Email: hi@ohmedia.my Subscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanLanggan Oh! ArtisSubscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanFeed Respon

Kumpulan Zivilia Tidak Kisah Lagu ‘Aishiteru’ Lagi Popular Dari Mereka

December 9, 2011 by  
Filed under Indonesia, Menarik, Panazzz, Selebriti

Share

Jika ditanya kenal atau tidak dengan Kumpulan Zivilia dari Indonesia, mesti ramai yang mengatakan tidak. Tetapi jika disebut lagu bertajuk Aishiteru, memang ramai yang menggemarinya. Bahkan lagu ini pasti ada di setiap carta lagu radio di Malaysia. Lagu Aishiteru memang sangat popular di kalangan peminat muzik negara ini dan menjadi siulan remaja kini.

Zivilia memulakan pejuangan mereka pada 8 Ogos 2008 di bandar Kendari. Pada awalnya band ini dikenali sebagai ‘Teplan Band’ yang membawa genre Slow Rock Alternative. Penyanyi utama kumpulan ini Zulkifli ataupun Zul, menubuhkan kumpulan ini secara tidak sengaja. Selepas pulang dari Jepun, Zul sudah mencipta beberapa lagu-lagu beraliran Jepun. Tidak kurang dari 20 lagu tercipta, dengan sudah beberapakali mempersembahkannya di Jepun. Read more

Ariel Di penjara, Luna Cari Kekasih Baru

November 25, 2011 by  
Filed under Bermasalah, Indonesia, Panazzz, Selebriti

Share

Vokalis kumpulan muzik Peterpan, Nazriel Irham atau Ariel Peterpan 30 tahun dikhabarkan sudah berpisah dengan Luna Maya. Sampai saat ini hubungan mereka masih belum jelas. Ariel yang kini dipenjarakan di Rutan (tahanan) Kebon Baru, Bandung selama 3 tahun 6 bulan semenjak Januari 2011 sudah dua bulan tidak dilawati oleh Luna Maya. Biasanya Luna Maya akan menjengoknya hampir setiap minggu. Jika anda ketinggalan cerita ini, boleh baca laporan kami di sini.

Menariknya, Ariel pemuzik, pelakon dan model ini berjaya mencipta single albumnya di dalam sel penjara itu. Single itu telah dilancarkan pada Oktober lalu yang berjudul ‘Dara’. Kononya khusus dibuat oleh Ariel untuk Luna. Namun, Ariel membantahnya dan berkata lagu tersebut adalah untuk para peminatnya yang digelar – Sahabat Peterpan.

Cerita lain pula, dikatakan yang Luna Maya sekarang sudah ada kekasih baru. Meskipun mahu merahsiakannya tetapi tetap dapat dihidu wartawan. Kata Luna, lelaki itu merupakan orang seni sepertinya jua tetapi jauh lebih matang dan bijak. Bercakap tentang kisah cintanya yang lalu, dia cukup trauma dan mahu tidak mahu terlalu mendedahkan hubungan cinta barunya. So jelaslah hubungan dengan Ariel sudah berakhir.

OHARTIS : SUDAH TERHANTUK BARU TERGADAH. BAKAT DIBERI DISIA-SIAKAN. TUTUP BUKU LAMA ,  BUKA BUKU BARU. MANUSIA BOLEH BERUBAH. KITA AMBIL PENGAJARAN SAHAJA.

 

Kumpulan Wali Tubuh Yayasan Sendiri.

November 8, 2011 by  
Filed under Indonesia, Menarik, Panazzz, Selebriti

Share

Kumpulan Wali band memang terkenal dengan lagu-lagu dakwahnya. Antara yang menjadi siulan adalah ‘Tokmat/Taubat Maksiat’. Meskipun pelbagai kejayaan telah dicapai, mereka tidak pernah lupa untuk terus melakukan kebaikkan selain dari menyelitkan unsur-unsur dakwah dalam lagu-lagu mereka.

