Email: hi@ohmedia.my Subscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanLanggan Oh! ArtisSubscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanFeed Respon

Nubhan Penyelamat Meet Uncle Hussain

Share

Mesti ramai yang tidak begitu ambil kisah sangat dengan kewujudan Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan bin Haji Ahamad – 25 tahun. Hebat ke dia?
Dia yang merupakan penyanyi, pelakon dan pengacara merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim keenam dan berjaya menduduki tempat ketiga pada musim tersebut. Berasal dari daerah Kuala Pilah di Negeri Sembilan,Jejaka ini merupakan anak bongsu daripada lapan adik beradik.

Jika anda masih tertanya-tanya kenapa pula Nubhan menggantikan Hazama untuk lagu ‘Pokok’ bersama Meet Uncle Hussain di dalam Semi Final Muzik-Muzik 26, 25 November lalu. Mengapa tidak Hazama yang memang ada ketika itu? Adakah kerana Hazama bergaduh dengan Meet Uncle Hussain ? Menurut pengurus MUH, Kimi, dia dan anggota kumpulan MUH mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka sebulat suara memilih Nubhan berbanding Hazama yang merupakan penyanyi asal lagu itu. Read more

(Panas) Kemesraan Laika AF9 dan si Pengkid?

Share

Siapa Laika? Laika AF9 atau nama sebenarnya Zulaika Binti Zahari yang berusia 22 tahun ini adalah bekas pelajar di Akedemi Fantasia musim ke-9 yang mana adalah musim Akademi Fantasia yang terakhir sejak kewujudannya. Tidak ramai yang mengenalinya mungkin kerana kurangnya publisiti dari pihak yang sepatutnya. Almaklumlah, berapa ramai pula pelajar Akademi Fantasia ni kan? Tak pandai cari publisiti, memang bye bye la jawapannya. Lagi satu, Laika ni adalah pelajar pertama yang tersingkir semasa di Akademi Fantasia.

Dua bulan lalu, hangat tentang kisah si Fatin Nur Afifah, seorang pelakon kanak-kanak (Tentang Bulan) yang meningkat dewasa, juga berkaitan dengan isu berpasangan dengan Pengkid. Baru-baru ini kami menerima beberapa keping gambar terbaru mengenai si Laika ni pula. Menurut pengirim, geli-gelaman dia dibuatnya apabila melihat gelagat si Laika ini dengan pasangannya, seorang pengkid. Berpeluk-pelukan selamber ikut suka. Read more

Felix dipinggirkan media di hari perkahwinannya

Share

Felix yang merupakan finalis AF3 merupakan kegilaan peminat AF suatu ketika dahulu dikatakan dipinggirkan oleh media sejak seberapa lama sehinggalah keluarnya gambar perkahwinan beliau yang dilangsungkan kelmarin.

Felix telah melangsungkan perkahwinannya kelmarin, dengan gadis pilihan hatinya iaitu Lydia Larius Gijoh di sebuah gereja di Bandar Kota Kinabalu Sabah. Manakala Majlis Resepsi akan dilangsungkan di  Pusat kebudayaan Penampang, Kota Kinabalu.

Cinta mereka mula berputik apabila Felix mula mengenali Lydia semasa melakukan persembahan di sebuah dewan kebudayaan Kadazan Dusun sejak 2006, Ketika itu Lydia merupakan penari Lembaga Kebudayaan Sabah.

Tidak seperti perkahwinan artis lain yang begitu digembar-gemburkan media, perkahwinan Felix agak sunyi daripada tumpuan media, manakala didalam akhbar pula berita yang tertulis hanya di ruangan terpencil dihujung sisipan akhbar.Ini mungkin kerana Felix telah lama sepi dari dunia seni tanah air setelah tenggelam dengan nama Mawi satu ketika dahulu.

 

 

OH! ARTIS: TAHNIAH BUAT FELIX DAN PASANGANN.

