Ani Mayuni Dipukul, Ditendang, Dihentak Kepala Ke Dinding.
February 3, 2012 by Eiza Isis
Filed under Bermasalah, Panazzz, Sehati Berdansa, Selebriti, Tempatan
Apakah kisah di sebalik berita pagi ini yang terpapar di Harian Metro mengenai pasangan Sehati Berdansa, penyanyi dangdut dan pelakon, Ani Mayuni yang membuat laporan polis kerana dipukul suaminya, Zairi Bin Azmi.
Laporan polis ini dikatakan ‘Sebagai Pengajaran’ untuk suaminya. Ani Mayuni mendakwa dipukul dan ditendang suaminya selain kepalanya turut dihentak ke dinding bilik di rumah mereka di Desa Rejang, Kuala Lumpur semalam.
Ani atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu menyebabkan dia mengalami kecederaan di kepala, tangan, dada dan leher.
Sebelum kejadian itu, Ani dikatakan menghubungi suaminya yang berada di luar rumah dan memintanya membeli sarapan.
Bagaimanapun, sebaik pulang ke rumah kira-kira 30 minit kemudian, suaminya terus meluru masuk ke dalam bilik dan mengasarinya.
Walaubagaimanapun, Ani telah diselamatkan oleh abang kandungnya yang kebetulan datang ke rumahnya. Mengapakah semua ini? Semuanya kerana amarah yang tidak terbendung dan mengikut kata hati dihasut syaitan.

OH ARTIS : ALHAMDULILLAH, NASIB ANI BAIK KERANA ABANGNYA DATANG. JIKA TIDAK BERTAMBAH TERUKLAH ANI. INI BUKAN PENYELESAIANNYA WAHAI LELAKI DAYUS!
(Gambar) Ally Iskandar dan Farah Lee Sah Bergelar Suami Isteri

Alhamdulillah, Ally Iskandar dan Farah Lee telah selamat dinikahkan. Betullah apa maklumat yang kami beritahu di dalam artikel sebelum ini mengenai perkahwinan secara sederhana yang akan berlangsung pada hari ini. Begitu juga dengan gambar merisik yang leaked walaupun puas disorokkan kisahnya oleh Ally apa lagi Farah Lee.
Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli sah menjadi isteri kepada pengacara hebat ini pada jam 10 pagi tadi (20 Januari 2012). Jurunikah, Tuan Haji Mohd Abu Bakar memegang tanggungjawab untuk menikahkan mereka yang mengenakan mas kahwin sebanyak RM250 tunai dan disaksikan beratus lagi yang lain di Masjid Kristal, Kuala Terengganu. Read more
Tidak Mahu Lagi Gossip Panas. Mahu Fokus Kerjaya – Nabila Huda

Nabila Huda Suhaimi, 28 tahun ini memang begitu berbakat dalam lakonannya. Sudah agak sekian lama menyepi diri tidak menghiasi kaca TV, kini dia kembali dengan lakonan mantapnya dalam slot Samarinda di TV3 – Pelangi Kasih. Bergandingan bersama hero pujaan ketika ini, Johan As’ari (Botak Juvana) selain Puteri Sarah Liyana, Beto Kusyairy dan Abby Abadi.
Selain itu, Nabila turut menunggu tayangan dua filem lakonannya memasuki panggung tahun ini iaitu Syaitannirajim dan filem sekuel Bohsia 2 arahan Syamsul Yusof. Wow! Tajuk yang mencengkam jiwa. Kedua-dua filem itu ternyata memberi banyak pengalaman dan pendedahan baru kepada Nabila sendiri. Read more
Seekers Kembali Mengilai Malam Jumaat Ini
Anda peminat rancangan rancangan realiti seram – Seekers?