Selain itu, mereka juga amat perihatin dengan keadaan sebahagian masyarakat Indonesia yang kurang mampu. Band yang dianggotai Faang (penyanyi), Apoy (gitar), Tomi (drum) dan Ovie (keyboard) ini telah mendirikan satu yayasan yang dikenali sebagai ‘Wali Care Foundation yang telah mereka rasmikan pada 31 Oktober sempena ulang tahun penubuhan kumpulan mereka. Read more

Ashraf Sinclair Pilih Tema Lanun Untuk Majlis Hari Jadi Anak

September 27, 2011 by  
Filed under Indonesia, Menarik, Panazzz, Selebriti

Share

Kebiasannya ibu bapa pasti teruja untuk menyambut ulang tahun kelahiran atau lebih tepat lagi hari jadi anak pertama. Pasti ibu bapa inginkan suasana yang meriah untuk meraikan hari jadi cahaya mata mereka yang pertama.

Ashraf Sinclair dan isterinya, Bunga Citra Lestari juga tidak ketinggalan dalam memberikan yang terbaik untuk anak lelaki mereka apabila mereka tampil dengan tema lanun ketika menyambut ulang tahun pertama anak lelaki mereka, Muhammad Noah Sinclair minggu lalu.

Noah yang lahir pada 22 September 2010 diraikan di taman tema Play Park, Kemang, dekat sini dengan kehadiran beberapa tetamu undangan.

“Ini ulang tahun Noah yang pertama, kita meraikannya bersama keluarga dan teman rapat dalam satu majlis yang sederhana,” ujar Bunga.

Sementara itu, pemilihan tema lanun sengaja dibuat untuk menjadikan majlis itu unik selain bersesuaian dengan lokasi yang dipilih.

“Selepas berjalan-jalan saya nampak banyak gambar lanun di kedai buku dan ia terlalu lucu dan saya membeli beberapa kostum untuk kami memakainya,” tambahnya lagi.

Bunga juga mengaku membuat persiapan yang agak panjang untuk majlis puteranya itu untuk memastikan ia berjalan lancar dan meriah.

“Lama juga saya fikirkan untuk buat majlis ini jadi meriah, mungkin ini merupakan tahun pertama Noah, jadi saya mahu yang terbaik untuk dia,” tambahnya lagi.

OH! ARTIS: CUTE JUGA TENGOK BUNGA PAKAI TOPI LANUN TU. ADA PELUANG JADI HEROIN JACK SPARROW TAK?

(Panas) Ariel Peterpan dipenjara 3 tahun 6 bulan

January 31, 2011 by  
Filed under Bermasalah, Indonesia, Panazzz, Selebriti

Share

Berikutan rakaman-rakaman pelbagai versi video hubungan seksual antara Ariel dan ramai artis wanita cantik Indonesia tahun lalu sehingga menarik perhatian artis Hollywood, akhirnya Ariel Peterpan (atau Peterporn) telah disabitkan kesalahan hari ini.

Ariel akhirnya disabitkan kesalahan di atas tuduhan sengaja memberi peluang dan kesempatan untuk pihak lain memgedarkan video-video lucahnya. Ariel diputuskan untuk dipenjara 3 tahun 6 bulan dan didenda sebanya RP250 juta.

Hukuman ini sebenarnya jauh lebih rendah jika dilihat pada tuntutan pendakwaraya yang inginkan Ariel dipenjara selama 5 tahun dan denda RP250 juta. Read more

(Gambar) Tembamnya Bunga Citra Lestari lepas melahirkan anak

October 12, 2010 by  
Filed under Indonesia, Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Share

Seperti yang telah diketahui umum, pasangan artis Malaysia dan Indonesia, iaitu Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari yang baru menerima cahaya mata sulung pada 22 September 2010 yang lalu di mana bayi comel tersebut telah diberi nama Noah.

Kat bawah ni ada gambar Ashraf bersama anak sulungnya tu.

Dan di bawah ini, gambar Bunga Citra Lestari selepas bersalin. Gila tembam! Normal la tu kan? Tapi tunggu sebulan dua, kurus kering balik la dia. Artis kan mana boleh badan naik sikit. Susah nak cari makan.

