Seekers Kembali Mengilai Malam Jumaat Ini
Anda peminat rancangan rancangan realiti seram – Seekers?
Seekers merupakan satu rancangan di mana satu kumpulan penyiasat paranormal atau intiti Malaysia menyiasat tempat-tempat misteri. Seeker juga mengalu-alukan para sukarela untuk memberanikan diri mereka dengan situasi yang menyeram. Program paranormal kegemaran ramai ini telah pun masuk musim ke-8. Bagi musim ini, kru dan ahli penyiasat Seekers akan ke Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan bagi membongkar beberapa lagi aktiviti paranormal sepanjang 19 episod ia disiarkan.
Jika anda mahu tonton, selebriti tempatan seperti Black (Mentor), Danny (X-Factor), Kanchana Devi, Belle Ngasri, Hamdan dan ramai lagi yang turut bersama penyiasat Seekers untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan dan mencabar perasaan takut dalam diri mereka masing-masing nantikan debarannya pada 5hb Januari, Khamis, 9 malam di NTV7. Read more
VIKINGDOM, membawa KRU dan Malaysia ke Hollywood

Sehebat tajuk artikel ini, pastinya kenyataan ini bukan sesuatu yang mengejutkan lagi. Dengan kejayaan filem Hikayat Merong Mahawangsa awal tahun ini, KRU mula melangkah setapak demi setapak lagi dan kali ini mencuba untuk membawa filem Malaysia terus ke Hollywood iaitu VIKINGDOM. Dengarnya Yusry selaku pengarah juga menggunakan khidmat bomoh hujan bagi melancarkan perjalanan filem tersebut.

Pada 3 November 2011 lalu di dalam satu sidang media yang di adakan di Putrajaya Marriott Hotel & Spa, Yusry telah mengumumkan tentang kelahiran filem VIKINGDOM ini di mana telahpun memulakan pergambaran filem ini di pelbagai lokasi dalam negara ini. Read more
(Filem) Hidden lakonan mantap Erra Fazira dan Christopher Atkins
Hujung minggu adalah masa yang terbaik untuk menonton filem-filem terbaru di pawagam. Pada 20 Oktober 2011 ini, filem berbahasa inggeris bertajuk Hidden akan ditayangkan diseluruh pawagam berhampiran anda. Filem ini diarahkan oleh Sameet Baadkar dan bergenre Seram. Dilakonkan oleh Elaine Daly, Christopher Atkins dan Erra Fazira.
Trailer & Sinopsis
Dian (Erra Fazira) is concerned about her son as he has grown silent and developed a strange habit of hiding. She restricts him from moving away from her after a stranger informs her that enclosed places pose a danger to him. His prediction comes true when Adam goes missing and is nowhere to be found. Everyone is unaware about his death. However, the son comes back to his mother, longing for her love and also seeking revenge against every person who hurts her.
Tu dia Erra Fazira bergandingan mantap dengan pelakon Hollywood. Kami tak pasti anda tahu atau tidak tentang filem ini, cuma disebabkan ada Erra Fazira dalam filem ini, kami di Oh! Artis pasti akan mencemar duli di pawagam berhampiran.
OH! ARTIS: TIADA FILEM TEMPATAN YANG BETUL-BETUL BUAT KAMI RASA TAKUT LAGI SETAKAT INI. PLEASE’LAH PENGARAH-PENGARAH TEMPATAN.
Tahniah kepada pemenang pertandingan Petronas Saya Suka Malaysia

