Email: hi@ohmedia.my Subscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanLanggan Oh! ArtisSubscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanFeed Respon

(Gosip) Ayu OIAM lahirkan anak sulong? Dah kahwin ke?

ayu oiamMulut tempayan boleh ditutup, mulut orang mana lah nak boleh. Lagi-lagi gosip-gosip dalam internet ni lagilah jari-jari sumpah tak boleh nak ditutup. Orang yang tak laser pun jadi laser dalam internet ni. Heh.

Terbaru, Ayu yang juga juara One in a Million musim ke-2 dikatakan telah kahwin secara senyap dan telahpun melahirkan seorang anak sulong. Nak dijadikan cerita ketika gosip ini hangat diperkatakan, Ayu OIAM juga dilihat tenggelam entah ke mana dari industri hiburan seni Malaysia.

Katanya Ayu telah terlanjur bersama kekasih hatinya yang bekerja di kedai makan di mana kini lelaki tersebut adalah suaminya yang sah. Gosip ini tercipta dek kerana sebuah akhbar tempatan menulis tentang seorang selebriti realiti TV yang dikatakan telah berkahwin dan melahirkan seorang anak luar nikah.

Menurut beberapa forum hiburan terkemuka, artis tersebut adalah Ayu OIAM. Ini ditambah lagi kenyataan beberapa rakan artis yang ternampak perut Ayu yang seakan-akan makin membuncit. Mereka ingatkan sebab Ayu ni kuat tonggang air mabuk. Rupanya itu pun ya, mengandung pun iya.

Bagi kami di Oh! Artis, mudah sahaja untuk Ayu memadam gosip ini jika ianya tidak benar hanya dengan tampil di media dan menjelaskannya. Bukan semakin menyorok di belakang dinding. Kalau macam tu, lagi la orang percaya yang gosip ini benar. Berani tentulah kerana benar dan takut semua orang pun tahu kerana salah.

Konklusinya, siapapun artis realiti yang dimaksudkan, itu tidaklah penting. Jadilah perkara seperti ini sebagai satu ikhtibar buat kita semua. Kalau nak jadi terkenal tu, jagalah diri betul-betul. Ini sebelum ni kekampungan, lepas jadi artis mengalahkan beruk punya perangai.

Woohhaa!!

+ Sumber rujukan gosip, Roti Kaya.

(Panas) Awal Ashaari Dukung Awek Hot mana ni?

Mungkin kerana web-web hiburan mahupun akhbar jarang-jarang bercerita mengenai dirinya, Awal Ashari yang sememangnya dikenali sebagai pelakon dan pengacara low profile, sudah mula mahukan dirinya dikaitkan dengan gosip.

Terbaru, entah anak siapa yang didukungnya. Malas nak cakap banyak-banyak, tunggu tuan badan bersuara mengenai gambar di bawah. Cepat beri respon Awal, sebelum jangan cakap kami ban kamu, makcik-makcik kat kampung yang sayangkan kamu pun mungkin bakal meluat dengan kamu. Read more

(OIAM3) Tomok, juara One In a Million 3 [entri updated]


Tiada lagi pemenang wanita di One In a Million. Tahniah buat Tomok atau Shah Indrawan kerana berjaya memecah tradisi kaum wanita menjadi juara One in a Million musim ke-3. Pada musim pertama OIAM, ianya dimenangi Suki dan diikuti Ayu pada OIAM musim ke’dua. Oh! Artis sebagai media yang menyokong habis-habisan perjuangan Tomok di One in a Million 3 sungguh berasa gembira dan berbesar hati menerima keputusan sebulat suara majoriti rakyat Malaysia yang ber’sms.

Tomok Deserved to Win!“.. Kata Paul Moss di Twitter.

Antara kata-kata Paul Moss di Twitter ketika OIAM3 berlangsung:-

Well that’s another season done. Tomok really did do evrything we cld hope for..do feel for Esther tho. She’s a very special talent.