Lady Gaga tertarik dengan Arial Peterporn

Share

Nama Ariel peterpan atau nama gelaran terbarunya selepas tersebarnya beberapa siri video lucah dengan pelbagai artis Indonesia, Ariel Peterporn mula meniti dibibir artis-artis di Hollywood. Hinggakan beberapa orang artis seperti Lady Gaga, Paris Hilton dan juga Justin Bieber (Hah?!!) turut sama berminat untuk mengenali dan mencuba selepas nama “Ariel Peterporn” menjadi trending topic di Twitter.

+ Thanks Mr Piratz.

Video Lucah Ariel Peterpan dan Luna Maya kian tersebar

Share

Biarpun dikecam keras oleh pihak media Indonesia, nampaknya Ariel dan kekasihnya, Luna Maya masih taknak mengaku yang video itu mereka. Secara logiknya, alasan mereka “pelanduk dua serupa” memang boleh diterima tapi mana mungkin sampai kedua-dua orang pelanduk dua serupa? Apa lagi jika ingin mengatakan ianya superimpose? Langsung tak boleh diterima akal kerana superimpose mudah dibuat pada gambar tetapi tidak mudah pada video kamera cap ayam seperti itu.

OHARTIS: NAK BUAT BENDA TAK BAIK, TAK PERLULAH RAKAM-RAKAM YE LAIN KALI..

(Panas) Ada yang menarik antara Kris Dayanti dan Qabil Ambak

December 27, 2009 by  
Filed under Indonesia, Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Qabil Ambak bukanlah nama yang asing sebenarnya kepada rakyat Malaysia. Siapa yang tidak kenal dengan kehebatannya menunggang kuda membawa nama Malaysia ke serata dunia kan? Cuma yang kami perasan, makin lama makin over pula Qabil ni nak menonjolkan diri dalam dunia hiburan. Dah jarang dengan gosip cinta dia dengan kuda (hehe), tapi memanjang dengan artis je pula sekarang ni.

Bermula dengan kisah percintaan tiga segi antara dia, Fasha dan si duda, Rizal Ashram. Kemudian keluar pula kisah meletup satu Malaysia yang dia menolak untuk menerima Fasha Sandha sebagai jodohnya atas sebab yang tertentu yang mungkin menjadikan Fasha Sandha frust tertonggeng dan menonggeng. Read more

(Gambar) Plate Number kenderaan Bunga Citra Lestari

December 26, 2009 by  
Filed under Gambar Artis, Gossip, Indonesia, Selebriti

Menurut maklumat yang kami terima, kalau Siti Nurhaliza boleh berbangga dengan No Plate BMW beliau iaitu “CT5″ yang entah berapa harganya kami pun tak tahu, apa pula yang boleh dibanggakan artis Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari yang kini dah pun bahagia dengan si Ashraf tu kan? Apa number plate si BCL ni ye? Sukar jugaklah nak percaya tapi bukti dah depan mata, terima ajelah. Jom kita nengok.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Owh!! BCL 366. Berapa agaknya harga dia ye? Mungkin ini motor yang dihadiahkan Ashraf kepada Bunga Citra Lestari mungkin.

Hahaha! Jangan marah eh? Ni artikel sempena 1 tahun kewujudan Oh! Tidak, sebuah lagi website menarik yang berada di bawah network kami. So dari artikel ni, rasanya korang dah dapat tangkap apa motif kewujudan Oh! Tidak tu kan? Mungkin ada yang masih tak tahu, so dah tahu tu meh la serang!

URL: http://ohtidak.com

Tapi jangan rajin-rajin sangat masuk ye? We all dah tak tahan menanggung trafik yang menimbun-nimbun kat OH! Tidak yang sekangkang kera tu. Lagi-lagi time office hour (sah korang kuat mengular. hehe). Eh takdelah we all tak kisah. As long as korang happy dan bahagia baca artikel-artikel kami, kami pun happy sokmo.

Next Page »

Blog Widget by LinkWithin

Page optimized by WP Minify WordPress Plugin