Madonna Mahu Jadi Presiden AS
ShareSiapa tidak kenal Madonna. Satu nama besar dalam seni hiburan antarabangsa setelah sekian lama. Walaupun usianya sudah menjangkau 53 tahun tetapi popularitinya bertahan sehingga kini. Apakah rahsia Madonna?
Madonna mengakui bukan mudah mengekalkan populariti. Tetapi keghairahannya untuk melakukan perubahan dan tidak mengambil mudah setiap perkara yang dilakukan adalah kunci kejayaannya.

BRTM2012 Kurang Menyerlah
ShareDalam kehangat Mania dan Piala FA tempohari mesti ada antara anda yang turut menonton dan mengikuti Bintang RTM 2012 yang disirkan. Walaubagaimanapun lapan peserta yang beraksi di konsert minggu ini agak kurang menyerlah berbanding pusingan suku akhir lalu.
Walaupun Bintang RTM ini agak dipandang sepi, tetapi rancangan inilah yang memulakan tradisi pertandingan seperti ini di tahun 70-an. Jangan lupa kerana di sinilah lahirnya Dahlan Zainuddin, Allahyarham Sudirman Hj. Arshad, Jamal Abdillah, Ramlah Ram, Noraniza Idris, Azharina, Misha Omar, Siti Sarah, Farawahida, Sharifah Zarina, dan Izwan Pilus.

Hanya Darren berjaya menghangatkan suasana Auditorium Perdana dengan persembahan menghiburkan. Biarpun memilih lagu catchy – ‘Lelaki Seperti Aku’, tetapi tindakan Darren itu dipuji oleh ketiga-tiga juri. Menurut Ketua Juri, Jari, Darren bertindak bijak kerana tidak ramai berani memilih lagu sebegitu untuk sebuah pertandingan. Sementara penyanyi, Salamiah Hassan dan Ketua Pengarang Hiburan Harian Metro, Roslen Fadzil, masing-masing setuju lagu itu sesuai dengan keupayaan vokal Darrren.
Seorang lagi peserta yang menarik perhatian juri ialah Christine, peserta berasal dari Johor Bahru. Walaupun baru berusia 16 tahun, Christine mampu menghayati lagu dengan baik. Cuma berlaku sedikit kesilapan untuk teknik vokal.
Peserta dari Puchong, Selangor, Amira, menjadi satu-satunya peserta yang mendapat lampu merah apabila Roslen Fadzil mengatakan dia berasa terganggu dengan penampilan Amira yang dirasakan kurang sesuai.
Lain-lain peserta yang membuat persembahan ialah Charles menyampaikan lagu I Believe I Can Fly, Dhila – ‘Langit ke Tujuh’, Firdaus – ‘Ke Pintu Kasihmu’, Farhan – ‘Noktah Cinta’, Amira – ‘Jangan Tanya Aku Lagi’ dan Aree – ‘Masih Jelas’.
Bagi menghangatkan konsert suku akhir pusingan kedua itu, penonton turut dihiburkan dengan persembahan daripada Alif Satar dan juara BRTM 2009, Ernie Zakri.
Minggu hadapan (26 Mei), kesemua peserta akan membuat persembahan sebelum melalui peringkat penyingkiran pada minggu ke empat di mana 12 peserta terbaik akan mara ke peringkat separuh akhir 1 dan 2 pada 9 dan 16 Jun hadapan. Selepas itu, tujuh peserta pula akan disingkirkan. Hanya lima peserta akan ke peringat akhir pada 8 Julai hadapan.
OH ARTIS : BILA LA RTM NAK TUKAR STYLE NI. MENUNGGU DENGAN SETIA. MODENKANLAH SEDIKIT. HUHU.
Hafiz Juara Pertama Mania Dapat RM500,000
ShareHafiz Suib, 22, yang merupakan juara Akademi Fantasia musim ke-tujuh (AF7) telah merangkul gelaran juara pertama program Mania di konsert akhir itu di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil semalam. Datuk Siti Nurhaliza dan kumpulan Wings turut hadir bagi menghangatkan lagi konsert akhir Mania ini sebagai artis jemputan.

Hafiz dari empayar hijau, mendapat undian tertinggi sebanyak 28 peratus sekali gus berjaya membawa pulang wang tunai, RM500 000 berserta trofi Mania. Hafiz telah berjaya mengalahkan saingan-saingan hebat yang lain seperti Stacy, Jaclyn Victor, Hazama dan Aril. Read more
(Update) – Pemenang, Trailer & Sinopsis – Filem ‘GONE’
Share
Teruskan membaca artikel ini kerana di penghujung artikel ini kami telah menyediakan bukan sahaja tiket percuma untuk anda menonton filem ini tetapi cenderamata edisi khas ‘Gone’ yang amat bernilai untuk anda yang bertuah tanda penghargaan kami kepada anda. Read more
Gambar Terbaru Siti Nordiana Bertudung
ShareSemakin ramai selebriti kita berhijrah. Dari tidak bertudung, mendedahkan aurat dengan bongkak dan bangga kini mula mendekatkan diri dengan ajaranNya. Kami kongsikan gambar tekini Siti Nordiana yang juga tidak terlepas dari penghijrahan ini.

Hidayah Buat Yatt Hamzah – Lihat Seksaan Wanita Di Neraka
ShareKami rasa anda mesti ketahui perkara yang sedang hangat diperbualkan ini bukan? Oleh itu buat yang tidak mengetahuinya kami ingin kongsikan hidayah Allah ini yang dilalui dan dikongsi oleh pelakon yang kini sudah berhijrah menutup auratnya – Yatt Hamzah.