Looks a close race. Soon know! Sad that Ester’s strong point, slow songs, was ruined with an average song..how to shine?… http://qt.my/G8G

Bunkface! I love them..this is so me:) #oiam http://qt.my/G8E

Crowd has come alive at last..tomok did that. Says it all really. I hated aweera’s song. Mbe it jus not my taste #oiam http://qt.my/G8D

Tomok up next..someone better light this nite up..if anyone can he can http://qt.my/G8C

I dunno..all d comments online were good for ester..but it sounded dull here. #oiam http://qt.my/G8B

Wow..tomok lowest! I find tat very hard to believe…now tat r will contest, I put him in as favourite. http://qt.my/G88

Wow, all 3 finalists using ‘tear-jerker video playbacks in the show. Aiming for heartland votes.. #oiam #puke http://qt.my/G81

Betul kata Paul Moss, ketiga-tiga peserta menggunakan playbacks air mata meleleh mungkin untuk mendapat undian simpati dari penontot. Esther, boleh dikatakan tak habis-habis tiap minggu memberitahu keluarga dia seorang yang susah. Aweera pula selalu berkata yang kononnya nak makan sampai kene jual tin kosong.

Hey come on dude! Aweera, aku nengok kau datang ijubakat, sikit punya stylo. Rambut siap warna coklat. Banyak duit kaler rambut? Tomok pun sama, bercerita karier’nya orang nampak macam mudah. Lihat artis berbaju segak jangan disangka hidup senang. Guys, come on. Duit 1 juta tu untuk kegunaan membangunkan karier, bukan untuk betulkan rumah, kasi saudara mara pinjam atau apa-apa pun. Dah jual album nanti nak bantu sesiapa pun, ikut suka hati.

OIAM Grand Finale malam tadi dimulakan dengan persembahan Top 12 OIAM3 yang menyampaikan lagu-lagu secara medley.

Persembahan Tomok malam tadi semamangnya memukau dan boleh dikatakan yang paling menyerlah antara tiga peserta yang ada. Tomok juga turut menyanyikan lagu baru miliknya yang bertajuk Rindu Terhenti. Pasti ramai yang download lagu Tomok Rindu Terhenti ni nanti ya?

Tomok – Rindu Terhenti @ OIAM 3 Grand Final

DOWNLOAD MP3 TOMOK – RINDU TERHENTI
TOMOK RINDU TERHENTI | [downloadcounter(tomok-rindu-terhenti)] orang sudah download | MP3 rip by Zelo.

Apapun persembahan Esther sangat boleh dipuji. Tidak dinafikan, Esther pastinya no 2 jika ada pemenang no 2 diumumkan. Saksikan persembahan Esther di malam grand finale malam jumaat tadi.

Esther – Menggapai Mimpi @ OIAM 3 Grand Final

Aweera menyanyikan lagu baru khas untuknya yang juga boleh dikatakan agak baik juga.

Aweera – Ku Di Sini @ OIAM 3 Grand Final

Mengenai Bunk Face yang diundang membuat persembahan di OIAM3 Finale, nyatanya persembahan lagu Revolusi dari Bunk Face totally boleh dikatakan adalah hancur. Bagai langit dengan bumi nak dibezakan dengan record. Mungkin Bunk Face perlu lakukan sesuatu untuk membuat persembahan live adalah Live. Maklumlah, live tak boleh nak edit-edit macam lagu-lagu yang keluar kat radio kan? So hati-hati.

Tahniah juga buat Esther dan Aweera. Kalah menang tu adat pertandingan bukan? Tahniah sekali lagi buat Tomok! Nyatanya ini adalah Tomok yang baru. Shah Indrawan yang baru! Tak sabar nak dengar lagu Rindu Terhenti, sebuah lagu baru khas untuk Tomok dari Aubrey Suwito untuk’nya di radio nanti.

OIAM3 Rehearsal

OIAM3 Winner

Berita Dari Kosmo
SHAH ALAM – Vokalis kumpulan New Boyz (NB), Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 25, mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi artis lelaki pertama menjuarai rancangan realiti One In A Million musim ketiga (OIAM3) di sini semalam.

Dua musim OIAM terdahulu dimenangi berturut-turut oleh peserta wanita iaitu Suki dan Ayu.

