiza
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Tidak sampai seminggu selepas melancarkan ‘perang’ terhadap David Teo, pelakon komedi Saiful Apek semalam mengaku ‘malu sendiri’ dengan kenyataannya itu kerana kes tuntutan RM200,000 yang difailkannya terhadap produser itu sebenarnya sudah selesai tahun lalu.
“Saya akui kesilapan kerana buta undang-undang dan hanya tahu baca skrip saja. Saya reda dengan keputusan itu dan tak berhasrat buat rayuan kerana kes ini sudah lama iaitu lebih tujuh tahun,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Bantah Konsert Lady Gaga di Indonesia
May 15, 2012 by Eiza
Filed under Antarabangsa, Bermasalah, Panazzz, Selebriti
Nampaknya semakin ramai membantah kunjungan si Lagy Gaga ini. Jika sebelum ini, kumpulan Kristian telah memprotes konsert siri jelajah dunia Born This Way Ball yang dijadualkan berlangsung di Seoul, Korea Selatan. Kini protes itu berulang lagi apabila penyanyi kegemaran ramai ini bakal mengadakan konsert sulungnya di Indonesia pada 3 Jun akan datang.

Konsert lady Gaga ini telah mendapat bantahan daripada kumpulan Islam yang menganggap lirik lagu yang dinyanyikannya mempunyai unsur-unsur ajaran sesat serta memuja syaitan. Seorang jurucakap Pembela Agama Islam (FPI) memberitahu The Wall Street Journal bahawa Gaga telah menghina semua agama. Read more
Johan (Raja Lawak) Dicemuh Lagi
May 15, 2012 by Eiza
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Johan (Raja Lawak) pernah berjanji untuk tidak membuat lawak berunsur sensitif sehingga melukakan hati beberapa pihak. Akan tetapi perkara ini berlaku lagi hanya kerana klip video di bawah ini. Tapi dari pemerhatian kami, tidaklah keterlaluan sangat. Bukan Johan sahaja yang melakonkan watak di dalam video itu. Turut melakonkannya adalah Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Dee. Mengapa pula Johan sahaja yang dipertikaikan ?

Sidang Media Khas Saiful Apek Esok
May 14, 2012 by Eiza
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Panas semakin panas. Pelawak Saiful Apek bersama artis dan krew filem akan mengadakan satu sidang media khas pada Selasa (esok) bagi mendedahkan sikap tidak bertanggungjawab sebuah syarikat produksi yang dikatakan telah menganiaya mereka.

Sidang media pada jam 3 petang ini akan dibuat di sebuah restoran di Subang Avenue, Subang Jaya. Sebelum ini Apek ada mengeluarkan kenyataan tidak puas hatinya terhadap syarikat produksi itu. Read more
Kes Khalwat Beego Dilanjutkan
May 8, 2012 by Eiza
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah, 32 mengaku tidak bersalah dengan tangkapan dan tuduhan khalwat ke atasnya. Penafian itu telah direkodkan dalam perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, Selasa lalu.
Apa yang berlaku 23 Februari tahun lalu, Beego bersama dua rakan lelaki dan dua kenalan wanita mereka telah ditahan sekumpulan Pegawai Penguatkuasa Agama kira-kira pukul 6 pagi di sebuah rumah di Kondominium Okleaf Park, Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. Read more
Ada Musuh Cuba Burukkan KRU
May 7, 2012 by Eiza
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Baru-baru ini KRU telah dituduh gagal menjelaskan gaji pekerja dan tidak melunaskan pinjaman pembikinan filem terbitan syarikat itu. Oleh itu di pelancaran treler filem ’29 Februari’, Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim menyifatkan tuduhan terbaru itu sebagai tindakan iri hati daripada musuh perniagaan mereka. Norman berkata tuduhan-tuduhan yang tidak berasas itu sengaja dicetuskan oleh pihak tertentu kerana tidak mempunyai cara lain untuk memburukkan reputasi selepas melihat kejayaan syarikat berkenaan. Read more
Harun Salim Bachik Lepaskan Jawatan Presiden SENIMAN
May 5, 2012 by Eiza
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Dia merasakan dirinya tidak boleh memberi komitmen penuh terhadap persatuan kerana bebanan kerja dan mempunyai masalah kesihatan. Adakah kerana dia terasa hati dengan tindakan timbalan persatuan itu, Zed Zaidi yang sering bertindak tanpa pengetahunnya?
Sudah tentu tidak. Pengundurannya tiada kaitan dengan pelbagai isu yang timbul bersama timbalan persatuan Seniman itu. Malah Harun merasakan Zed Zaidi adalah individu yang layak untuk menggantikan tempatnya berdasarkan potensi besar dan dilihat cukup bersemangat dalam memperjuangkan hak artis-artis tempatan.
Sebelum ini, Harun dipilih menerajui Seniman pada 18 Disember 2010 setelah menang tipis sebanyak 78 undian berbanding Datuk Mustapha Maarof yang mendapat 74 undian pada pemilihan yang berlangsung di Pawagam Mini P.Ramlee, Kompleks Finas, Hulu Klang.
Semuga Zed Zaidi terpilih kali ini dan dapat meneruskan perjuangan sebagai seorang Presiden yang berwibawa.
OH ARTIS: TAK PERLU NAK GILA-GILA KUASA PUNNNN… HIDUP BANG HARUNNN..
Ibu Jejai Tidak Suka Fasha Sandha? kot
May 4, 2012 by Eiza
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Tempohari kami ada berkongsi dua artikel dan video pernikahan Jejai dan Fasha. Kami agak tertanya-tanya apabila komen di bawah ini kami baca di sana. Mengapa komentor ini memberikan komen sebegitu?




