Kekuasaan Allah tiada tandingannya dan Yatt insan bertuah dipilih untuk mengalami kejadian luar biasa daripada Allah yang inginkan hidayahNya. Read more
Persembahan Dato’ Siti Sambut Hari Ibu
Share
Dato’ Siti Nurhaliza masih lagi belum dikurniakan rezeki dikurniakan cahayamata. Sejak berumahtangga pada tahun 2006, mesti ramai yang ingin melihat Siti dikurniakan anaknya sendiri. Namun begitu, Siti tetap seorang ibu. Ibu tiri kepada anak-anak suaminya. Read more
Aidil Batal Tuntuan Cerai – Apa kata Rita?
ShareSyukur Alhamdulillah. Nampaknya doa mereka yang terus mendoakan jodoh pasangan ini dipanjangkan dimakbulkan. Pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd. Radzak menarik balik permohonan untuk bercerai dengan isterinya, pelakon Rita Rudaini Mokhtar, di mahkamah Rendah Syariah di sini, Rabu lalu.

Dia mahu berdamai selain memikirkan kebaikan kedua-dua anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang baru sahaja berusia setahun. Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhamad bagaimanapun memerintahkan Aidil pada Rabu membayar kos kepada Rita sebanyak RM250. Read more
(Tahniah) Fasha dan Jejai Bakal Punya Cahayamata
Share
Fasha Sandha dan Jejai baru sahaja pulang dari bulan madu mereka di Pulau Redang selepas mereka bernikah 27 April lalu. Kepulangan mereka tidak dengan tangan kosong tetapi membawa khabar gembira yang Fasha telah hamil 2 minggu.
Fasha Sandha yang dikatakan lambat datang bulan telah melakukan pemeriksaan doktor dan hasil pemeriksaan Fasha disahkan bunting pelamin 2 minggu. Berita ini turut disahkan pengurus Fasha, Nik Yasmin. Read more
Lima Yang Hebat Di Final Mania Bakal Berebut RM500,000
ShareAkhirnya Mania sudah sampai ke penghujungnya. Dengan minggu kesembilan dan tiga penyingkiran telah melayakkan lima finalis ini untuk berentap sesama mereka pada 18 Mei 2012 di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Penyingkiran terbesar sepanjang Mania minggu lalu apabila tiga orang telah meninggalkan galaksi Mania iaitu Ebi, Shila Amzah dan juga Adira memberi peluang kepada lima penyanyi yang paling layak untuk beraksi di pentas terakhir Mania pada Sabtu depan iaitu Hafiz, Aril, Stacy, Hazama dan Jaclyn Victor.

Bagi Aubrey daripada empayar biru, dia menjanjikan kelainan untuk persembahan diperingkat akhir kelak.
“Persediaan untuk ke peringkat akhir semestinya sesuatu yang berbeza. Saya dan Jaclyn tidak akan membuang masa bagi mempersiapkan diri dan kami akan bermula dengan secepatnya,” ujar Aubrey mengenai strategi daripada empayar biru miliknya.
Lain pula bagi Ahmad Dhani yang terus mahu menerbangkan Hafiz dan Aril ke seberang bagi merakamkan terus single untuk malam final Mania.
“Saya sudah bersedia sepenuhnya. Daripada lagu mahupun lirik, soalnya semua sudah ada dan tersedia. Saya hanya menunggu Aril dan Hafiz untuk merakamkan single ini di sana (Indonesia),” seloroh Ahmad Dhani sambil menyerahkan cakera padat berupa lagu baru kepada dua wakil empayar hijau berkenaan.
Menurut Datuk M.Nasir pula, dia sudah menjangkakan siapa yang akan terpilih dan dia juga telah bersedia bagi memastikan Stacy dan Hazama akan menyerlah pada malam final.
“Saya juga sudah bersedia dengan lagu dan ia merupakan lagu baru,” ujar Datuk M. Nasir ringkas.
Jadi siapakah di antara Hazama, Stacy, Hafiz, Jaclyn Victor ataupun Aril bakal menjuarai sekali gus membolot hadiah wang tunai RM500,000 nanti?
Nantikan rancangan terbitan Astro Ria yang diacarakan oleh Aznil Haji Nawawi ini nanti yang mengambil 100 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirim oleh para penonton di rumah untuk menentukan segalanya.
“Ini merupakan hadiah wang tunai besar yang pernah diperuntukkan oleh pihak Astro dalam sebuah pertandingan nyanyian yang dianjurkan setakat ini. Juara Mania akan menerima wang tunai RM500,000, naib johan mendapat RM200,000 dan tempat ketiga pula RM100,000.
“Sementara tenaga pengajar atau mentor yang membimbing juara Mania pula akan mendapat RM300,000. Kalau dicampur jumlah keseluruhan hadiah wang tunai untuk pertanidngan ini ia mencecah RM1.1 juta dan ia tidak termasuk hadiah sampingan yang lain.” – ujar Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad.
Wow pasti hebat menampilkan penyanyi-penyanyi dan komposer-komposer hebat tanahair. Nantikan Mania Final tidak lama lagi. Memang finalis ni semuanya hebat-hebat!
OH ARTIS: MANIA DALAM DUNIA SENDIRI. SENDIRI NYANYI, SENDIRI KRITIK. HAHA



