Kami pernah mengeluarkan artikel mengenai contest yang berlangsung pada bulan Ogos dan September baru-baru ini yang dibawakan khas oleh Petronas sempena sambutan hari kemerdekaan negara yang ke-54 baru-baru ini. Contest tersebut yang memerlukan penyertaan orang ramai dengan cara mencipta satu video temubual berkaitan Malaysia paling menarik dan mendapat undian yang tinggi.
5 video telah disenaraikan sebagai pemenang Petronas Saya Suka Malaysia. Read more
(Review) Bini-Biniku Gangster bukan My Wife is Gangster
September 20, 2011 by Gadis Lonely?
Filed under Bermasalah, Panazzz, Promosi, Selebriti, Tempatan, Wayang
19 September 2011 bertempat di E@Curve telah berlangsung majlis pratonton filem terbaru keluaran Metrowealth iaitu Bini-Biniku Gangster arahan Ismail “Bob” Hasim. Beliau yang lebih mesra dipanggil Bob adalah pengarah kepada filem Ngangkung dan yang akan datang iaitu filem Alamak Toyol dan Adnan Sempit 2! Ini adalah filem arahan ketiga’nya yang akan ditayangkan daripada 7 filem arahannya yang menanti masa untuk ditayangkan.
Selain pihak media cetak dan elektronik serta para blogger tempatan, Metrowealth seperti biasanya akan menjemput rakan-rakan Metrowealth di Facebook yang bertuah di mana dapat menjadi antara yang terawal menonton filem terbaru Metrowealth sebelum ianya ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.
Pengarah filem ini, Ismail “Bob” Hasim dalam ucapannya melahirkan rasa syukur dengan tayangan filem ini dan mengharapkan ianya dapat diterima dengan baik oleh para penonton.
“Banyak orang mengaitkan filem ini dengan My Wife is Gangster. Terpulang kepada anda, tetapi Bini-Biniku Gangster saya lebih kepada lokal iaitu Malaysia”, tambah pengarah yang semakin hebat berkarya ini.
Tayangan serentak filem ini seluruh Malaysia pada 22 September 2011 dan mensasarkan kutipan box office dengan kekuatan pelakonnya iaitu Shaheizy Sam, Yana Samsudin dan Intan Ladyana serta dibantu pelakon-pelakon veteran dan tambahan seperti Hamid Gurkha, Alex Yanz, Zul Suphian, Boy Iman dan ramai lagi.
Trailer Bini-Biniku Gangster
Imbasan Majlis Pratonton
Rata-rata penonton yang dijumpai selepas pratonton ini melahirkan rasa puas hati dengan filem Bini-Biniku Gangster ini. Respon kami sendiri, nyata tanggapan orang yang menyamakan filem ini dengan filem My Wife is Gangster nyata meleset sama-sekali memandangkan jalan cerita dan pengakhiran cerita yang jauh berbeza.
Gambar sekitar Majlis Pratonton
Kami dengan mudah dapat memberikan rating 8/10 untuk filem ini dan kami amat yakin filem ini pastinya akan menghiburkan hati anda yang menonton nanti. Sebuah filem bersahaja tetapi mempunyai impak yang besar kepada masyarakat lebih-lebih lagi buat mereka yang telah berumah-tangga atau lebih-lebih lagi buat mereka yang berpoligami.
CONTEST: Kami akan memberikan 2 tiket percuma menonton filem ini kepada 3 orang pemberi komen yang dapat memberikan komen yang paling bernas mengapa anda mahu menonton filem ini di bahagian komen artikel ini. Tarikh tutup contest ini pada 22 September 2011.
OH! ARTIS: MEMANG PARAH KALAU ISTERI BETUL-BETUL ADALAH SEORANG GANGSTER. TUNGGANG TERBALIK DUNIA DIBUATNYA.
UPDATE: KAMI TELAU UMUMKAN NAMA 3 ORANG PEMEMANG YANG AKAN MENERIMA TIKET MENONTON FILEM INI DI FACEBOOK KAMI.
(Review) Libas, filem aksi komikal martabatkan Sepak Takraw
Terkadang bila kita fikirkan semula, mana perginya permainan tradisional yang kita mainkan semasa kecil dahulu? Semuanya hampir pupus dari memori kita apalagi pada kanak-kanak yang sedang menungkah masuk ke usia dewasa. Jika ditanya apa itu Sepak Takraw, rata-rata kanak-kanak di Kuala Lumpur, tidak pernah mendengar atau mengetahui bagaimana permainan sukan tersebut.
Kerana itu wujudnya filem bertajuk, Libas. Gandingan mantap dari Rosyam Nor, Scha Alyahya, Johan Rajalawak, Beego, Sathiya, dan ramai lagi. Ini adalah filem sulong dari MDAG Production yang memberikan tanggungjawab besar untuk digalas pengarah filem ini, Jurey Latif.
Filem ini khabarnya telah lama disiapkan sejak tahun 2009 dan akan ditayangkan pada tahun 2010 tetapi mereka terpaksa mengambil masa yang lama untuk melalui proses meletakkan kesan khas (CGI) yang boleh kami katakan sangat hebat di dalam filem tersebut.
Sinopsis & Trailer:
Sebuah filem komikal/aksi komedi yang mengisahkan tentang Adnan Saladdin (Rosyam Noor), seorang pakar LIBASAN dalam permainan sepak takraw (LIBAS). Dia digelar sebagai Raja Libas MALAYSIA. Kehebatannya amat digeruni pihak lawan terutamanya dari pasukan siam. Kecederaan berlaku mengakibatkan tekong Malaysia cedera parah apabila Raja Libas gagal menampan bola rejaman dari killer siam, Ak Nangkhong (Yus) akibatnya Malaysia tumpas untuk kali kedua berturut-turut.
Jurulatih dan rakan sepasukan, Megat (Beego) menyalahkan Adnan kerana kekalahan itu sehinnga jurulatih sanggup utk memutuskan pertunangan anaknya Ratna (Scha Al-Yahya) dengan Adnan. Raja Libas resah apabila Mr.Wilson menawarkan perlawana Libas underground lebih awal dari selalunya utk mendapatkn bola warisan yg mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal. Raja Libas berfikir siapa lagi yg harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain thailand?
Akhirnya Raja Libas menemui pemain baru dan mengumpulkan regu pasukan yg terdiri daripada Megat (pemain lama), Hamadi (Johan Raja Lawak), Kumok (Fazli) yang merupakan taruhan Raja Libas untuk menentang Thailand. Diperlawanan akhir, Malaysia teruk dibelasah Thailand. Mampukan Raja Libas Mempertahankan maruah negara?
Jika anda pernah menonton filem Shaolin Soccer, dapat kita lihat banyak kesan khas diberikan dalam filem tersebut setiap kali bola disepak, begitu juga dengan filem Libas ini yang menjadikan mata penonton tidak berkelip apabila menonton filem ini.
Kehadiran Johan dalam filem ini, pastinya akan memberikan impak yang amat besar bagi memastikan sebuah filem yang membawa topik yang agak serius, dapat diselang-seli dengan gelak tawa dari penoton. Fazli yang membawa watak Kumok dalam filem ini juga, boleh tahan lawaknya.
Krew Oh! Artis sempat ke Majlis Pratonton filem ini di Wangsa Walk, semalam (14 September 2011). Berikut adalah sedikit gambar dan video sekitar majlis berlangsung.