Kemenangan Tomok yang membawa lagu Hanya Kau Yang Mampu nyanyian Aizat (AF5) dan sebuah lagu baru, Rindu Terhenti ciptaan Aubrey dan Tinta S. sekali gus membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM1 juta.

Sememangnya hadiah tersebut telah ditakdirkan menjadi rezeki Tomok walaupun pada awal rancangan dia diumumkan mendapat undian paling rendah dan hampir dikeluarkan.

Bagaimanapun, pada saat-saat akhir dia dimasukkan semula sebagai finalis atas permitaan khidmat pesanan ringkas (SMS) orang ramai.

Kemenangan tersebut membenam impian dua finalis lain iaitu Esther dan Aweera untuk bergelar juara pada pertandingan akhir terbitan 8TV yang berlangsung di Stadium Malawati di sini.

(OIAM3) Giliran Nine Coco menggigit jari. Tomok terus unggul!

April 25, 2009 by  
Filed under Menarik, One in a Million, Panazzz, Selebriti, Tempatan, TV


Siapa tonton One in a Million 3 malam tadi pasti awal-awal lagi dah mengjangka Nine dari kumpulan Coco pasti akan tersingkir. Kadang-kala perjalanan pertandingan realiti seperti OIAM memang mudah dijangka. Oh! Artis sendiri awal-awal dah menjangka Nine bakal terkeluar minggu ini. Bayangkanlah, belum pun hebat mana, dah mula jual kontroversi peluk sana sini. Siapa nak vote engko lagi Nine? Usya sendiri gambar kontroversi Nine yang dimaksudkan.

Selepas Nine tersingkir, kini tinggal tiga lagi perserta OIAM3 yang bakal mara ke grand final minggu depan iaitu Tomok, Esther dan Aweera. Mungkin tiga peserta akan berentap di final dan mungkin juga dua peserta. Nantikan slot penyingkiran dalam Grand Final minggu depan. OIAM sememangnya berbeza dengan rancangan realiti lain di mana penyingkiran dilakukan di awal rancangan.

Kalau ada penyingkiran minggu hadapan, pastinya selamat tinggal buat Aweera. Ianya sememangnya mudah untuk dijangka. Kewujudan Esther dari Sabah dan Tomok yang semamangnya mempunyai ramai peminat, pasti akan membuahkan keuntungan besar untuk produksi OIAM3. Apa sangatlah RM1 juta tu kalau nak dibandingkan dengan keuntungan yang bakal diterima nanti hasil dari penaja dan undian dari kita semua.

Apapun pastikan undian anda berpihak pada yang benar-benar ber’bakat. Orang Sabah, sila jadi bijak dengan mengundi peserta berasalkan bakat, bukan kerana semangat kenegerian anda yang tinggi. Apapun gandingan final antara Tomok dan Esther bakal memberi satu impak yang besar nanti. Sama-sama kita nantikan.

- Artikel by Khai.

Kepada pembaca Oh! Artis, dapatkan Tshirt rasmi Oh! Network (scukz.com) pada harga serendah RM25 sahaja. Hanya 25 helai tempahan diterima. Tempahlah segera sebagai tanda sokongan anda. www.scukz.com/baju

(OIAM3) Amylea Tersungkur, Tomok Masih Berdiri.

Perjalanan Amylea Azizan ke peringkat akhir One In A Million (OIAM) musim 3 terkandas semalam apabila tersingkir oleh undian para penonton.

Keputusan undian minggu kelapan yang dibacakan hos rancangan, Awal Ashaari dan Marion Caunter dan disiarkan 8TV secara langsung dari Sri Pentas 2 itu ternyata mengejutkan para penonton.

Menurut Amylea, dia berasa terkejut berbaur terkilan kerana tidak dapat mempersembahkan `konsert’ khas kepada saudara-mara, kenalan dan para penyokongnya.

“Saya tidak akan berasa begini jika keputusan ini diketahui di akhir persembahan saya,” katanya dalam nada sebak.

Untuk minggu kesembilan OIAM, tema pertandingan ialah “In Concert” yang membenarkan para peserta OIAM merencanakan konsertnya sendiri.