Shahir AF bersara awal dari bidang seni untuk berdakwah

Share

Hanya baru beberapa tahun dalam bidang seni, Shahir telah membuat keputusan untuk meninggalkan industri seni untuk memberi laluan kepada niat murni beliau untuk berdakwah dalam agama Islam.

Shahir yang dikatakan kesal dan tidak tahan dengan tohmahan dan gosip dari pelbagai pihak yang dilaluinya juga merupakan punca beliau ingin bersara awal dari bidang seni.

Shahir mungkin akan mengikut jejak Sham Kamikaze yang telah bertaubat dan kini  telah menjadi pendakwah berjaya. Harapan media kepada Shahir Fan Club supaya tidak kecewa dengan keputusan beliau ini kerana beliau berubah kejalan yang baik.dan keputusan yang diambil oleh beliau adalah yang difikirkan terbaik untuk beliau, peminatnya tidak perlu kesal dengan keputusannya, walaupun baru sahaja beberapa tahun dalam bidang seni ini.

OH! ARTIS: THIS IS BEST BRO!

Nurul AF2 tidak mengaku ketepikan keluarga

Share

Baru-baru ini Melodi ada menayangkan keluarga Nurul yang dikatakan diketepikan oleh Nurul, apabila Nurul berkahwin tanpa pengetahuan keluarga. Keluarganya yang kini berada di serawak ditemui oleh kru Melodi menyatakan bahawa mereka kecewa dengan Nurul.

Pernikahan Nurul diadakan di Narathiwat Thailand, pada 23 April lalu menimbulkan kemarahan dan kekecewaan keluarga Nurul apabila Nurul tidak memberitahu mereka bahawa akan berlangsungnya pernikahan itu.

Namun apabila ditanya lain pula jawapan daripada Nurul apabila menjawab pertanyaan media yang beliau tidak berniat untuk mengetepikan keluarganya. Beliau yang merupakan anak angkat kepada keluarga Encik Abdul Hamid dari Serawak mengaku bahawa beliau telah mencari keluarga kandungnya tetapi gagal.

Tambah beliau, beliau dan suaminya telah berusaha mencari keluarga mereka dengan perlbagai usaha namun usaha itu gagal membuahkan hasil.

 

“Saya akui memang saya tidak pernah bertemu mereka, dan pertama kali saya melihat wajah mereka adalah sewaktu di dalam rancangan Melodi baru-baru ini,”

 

OH! ARTIS: APA YANG PENTING DAH SELAMAT PUN BERNIKAH.

Mawi dan Ekin bakal dapat anak

Share

Setelah tiga tahun mereka melangsungkan perkahwinan dengan penuh meriah diikuti oleh berjuta peminatnya diseluruh Malaysia, Akhirnya Mawi mengumumkan beliau bakal menimang anak tidak lama lagi.

Hal ini di sahkan oleh doktor di sebuah hospital swasta di Bangi dua minggu lalu yang menyatakan bahawa Ekin telah mengandung, dan kandungannya telah menjangkau 7 minggu.

dalam pada itu Media sempat menyoal mawi berkenaan dengan gosip yang menceritakan Mawi akan menjualkan Banglo Mewahnya disebabkan kekurangan wang. Namun Mawi menafikannya dan menganggap itu hanyalah desas-desus yang sengaja disebarkan kerana melihatkan  kerjayanya yang semakin kurang menyerlah.

Finalis AF9 bermasam muka dan berlagak DIVA

Share

Cerita ini bermula apabila finalis AF9 iaitu Fina dan Lena yang baru saja kembali daripada menjayakan rancangan tv di Bali, Indonesia. Kes ini berlaku apabila dikatakan Lena dituduh melakukan perkara sumbang semasa berada di sewaktu di pusat peranginan terkenal itu.