Kami berikan 3/5 bintang untuk keseluruhan filem ini. Apapun hasil kesan khas yang diberikan kepada filem ini, sememangnya patut dipuji. Biarpun tidaklah terlalu sempurna, namun hasilnya bukanlah kepalang. Selamat menonton filem ini apabila mula ditayangkan 29 September 2011 ini.
OH! ARTIS: FILEM INILAH YANG ROSYAM NOOR BENAR-BENAR CEDERA TIME SHOOTING DULU TU. TAK TAHU LA KALAU KORANG INGAT LAGI SEBAB ITU CERITA 2 TAHUN LALU.
Senarai kutipan filem Melayu Box-Office setakat ini menurut FINAS
Pengarah muda terkenal, Syamsul Yusof boleh berbangga dengan pencapaian peribadinya apabila filem terbarunya, KL Gangster berjaya berada di tempat pertama carta filem Malaysia dengan kutipan paling tinggi. Syamsul yang telah beberapa kali memadam rekod ayah’nya sendiri, pastinya tidak terkejut dengan pencapaian ini di mana filem Syamsul sebelum ini juga berada di tangga ke-4 carta box-office iaitu filem Khurafat.
Filem keluaran Metrowealth, Ngangkung dan Kongsi berada di tempat ke-2 dan ke-3 dengan kutipan RM3 juta dibelakang filem KL Gangster iaitu sebanyak RM8.18 juta dan juga RM8.09 juta berbanding kutipan KL Gangster sebanyak 11.74 juta.