Amylea sepatutnya mendendangkan adunan tiga lagu Yesterday Once More nyanyian Carpenters, Fallin’ (Alicia Keys) dan Love Song (Sarah Bareilles).

Bagaimanapun, Amylea dibenarkan melakukan persembahan terakhirnya hanya menerusi lagu I’m Yours oleh penyanyi antarabangsa terkenal, Jason Mraz.

Keputusan malam tadi adalah berdasarkan 100 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS) selepas imuniti ditarik balik pada minggu ketujuh.

Selepas Amylea tersingkir, empat peserta meneruskan saki-baki perjuangan masing-masing dalam OIAM. Esther merupakan satu-satunya peserta wanita dalam kalangan peserta lelaki.

Tiga peserta lelaki pula terdiri daripada Tomok, Aweera dan Nine.

+via MStar Online

(ABPBH2008) Gambar Sekitar Majlis ABPBH2008 dan Post-Party.

Walaupun Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 sudah berlalu, namun rata-rata masih lagi menjadikan’nya sebagai bahan bualan. Dan yang terbaru adalah kes Bintang Paling Popular, Si Nabil nyaris maut kemalangan dengan motosikal kesayangan’nya.

Namun begitu, entri kali ini adalah untuk mempamer’kan kepada pembaca Oh! Artis gambar-gambar melaram artis yang menghadiri majlis itu pada 12 April 2009 yang lalu.

Tema melaram pada kali ini adalah ‘Tenunan Songket’.

P/s.. Maaf atas kelewatan update entri ini. :cool:

Kredit foto: MrManager

Artikel oleh Mrx Lonely

(ABPBH2008) Nabil Si Raja Lawak Rampas Gelaran Bintang Paling Popular.

Setelah sekian lama para peminat mengundi artis-artis kesayangan mereka untuk dinobat’kan sebagai Bintang Paling Popular 2008, terjawab sudah pada malam tadi bahawa Nabil Raja Lawak atau nama sebenar’nya Ahmad Nabil Bin Ahmad telah dinobat’kan menjadi Bintang Paling Popular 2008 dengan undian sebanyak 127,524.

Berikutan kemenangan itu, Nabil meraih hadiah barang kemas tajaan Rafflesia The Pearl Centre bernilai RM 150,000, kenderaan Nissan Sylphy (2.0) tajaaan Edaran Tan Chong Motor berharga RM 109,000 serta pakej penginapan bernilai RM8,000 tajaan Palace of the Golden Horses, selain trofi.

Dalam majlis itu juga Nabil turut meraih anugerah dalam dua kategori lain iaitu Artis Komedi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular.

Majlis yang bertemakan ‘Sentuhan Tenun’ itu turut disiarkan secara langsung melalui TV3 serta Hot FM, siaran radio rasmi ABPBH2008.

Majlis pada malam tadi juga diserikan dengan ada’nya Anugerah Percapaian Sepanjang Hayat yang diberikan kepada Raja Pop, Jamal Abdillah berdasarkan sumbangan beliau memartabatkan industri muzik tanah air sepanjang pembabitannya dalam dunia seni selama 30 tahun.

Berikut adalah keputusan rasmi senarai pemenang Anugerah Bintang Popular 2008.

> Bintang Paling Popular – Nabil

> Pelakon Filem Lelaki Popular – Que Haidar

> Pelakon Filem Wanita Popular – Maya Karin

> Pelakon TV Lelaki Popular – Rosyam Nor

> Pelakon TV Wanita Popular – Dynas

> Penyanyi Lelaki Popular – Mawi

> Penyanyi Wanita Popular – Dato’ Siti Nurhaliza

> Penyanyi Nasyid Popular – Rabbani

> Artis Berkumpulan/Duo Popular – Meet Uncle Hussein

> Artis Komedi Lelaki Popular – Nabil

> Artis Komedi Wanita Popular – Noorkhiriah

> Artis Baru Lelaki Popular – Nabil

> Artis Baru Wanita Popular – Stacy

> Pengacara TV Lelaki Popular – Aznil Hj Nawawi

> Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana

> Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail

> Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana

> Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat – Jamal Abdillah

Oh! Artis mengucap’kan tahniah kepada para pemenang dan diharap mereka akan terus menyerikan lagi warna industri tanah air kita. Dan kepada mereka yang tidak bernasib baik, banyak’kan bersabar, mungkin rezeki anda akan datang pada tahun-tahun berikut’nya. Jangan nanti ada yang bermasam muka sesama artis pula, lagipun kita semua berada di dalam satu bidang dan sama-sama’lah menaik’kan lagi seri industri kita ini. Amin~