Manakala Fina pula dikatakan menjadi dalang dengan menabur fitnah terhadap Lena dan Azri menyebabkan mereka bermasam muka dan membuatkan hubungan mereka renggang. Fina juga mengaku bahawa beliau ternampak perkara itu dan mengakui ianya bukanlah perkara yang elok.

“Sewaktu kejadian itu, bukan saya seorang sahaja yang nampak, malah ada juga beberapa pihak produksi yang nampak.

Kes ini juga dikatakan menyebabkan banyak pihak dalam kru produksi terganggu dengan masalah mereka kerana dikatakan kru produksi telah menceritakan pada pihak media yang mereka ini menyebabkan kerja para kru terganggu kerana mereka tidak mahu bekerja sama.

Kru produksi yang marah juga mengatakan mereka ini berlagak DIVA ketika proses pengambaran di Bali. kes kru produksi marah itu seperti yang diceritakan di dalam ruangan Sosek-sosek (SS) di Mingguan Malaysia minggu lalu.

(Gambar) Stacy yang semakin comel

Share

Setelah senyap seberapa ketika, baru-baru ini stacy ditemui ketika menghadiri majlis Uniqlo Launching di KLCC. Majlis yang di anjurkan secara besar-besaran ini dihadiri oleh beberapa orang artis yang turut hadir bersama stacy ialah Noh Hujan yang bergambar bersama Stacy.

Stacy kini kelihatan lebih comel dengan mengenakan pakaiannya di sesi pengambaran di ‘Red Carpet’  ketika Majlis tersebut berlangsung. Noh Hujan yang juga menghadiri majlis tersebut tidak ketinggalan untuk bergambar bersama Stacy. Read more

Hafiz dan Adira akhirnya mengaku saling bercinta

April 22, 2011 by  
Filed under Akademi Fantasia, Al-Kisah, Gossip, Selebriti, Tempatan, TV

Share

Beberapa bulan lalu kecoh dengan cerita mengatakan Adira menjalinkan hubungan songsang iaitu hubungan sejenis. dan menjatuhkan nama Adira sebagai artis. namun sangkaan ini semestinya disangkal oleh Adira sekeras-kerasnya.

Kini Adira dan Hafiz AF telah membuat pengakuan bahawa mereka telah menjalinkan hubungan sejak 5 bulan lalu. hubungan mereka ini direstui oleh keluarga mereka sendiri. Mereka membuat pengakuan ini atas sebab banyak spekulasi yang berlaku tentang cerita Adira menjalinkan hubungan sonsang, tertekan dengan tuduhan tersebut mereka telah membuat keputusan untuk memberi tahu tentang hubungan mereka untuk mengelakkan tekanan akibat fitnah yang di buat keatas Adira. Read more

Zila AF4 dan Along Raja Lawak akan dapat anak

Share

Pasangan realiti tv astro iaitu Nur Azilah Seeron (Zila AF4)  dan Muhammad Nizamudin Ahmad (Along Raja Lawak) yang telah melangsungkan majlis  perkahwinan mereka pada 14 Febuari 2010 telah membuahkan hasil dimana katanya mereka telah mendapat tanda-tanda untuk menimang anak.

Berita gembira ini diketahui selepas Zila menjalani rawatan berkaitan sakit tekaknya di sebuah pusat rawatan di Bangi Selangor. katanya sebelum ini semasa program jelajah ABPBH2010 kesihatan Zila sudah tidak menentu, tidak sangka pula itu petanda kami di kurniakan zuriat. Bagaimanapun mereka kelihatan ceria dan gembira dengan berita baik ini.

“Along antara insan yang paling gembira dan berharap semua peminat akan terus berdoa untuk kami berdua dan dilindungi daripada perkara yang tidak baik,”

Diharap dengan dikurniakan zuriat rumah tangga mereka lebih ceria dan lebih kukuh hingga ke anak cucu.

OH! Artis: Tahniah Along dan Zila!!

Next Page »

Blog Widget by LinkWithin

Page optimized by WP Minify WordPress Plugin