KRU yang mempertaruhkan filem dengan kos yang besar, Hikayat Merong Mahawangsa hanya berpuas hati di tangga ke-7 dengan jumlah kutipan sebanyak RM6.5 juta dibelakang filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Adnan Sempit.
Semoga pengarah tempatan kita dapat menghasilkan filem yang lebih hebat di masa hadapan sekaligus dapat bersaing dengan filem-filem luar. Lebih menarik, jika dapat ditayangkan serentas seluruh dunia. Ianya bukan mustahil bila melihat perkembangan yang sihat di dalam industri filem kita ini.
Apapun, kutipan filem yang tinggi tidak membawa makna filem itu hebat. Kutipan filem juga mengambil faktor bila filem tersebut ditayangkan. Mana mungkin filem melayu yang ditayangkan pada hari filem Transformers ditayangkan nak dapat jumlah kutipan yang besar.
Apapun carta ini hanya sah sehingga awal penghujung Jun 2011. Kami mengjangkakan dalam update terkini oleh FINAS nanti, Hantu Bonceng mungkin akan mendapat tempat di dalam carta tersebut. Tahniah buat penggiat seni tempatan.
OH! ARTIS: SAMPAI SEKARANG MASIH MINAT MENONTON FILEM LAGI-LAGI SENARIO BERULANG-KALI. LAWAK YANG DIPAMERKAN SUNGGUH SEGAR TAK HILANG DITELAN ZAMAN.
Photographer perkahwinan selebriti di Malaysia

Berbicara soal dunia still photo atau photography, ianya amat sinonim pada zaman kini dengan sesiapa sahaja tidak kira peringkat umur. Jika dulu, memiliki DSLR adalah satu impian yang bukan dapat ditunaikan semua orang, hari ini budak-budak tadika pun dapat dilihat menggunakan DSLR untuk menggambil gambar. Apapun itu semua boleh dikatakan sekadar mengambil gambar suka-suka sahaja. Apapun itu satu pendedahan awal yang amat baik untuk mereka. Semua photographer akan bermula dari tahap “newbie” sehinggalah ke tahap pro dan dikenali ramai.
Di Malaysia, sangat banyak photographer yang dilahirkan sekaligus meningkatkan permintaan dan bermulalah suasana persaingan yang sihat antara mereka. Siapa yang benar-benar hebat, merekalah yang akan terus maju kehadapan. Siapa yang berada di para pertengahan, mereka masih dipilih oleh client, tapi mungkin client mereka tidaklah seramai seorang photographer yang professional. Untunglah jika anda berjaya keluar dari dunia persaingan biasa dan membina satu empayar photography yang amat disegani.
Berbicara tentang juru gambar professional di Malaysia, siapakah photographer yang anda kenali? Photographer yang ada hari ini, tidak mampu lagi dihitung dengan jari. Apapun, kami percaya photographer yang selalu dijadikan jurugambar rasmi kepada mana-mana perkahwinan selebriti, mereka tentunya adalah dari kalangan photographer yang hebat dan disegani. Sebagai seorang selebriti, setiap apa yang dilakukan mereka menjadi buah mulut orang dan tentunya, penampilan mereka haruslah sentiasa menarik. Memilih photographer yang hebat, adalah satu kewajipan bagi memuaskan hati para peminat yang sentiasa mengimpikan sesuatu yang dianggap penuh sempurna di mata mereka (perfect!).