P/s.. Bukan main lagi Nabil peluk si Irma apabila diumum’kan dia adalah Bintang Paling Popular.. Terkejut dan ‘terkesima’ kot. (Bersangka baik) :)

(OIAM) Simon Terkeluar, Tomok Survive dalam Top 5


Samada anda perasan atau tidak, boeh dikatakan dalam banyak-banyak peserta OIAM, Indrawan atau Tomok adalah peserta yang paling luas mendapat liputan media cetak dan elektronik. Lihat saja mana-mana surat khabar hiburan atau website-website hiburan seperti Oh! Artis sendiri, masing-masing bercerita mengenai Tomok.

Kami masih ingat bila mana semasa Tomok menghadiri ujibakat One in A Million 3 beberapa bulan lepas. Ramai yang mendabik dada dan ada yang ketawa guling-guling melihat Tomok dengan tak tahu malunya datang audition OIAM3. Kata orang, sudahlah suara sengau. Siapa yang tidak kenal Tomok pada masa itu kan?

Hakikat ni seakan-akan berubah sikit demi sedikit bila orang menilai persembahan dan kualiti yang dipersembahkan Tomok dari minggu ke minggu. Boleh dikatakan hampir setiap minggu Tomok sentiasa menjadi pilihan juri.

Dan malam tadi (11 April 2009), Tomok terus maju menjadi Top 5. Selamat tinggal diucapkan buat Simon yang terkeluar pada minggu ini. Itulah adat pertandingan yang terpaksa di terima.

Minggu ini adalah minggu tribute Sheila Majid di mana kita dapat melihat kesemua pelajar menyanyikan lagu dari Sheila Majid dengan cara mereka sendiri. Dan seperti biasa, yang paling menyerlah dan pakar mengubah lagu asal ke versi sendiri adalah Tomok. Lagu Aku Cinta Padamu pada awalnya nampak seperti lagu asal tetapi sampai ketikanya, keluar lagu Aku Cinta Padamu versi Tomok yang rancak dan ber’tempo pantas dan ligat. Seperti biasa, persembahan Tomok pasti membuatkan OIAM3 kelihatan seperti konsert dan bukan lagi pertandingan.

Tahniah buat Tomok dan peserta lain yang berjaya maju hingga ke Top 5. Jangan ditanya Oh! Artis kenapa tidak mengulas lanjut mengenai persembahan peserta lain kerana kami di Oh! Artis adalah 100% penyokong No 1 Indrawan atau Tomok! Anda ada kredit lebih, bolah’lah vote for Tomok ya?

Jika Adlin Aman Ramli tidak akan percaya lagi pada rancangan Raja Lawak jika Sepah tidak diangkat menjadi juara, Oh! Artis pula takkan percaya lagi pada rancangan One In A Million jika Tomok tidak diangkat sebagai juara atau at least, maju ke peringkat final.

Go Tomok Go!!

Psstt: Even akak si Tomok, si Isma dah terkeluar dari AF7, Pasti Tomok akan terus berkembang mekar di OIAM.

- Entri Ikhlas dari Khai *rajin aku tulis pagi2 buta jam 5:30 ni ye.. huhuhu

yes tomok send to 33399

“Jangan panggil saya Tomok!” – Tomok

Kami pernah menulis luahan hati oleh Khai menegenai Tomok suatu ketika dulu [entri ini] dan kali ini Kosmo tampil untuk menukar tanggapan masyarakat mereka yang kononnya bandar dan international.

