(Gambar) Linda Onn, Abby Abadi & Zarina An Julie di Kelab Pop!

Siapa yang tidak kenal program Kelab Pop? Kalau anda tak kenal, maknanya anda tiada Astro di rumah. Betul tak? Well, baru-baru ini, Abby Abadi, Zarina An Julie dan Linda Onn telah ke Wisma Ali Bawal, PJ untuk rakaman Kelab Pop musim terbaru bersama pengacara yang juga bekas pelajar Akademi Fantasi 3, Reza.
Nama group Abby, Anju dan Linda adalah SURVIVORS!! Tagline mereka pula ialah “SORRY!! Kami bukan perampas!! AOUCHHH!!” Haha, menarik bukan? Memang korang bukan perampas, tapi mangsa dirampas adalah. Haha!!
Team lawan pula terdiri dari barisan wartawan murai.com.my iaitu Elly, Ajieb dan dan Ayie. Nama kumpulan mereka “MURAI” dan diserikan dengan tagline “Eeee!! propalah Murai!”. Apapun waktu tayangan di Astro Ria masih belum diketahui lagi dan mungkin dalam masa terdekat ini.
Err, bila barisan penulis Oh! Artis nak dijemput join Kelab Pop pulak ye?
- Artikel oleh Khai.



