Mukhriz & Udey Photography, pastinya bukanlah satu nama besar yang perlu diperkenalkan lagi. Kesempatan untuk bersua-muka dengan mereka baru-baru ini, banyak memberi gambaran jelas bagaimana karier sebagai sebuah syarikat photography terkemu berjaya dijalankan. Jika anda mengikuti perkahwinan ramai selebriti popular, pastinya anda akan menyukai hasil kerja mereka yang mempunyai imej tersendiri. Hasil kerja mereka yang professional dan kemas, amatlah disukai oleh para artis Malaysia. Antara selebriti yang memilih Mukhriz & Udey Photography sebagai juru gambar rasmi di majlis persandingan mereka sebelum ini adalah Ning Baizura, Datin Paduka Umie Aida dan Elyana.




Mukhriz & Udey Photography diasaskan oleh saudara Mukhriz Latif dan Udey Ismail pada 4 November 2009 dan mempunyai sebuah galeri di Ukay Perdana. Mereka masing-masing mempunyai skil professional sebagai seorang photographer weeding dan sebagainya. Pengalaman yang lama di dalam bidang photography secara serius telah mewujudkan satu kolaborasi bersama di bawah satu syarikat yang dilihat amat solid pada hari ini. Kini mereka telah berkembang sehinggakan merka telah mempunyai sebuah pasukan yang terdiri daripada 6 photographer yang terlatih, seorang professional designer dan juga seorang PR yang amat dedikasi.







Udey ada mengeluarkan sebuah buku bertajuk “A picture is worth a thousand words” yang mengumpulkan pelbagai koleksi gambar-gambar yang pernah dihasilkan beliau beserta bagaimana cara untuk mendapatkan gambar-gambar hebat yang terhasil itu. Kami ada mendapatkan beberapa naskah buku berkenaan dan kami akan berikannya kepada 3 orang pembaca Oh! Artis yang bertuah dengan cara memberikan komen sebaik mungkin di dalam artikel ini.


Kami difahamkan, mereka bukan sahaja aktif mengambil gambar-gambar perkahwinan di Malaysia, malah client di luar negara juga mahu mendapatkan khidmat mereka. Bagus atau tidak perkhidmatan mereka, telah dibuktikan apabila mereka pernah menerima beberapa kali tawaran bekerjasama dari sebuah syarikat luar negara yang terkemuka di Asia untuk magazine antarabangsa The Reader’s Digest Asia dan juga Canon Photo You.





Secara kebetulan, hari ini juga pihak KOSMO ada menceritakan tentang mereka. Dapatkan akhbar KOSMO untuk mengenali mereka dengan lebih dekat.

Orang kata, kalau kita minat sesuatu, lakukanlah ianya sebaik mungkin dan berhabis-habisan. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Kejayaan Mukhriz & Udey Photography di dalam bidang photography ini patut dicontohi sesiapa sahaja yang berminat untuk berkecimpung dalam bidang sebegini. Ianya memerlukan skil yang hebat dan kesabaran yang tinggi, dengan latihan yang mantap dan berterusan, tiada apa yang mustahil untuk menjadi perseorangan atau sebuah syarikat photography yang disegani dan dihormati.
Sebarang pertanyaan lanjut atau ingin menggunakan perkhidmatan mereka, anda boleh layari www.mukhrizudey.com atau rujuk di Facebook Pages mereka.
OH! ARTIS: MAJORITI ORANG PADA HARI INI, MAMPU MEMBELI SEBUAH DSLR. TAPI BUKAN SEMUA MAMPU MENJADI SEORANG JURU GAMBAR YANG HEBAT.
UPDATE 11 SEPTEMBER 2011:
Terima kasih kepada pembaca Oh! Artis yang memberikan respon paling baik dan kretif untuk artikel ini. Sangat banyak respon yang amat bermakna buat kami. Namun apakan daya, kami terpaksa memilih beberapa orang sahaja untuk diberikan buku keluaran Udey ini. Kepada sesiapa yang bertuah menerima gambar ini, semoga anda dapat menggunakan buku tersebut sebaik-baiknya kerana ramai mereka diluar sana yang amat-amat memerlukan buku tersebut, tetapi bukan mudah untuk mereka mendapatkannya.
“A picture is worth a thousand words”
Pemenang:
1. na o mei – nuruliza_unikl@yahoo.com.my
2. arham fawwaz – wildan03@gmail.com
3. Zulhilmi Zainudin – zulhfreelancer@gmail.com
4. sukacuka – edifier_sound@yahoo.com.my
Tahniah kepada 4 orang pemenang yang terpilih. Sepatutnya 3 orang tapi kami ambil keputusan untuk memilih 4 orang memandangkan kesemua mereka memberikan respon yang amat baik sekali dan nampak sangat berminat untuk mendapatkan buku tersebut. Hubungi kami melalui email support@ohmedia.my untuk mengetahui cara mendapatkan hadiah anda.
Oh! Media ke Disneyland Hong Kong – Part 1
August 23, 2011 by Gadis Lonely?
Filed under Al-Kisah, Antarabangsa, Gambar, Gossip, Promosi, Selebriti, Tempatan, Umum