LEWAT kebelakangan ini, nama Tomok kembali hangat. Dalam industri hiburan, siapa yang tidak pernah mendengar nama Tomok. Nama ini selalu dipersenda. Banyak orang yang skeptikal apabila mendengar nama Tomok.

Dia digelar penyanyi dengan suara meleleh. Band yang diasaskan juga, New Boyz dilabelkan sebagai kugiran kampung.

Pendek kata, Tomok dan New Boyz macam satu virus yang menggelikan kelompok yang merasakan diri mereka orang bandar atau pejuang muzik internasional.

Tetapi nama Tomok hari ini disebut dalam nada berbeza. Ramai yang sudah mula kagum dengan penyanyi ini.

Menyaksikan kredibilitinya dalam One In A Million (OIAM), baru ramai menyedari bahawa potensi penyanyi ini bukan sekadar menyanyi lagu leleh dengan suara sedikit sengau. Namun Tomok mempunyai lebih daripada suara lelehnya itu.

Lebih-lebih lagi selepas ramai yang terkesima menyaksikan dia mendendangkan lagu Crazy In Love milik ratu hip hop, Beyonce Knowles. Mendadak terus saham Tomok naik lebih tinggi daripada kebiasaan.

Tomok yang saya temui hujung minggu lalu hanya senyum. Ringkas tapi tepat maksud bicaranya: “Saya tahu, kutukan terhadap saya sudah melimpah ruah. Tak muat ruang lagi dah.” Dia ketawa. Sinis.

Dia kemudian menyambung bahawa dia seorang lelaki yang realistik. Selalu dia tanam dalam diri, dalam sejuta yang membencinya, pasti terselit orang yang sukakannya.

Dia juga tidak hidup kerana orang, lantas cacian itu hanya satu asam garam kehidupan. Read more

(OIAM) Rizu peserta lalaki pertama tersingkir

April 6, 2009 by  
Filed under One in a Million, Selebriti, Tempatan, TV


Rizu, 19, menjadi peserta lelaki pertama tersingkir dalam program realiti One In A Million musim ketiga (OIAM) pada minggu ke-7, semalam.

Minggu lepas, dia mendendangkan lagu Naluri Lelaki yang dipopularkan Samson tetapi undian para penonton nampaknya tidak memihak kepadanya.

Menurut Rizu, dia akur dengan keputusan itu dan berhasrat mengeluarkan album yang telah tertangguh selama enam tahun dalam tempoh terdekat.

“Saya menerima keputusan ini. Malah, saya dah set dalam minda jika keluar daripada pertandingan ini, maka saya terima kehendak para penonton.

“Apa yang saya harapkan kawan-kawan saya akan meneruskan perjuangan dalam OIAM ini,” katanya pada sidang akhbar selepas berakhirnya program realiti itu.

Dengan penyingkiran Rizu, maka tinggal enam peserta yang meneruskan persembahan pada minggu ini.

Empat peserta lelaki tersebut ialah Tomok yang membawakan lagu Umbrella nyanyian Rihanna (Umbrella – Rihanna), Nine (Cinta Gila – Grey Sky Morning), Aweera (Di Penjara Janji – Awie) dan Simon (Livin’ On A Prayer – Bon Jovi).

Manakala peserta perempuan yang kekal bersaing dalam program realiti itu ialah Amylea dan Esther.

Amylea menyanyikan lagu Somewhere Only We Know yang dipopularkan Keane sementara Esther membawakan lagu Sweet About Me nyanyian artis Gabriela Cilmi.

Apa yang lebih mengejutkan, juri Syafinaz Selamat dan Paul Moss mengumumkan imuniti bagi para peserta secara automatik dimansuhkan bagi minggu ini, iaitu minggu ke-7, dan seterusnya.

Ini bermakna bermula minggu ini, nasib semua peserta akan ditentukan 100 peratus menerusi undian para penonton.

Kredit: Fiqlife
Oh! Artis: Maaf kerana artikel ini agak lewat dua hari untuk disirkan.

Next Page »

Blog Widget by LinkWithin

Page optimized by WP Minify WordPress Plugin