Pelakon Komedi Tanah Arab Kena Penjara – Buat Lagi Lawak!
February 4, 2012 by Eiza Isis
Filed under Antarabangsa, Buat Hal, Gossip, Selebriti
Tak kenal siapa dalam gambar ni? Tidak apa pun tidak kenal. Bukan ada feadah. Cukuplah ambil je pengajaran kerana dia adalah seorang pelakon komedi terkenal di rantau Arab.
Namanya Adel Imam yang dijatuhi hukuman tiga bulan penjara oleh mahkamah di Mesir kelmarin atas kesalahan menghina Islam.
Portal berita Ahramonline melaporkan dia didakwa sengaja menyinggung perasaan orang Islam. Adel Imam (Nama macam bagus je) telah mempersendakan janggut dan ‘jilbab’ iaitu jubah lelaki Muslim menerusi filem ’Morgan Ahmed Morgan’ dan teater, ’Al- Zaeem’. Pelakon yang telah menceburi bidang lakonan hampir 40 tahun itu turut dikenakan denda AS$170 = RM512.00. Murahnya saman! Read more
Mohd Safee Mohd Sali – Jutawan BolaSepak Malaysia
Mohd Safee Mohd Sali dikenali sebagai Safee Sali, 28 tahun (dilahirkan pada 29 Januari 1984) anak jati Perak merupakan seorang penyerang handalan di Asia. Teka-teki terus melanda samada beliau akan menerima tawaran gaji bulanan pasukan Johor sebanyak AS$15,000 (RM45,753) oleh Pasukan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) yang kini di bawah kepimpinan baru kendalian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.
Sekiranya Safee memilih untuk bersama skuad Johor, pemain sensasi negara ini bukan sahaja mencipta sejarah tersendiri dengan menjadi pemain termahal yang pernah di beli PBNJ tetapi sekali gus menjadi pemain termahal dalam arena bola sepak Malaysia. Read more
Konsert Five Treasured Island Hebat
January 17, 2012 by Eiza Isis
Filed under Antarabangsa, Menarik, Panazzz, Selebriti
Five Treasured Island atau dikenali sebagai FT Island merupakan salah seorang idola K-pop. 14hb Januari 2012 FT Island telah membuat live konsertnya di Malaysia. Kumpulan yang baru saja dinobat Cosmopolitan ‘Fun & Fearless Musician’ dan Best Rock Musician Of The Year Anugerah Golden Disk Awards, memberikan kejutan kepada peminat fanatiknya dikenali sebagai “Primadonna” yang menanti mereka selama tiga tahun. Stadium Negara, Kuala Lumpur menjadi tumpuan lebih lima ribu penonton datang ke konsert mereka.
Persembahan dan sambutan hebat terhadap lima orang ‘Pretty Face’ ini – Lee Hongki (vokalis utama), Choi Jong Hun (gitar utama dan keyboard), Song Seung Hyun (gitar dan vokal), Lee Jae Jin (bass dan vokal) serta Choi Min Hwan (dram) sekali lagi melanda Malaysia. Jika tahun lepas, sekitar September 2011 mereka telah hadir sempena Korean Music Wave 2011 dan sambutan luar biasa telah diberikan peminat mereka. Bukan sahaja peminat di Malaysia, tetapi yang dari luar negara juga sanggup turun untuk melihat mereka secara ‘live’. Read more
(Gambar) Bayi Perempuan Beyonce Dan Jay-Z
January 9, 2012 by Eiza Isis
Filed under Antarabangsa, Menarik, Panazzz, Selebriti
Mendaftarkan nama dengan nama Ingrid Jackson, Beyonce telah melahirkan seorang bayi perempuan. Memang bayi ini, Ivy Blue Carter dinantikan pasangan yang sudah lima tahun berkahwin iaitu pada April 2008.
Bekas anggota Destiny’s Child – Beyonce Knowles ini telah selamat melahirkan anak sulungnya itu pada tengah hari Ahad di Hospital Lenox Hill, New York selepas berada di hospital berkenaan sejak Jumaat. Kini terbukti desas-desus mengatakan kehamilan Beyonce adalah palsu, ternyata tidak benar. Pasangan ini telah menyewa keseluruhan tingkat 4 hospital berkenaan untuk kelahiran bayi ini. Sekuriti juga amat ketat di mana hanya doktor dan jururawat khas sahaja dibenarkan masuk. Read more
Konsert Foster The People
January 2, 2012 by Eiza Isis
Filed under Antarabangsa, Menarik, Panazzz, Selebriti

HANYA dengan satu lagu ‘meletup’, band indie Amerika Syarikat yang mula ditubuhkan pada tahun 2009, Foster the People kini mula mencipta nama untuk dikenali di seluruh dunia. Foster The People yang dianggotai tiga jejaka berusia awal 20-an, Mark Pontius, Mark Foster dan Cubbie Fink akan datang ke Malaysia. Kata orang jika sudah rezeki di mana jua pun ada termasuklah di youtube. Asalnya kumpulan ini mengedarkan single mereka menerusi internet dan email. Tidak disangka mereka lagu single mereka – Pumped Up Kicks meraih pencarian di internet sebanyak 1.4juta setahun kemudian dan menarik minat Columbia Records untuk mengambil mereka masuk ke empayar dan muncul dengan album , Torches pada Mei, 2011.