Minggu lalu, dua orang krew Oh! Media telah diterbangkan ke Hong Kong atas urusan kerja. Skop kerja kami untuk para followers kali ini adalah untuk membuat lawatan di tempat menarik di Hong Kong dan membawakan maklumat tersebut kepada rakyat Malaysia terutamanya untuk followers kami yang disayangi. Anggaplah ini sekadar perkongsian pengalaman kami semasa di sana. Jika suatu hari nanti anda ingin ke sana, anda telah tahu serba sedikit mengenai apa yang ada di sana.
Antara tempat utama untuk sasaran kunjungan kami adalah Hong Kong Disneyland sempena dengan Ulangtahun ke-5 Hong Kong Disneyland. Park yang hebat ini telah dibuka kepada dunia pada 12 September 2005 dan dibina di sebuah pulau di Hong Kong yang diberinama Penny’s Bay, Lantau Island.
Kami diterbangkan pada jam 7:30 pagi, 24 Jun 2011 dan tiba di Hong Kong International Airport pada jam 11 pagi. Dari Terminal 2, kami di bawa ke Terminal 1 (airport yang sama) dengan menaiki sebuah train yang mengambil masa 5 minit. Imegrisen di sana amat baik dan murah dengan senyuman (adakah di Malaysia imegresen muka ketat? Anda cubalah senyum pada mereka).

* Train untuk membawa pengunjung dari Terminal 2 ke Terminal 1.
Read more
Oh! Media ke Disneyland Hong Kong – Part 1
July 11, 2011 by Gadis Lonely?
Filed under Al-Kisah, Antarabangsa, Gambar, Gossip, Promosi, Selebriti, Tempatan, Umum

Minggu lalu, dua orang krew Oh! Media telah diterbangkan ke Hong Kong atas urusan kerja. Skop kerja kami untuk para followers kali ini adalah untuk membuat lawatan di tempat menarik di Hong Kong dan membawakan maklumat tersebut kepada rakyat Malaysia terutamanya untuk followers kami yang disayangi. Anggaplah ini sekadar perkongsian pengalaman kami semasa di sana. Jika suatu hari nanti anda ingin ke sana, anda telah tahu serba sedikit mengenai apa yang ada di sana.
Antara tempat utama untuk sasaran kunjungan kami adalah Hong Kong Disneyland sempena dengan Ulangtahun ke-5 Hong Kong Disneyland. Park yang hebat ini telah dibuka kepada dunia pada 12 September 2005 dan dibina di sebuah pulau di Hong Kong yang diberinama Penny’s Bay, Lantau Island.
Kami diterbangkan pada jam 7:30 pagi, 24 Jun 2011 dan tiba di Hong Kong International Airport pada jam 11 pagi. Dari Terminal 2, kami di bawa ke Terminal 1 (airport yang sama) dengan menaiki sebuah train yang mengambil masa 5 minit. Imegrisen di sana amat baik dan murah dengan senyuman (adakah di Malaysia imegresen muka ketat? Anda cubalah senyum pada mereka).

* Train untuk membawa pengunjung dari Terminal 2 ke Terminal 1.
Read more




