Seekers merupakan satu rancangan di mana satu kumpulan penyiasat paranormal atau intiti Malaysia menyiasat tempat-tempat misteri. Seeker juga mengalu-alukan para sukarela untuk memberanikan diri mereka dengan situasi yang menyeram. Program paranormal kegemaran ramai ini telah pun masuk musim ke-8. Bagi musim ini, kru dan ahli penyiasat Seekers akan ke Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan bagi membongkar beberapa lagi aktiviti paranormal sepanjang 19 episod ia disiarkan.
Jika anda mahu tonton, selebriti tempatan seperti Black (Mentor), Danny (X-Factor), Kanchana Devi, Belle Ngasri, Hamdan dan ramai lagi yang turut bersama penyiasat Seekers untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan dan mencabar perasaan takut dalam diri mereka masing-masing nantikan debarannya pada 5hb Januari, Khamis, 9 malam di NTV7. Read more
Nubhan Penyelamat Meet Uncle Hussain
Mesti ramai yang tidak begitu ambil kisah sangat dengan kewujudan Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan bin Haji Ahamad – 25 tahun. Hebat ke dia?
Dia yang merupakan penyanyi, pelakon dan pengacara merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim keenam dan berjaya menduduki tempat ketiga pada musim tersebut. Berasal dari daerah Kuala Pilah di Negeri Sembilan,Jejaka ini merupakan anak bongsu daripada lapan adik beradik.
Jika anda masih tertanya-tanya kenapa pula Nubhan menggantikan Hazama untuk lagu ‘Pokok’ bersama Meet Uncle Hussain di dalam Semi Final Muzik-Muzik 26, 25 November lalu. Mengapa tidak Hazama yang memang ada ketika itu? Adakah kerana Hazama bergaduh dengan Meet Uncle Hussain ? Menurut pengurus MUH, Kimi, dia dan anggota kumpulan MUH mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka sebulat suara memilih Nubhan berbanding Hazama yang merupakan penyanyi asal lagu itu. Read more
Keputusan Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM 24)
November 21, 2011 by Gadis Lonely?
Filed under Festival Filem Malaysia, Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan, TV
Malam tadi telah berlangsung Festival Filem Malaysia ke-24 yang menyediakan lebih 20 anugerah untuk dimenangi para penggiat industri filem tempatan. FFM 24 yang disiarkan secara langsung melalui Astro Prima ini diacarakan oleh Johan Raja Lawak dan Fauziah Ahmad Daud. Satu gandingan pengacara yang amat mantap dan menarik sekali (sepatut dan seharusnya).
Berikut adalah keputusan penuh anugerah Festival Filem Malaysia untuk kali ini. Read more
(Panas) Kemesraan Laika AF9 dan si Pengkid?
November 14, 2011 by Gadis Lonely?
Filed under Akademi Fantasia, Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan, TV

Siapa Laika? Laika AF9 atau nama sebenarnya Zulaika Binti Zahari yang berusia 22 tahun ini adalah bekas pelajar di Akedemi Fantasia musim ke-9 yang mana adalah musim Akademi Fantasia yang terakhir sejak kewujudannya. Tidak ramai yang mengenalinya mungkin kerana kurangnya publisiti dari pihak yang sepatutnya. Almaklumlah, berapa ramai pula pelajar Akademi Fantasia ni kan? Tak pandai cari publisiti, memang bye bye la jawapannya. Lagi satu, Laika ni adalah pelajar pertama yang tersingkir semasa di Akademi Fantasia.
Dua bulan lalu, hangat tentang kisah si Fatin Nur Afifah, seorang pelakon kanak-kanak (Tentang Bulan) yang meningkat dewasa, juga berkaitan dengan isu berpasangan dengan Pengkid. Baru-baru ini kami menerima beberapa keping gambar terbaru mengenai si Laika ni pula. Menurut pengirim, geli-gelaman dia dibuatnya apabila melihat gelagat si Laika ini dengan pasangannya, seorang pengkid. Berpeluk-pelukan selamber ikut suka. Read more
Kekecewaan Chef Wan dengan kelakuan Chef Riz jelas tergambar
November 10, 2011 by Gadis Lonely?