Lagu single mereka itu terus meraih populariti di seluruh dunia dan meraih juara carta lagu-lagu Popular Alternatif dan nombor tiga di carta Lagu-Lagu Rock Popular Billboard, serta nombor tiga di carta Billboard Hot 100. Sekiranya anda salah seorang peminat mereka, kumpul duit. Mereka akan datang ke Kuala Lumpur dibawakan oleh PR Worldwide. Read more
Fanpage Punca Hasad Dengki, Kutuk Mengutuk Dan Tikam Belakang – Chef Wan
December 31, 2011 by Eiza Isis
Filed under Antarabangsa, Bermasalah, Buat Hal, Gossip, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Hipokrit? Tiada sesiapa pun suka digelar begitu. Tetapi ramai juga yang cuba menjaga nama baik sendiri dengan berpura-pura di depan tetapi bercakap di belakang. Tetapi jika tidak hipokrit pula, lain jadinya. Inilah yang berlaku kepada Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, 54 tahun apabila disebabkan kejujurannya, menimbulkan kemarahan ramai pihak dan perang ‘Facebook’ atau muka buku ini.. kerana mulut badan binasa. Sabarlah Chef, tutuplah buku 2011 ini dan bukalah lembaran 2012 yang baru. Mungkin lepas ni tidak salah berkata jujur tetapi kena juga jaga air muka dan maruah orang. Boleh tegur yang pedas-pedas tu secara tertutup. Orang kalau sudah dimalukan, memang macam-macamlah jadinya.
Kini Chef Wan seakan merajuk. Kecewa katanya dengan mentaliti segelintir masyarakat yang tidak habis-habis mahu mengutuk dan menghina dirinya di laman Facebook miliknya. Chef Wan nekad mengambil keputusan untuk menutup akaun itu bermula esok. Semangat tahun baru ke Chef atau merajuk? Menyangkal tentang dakwaan itu, Chef mengambil keputusan itu bukan kerana tidak tahan atau tidak boleh menerima kritikan yang dilemparkan terhadapnya, tetapi kecewa dengan sesetengah pihak yang menggunakan akaun Facebook miliknya sebagai medan bertelagah sesama-sendiri. Read more
(Review) Filem Gandingan Pelakon Tiga Negara, Fist of Dragon

Filem bergenre filem aksi sememangnya menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia. Dari dulu lagi, kita selalu dipersembahkan dengan pelbagai filem aksi seperti kungfu dan sebagainya kemudian baru-baru ini baru penggiat filem di Malaysia mampu menghasilkan filem aksi tersendiri seperti KL Gangster, Hikayat Merong Mahawangsa dan beberapa yang lain.
Walaupun hasilnya tidaklah sehebat filem luar, namun ianya satu percubaan baik untuk industri perfileman negara yang kami percaya sedikit masa lagi dapat menghasilkan filem sehebat dan setanding filem luar seperti filem-filem Bruce Lee, Jacky Chan, Jet Li atau mungkin sehebat filem Flash Point dan Ip Man lakonan Donnie Yen.
Februari 2012 nanti para peminat filem aksi akan dipersembahkan dengan filem aksi terbaru yang dihasilkan oleh penerbit yang sama dengan filem Ip Man, iaitu filem Fist of Dragon. Filem ini lebih istimewa sebenarnya kerana penghasilannya merupakan kolaborasi antara pelakon Hongkong, Malaysia, dan juga Singapura. Lebih menarik, filem ini melakukan proses penggambaran sepenuhnya di Melaka!! Read more
Rambut Michael Jackson Dilelong
December 12, 2011 by Eiza Isis
Filed under Antarabangsa, Menarik, Panazzz, Selebriti
Nasib si Superstar. Ada sahaja pihak nak ambil untung. Jika si superstar sudah meninggal atau berlaku apa-apa tragedi lagi tinggilah nilainya. Inilah yang berlaku kepada Michael Jackson di mana rambutnya dilelong dengan harga yang tinggi. Rambut Michael ini dikumpul di Hotel Carlyle di bilik air hotel tersebut. Ketika itu Michael sedang mengadakan ‘Charity Event’ dan menginap di hotel di New York itu.
Rambut yang disimpan sejak tahun 1980an ini akhirnya telah dilelong di rumah lelong Gotta Have Rock and Roll dengan sijil pengesahan rambut itu milik sebenar Michael Jackson. Lelongan telah dibuka dengan harga USD1,000 tetapi telah dibida oleh pemenangnya dengan harga USD10,871.00 lebih kurang RM35,000. Wow, kepada harga rambut sejemput! Read more
Bunga Orkid Elton John
November 25, 2011 by Eiza Isis
Filed under Antarabangsa, Menarik, Panazzz, Selebriti
Selepas konsert Sir Elton John mendapat sambutan hangat di Singapura, dia kemudian menghadiri ‘The 20th World Orchid Show’ di Marina Bay Sands. Ikon muzik itu telah diberi penghormatan setelah namanya dipilih untuk menamankan spesis bunga orkid yang sangat indah, berwarna putih dan merah jambu. Spesimen baru itu dinamakan Elton John Doritaenopsis. Read more
Untuk Peminat K-pop : Sunye Sedang Bercinta
November 24, 2011 by Eiza Isis
Filed under Al-Kisah, Antarabangsa, Gossip, Selebriti
Untuk peminat K-pop sahaja. Lebih-lebih lagi kepada peminat – Sunye ‘Wonder Girls’.
Artis K-pop ini telah membuat pengakuan bahawa beliau memang sedang bercinta dengan seseorang yang bukan dari kalangan selebriti.Pemuda bertuah itu merupakan seorang pemuda yang biasa sahaja di mana mencintai dirinya tanpa mempedulikan status idola remaja bukan sahaja di Korea malahan di serata dunia K-pop. Read more

