Filed under Bermasalah, Panazzz, Rancangan Realiti, Selebriti, Tempatan, TV
Sangat kasihan. Itu sahaja yang mampu kami layangkan kepada Chef Wan atau nama sebenarnya, Redzuawan Ismail di atas isu yang melanda anaknya yang dikatakan melakukan penipuan CV sebagai juri di MasterChef Malaysia. Berikut adalah kenyataan ringkas Chef Wan di Facebook miliknya yang jelas menggambarkan betapa seriusnya hal ini dan betapa kecewanya beliau dengan apa yang telah dilakukan Chef Riz. Sebelum itu, anda boleh membaca artikel mengenai penipuan Chef Riz dalam artikel kami sebelum ini.
Morning i could not sleep all night After the NBC America Today show when i was told about the new of my son overstated his working experienced Abroad when non of that is true on the Masterchef Profile in his CV.I told him not only this is embarrassing for him likewise for me and the family but now he must appologised to the public and accept his unwise behaviour and face the consequences.Its enough being famous and talented that there are people who cannot stand the sight of us being in this shoe with their perangai PHD and then for him to create such stupid and mempropa kan lagi CV dia with asam dan garam that now he is in the Hot Soup! and let those people use this against him padan lah muka dia.As i have always like to be honest about what i said i told him last night this is worse than a guru catching a student in the class lying.As an adult he should be a role model to this kids.Shame on him.Now nak buat apa nasi sudah menjadi bubur!As a father i cannot be always responsible of my kids yang dah besar2 ini punya perbuatan.Dah lah hidup i ni penuh dengan dugaan,stress dan tangung jawab and this sometime make my heart cried bitterly.
Kekecewaan beliau disampaikan lagi di dalam status terbarunya, Read more
Chef Riz akui memalsukan kelayakan untuk bergelar juri MasterChef Malaysia
November 10, 2011 by Gadis Lonely?
Filed under Bermasalah, Panazzz, Rancangan Realiti, Selebriti, Tempatan, TV
Secara peribadi, kami sendiri tidak kenal siapa Chef Riz atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Redzuawan. Kalau bukan kerana rancangan MasterChef, sampai bila-bila pun mungkin kami tidak kenal yang beliau juga merupakan anak kepada chef terkemuka negara ini, Redzuawan Ismail atau Chef Wan. Kenal atau tidak dengan beliau tidak penting pun sebenarnya bagi kami kerana ada beberapa perkara yang lebih penting untuk didedahkan kepada umum terutamanya penonton rancangan tersebut.
Di dalam laman rasmi MasterChef Malaysia, profail Chef Riz memberitahu yang beliau pernah bekerja sebagai Ketua Chef di sebuah restoran popular di dunia milik Mario Batali’s bernama Babbo di New York semasa berusia 22 tahun.
Pihak The Malaysian Insider telah menghubungi Pengarah Komunikasi Mario Batali iaitu Pamela Lewy. Pamela di dalam emailnya menafikan penglibatan Chef Riz di dalam restoran mereka. Read more
Fara Fauzana dan Neelofa sebagai pengacara Nona yang baru
Semalam, TV3 mengumumkan tentang pengacara baru Nona yang akan menggantikan Vanidah Imran yang telah tamat kontraknya. Ramai peminat rancangan Nona mula tertanya-tanya sebelum ini siapakah yang akan menggantikan “Wanita Melayu Terakhir” itu? Jawapannya kini sudah pasti yang Vanidah Imran akan digantikan dengan pengacara tersohor, Fara Fauzana dan artis yang semakin melonjak naik namanya, Neelofa.
Rancangan Nona yang sebelum ini diacarakan oleh Maya Karin, kemudian Vanidah Imran dan kini Fara Fauzana dan Neelofa dilihat sebagai satu cara pemasaran yang amat baik oleh TV3 memandangkan rancangan Nona mula menerima kritikan di mana pengisian dalam rancangan itu tidak lagi sehebat dulu. Read more

















