Mamat Sepah lari dari pengambaran apabila dapat tawaran lain
Selepas satu masalah, masalah lain pula timbul berkenaan dengan Mamat Sepah, jika sebelum ini beliau mempunyai masalah dengan Adda, kemudian dengan kawan rapat beliau Shuib dan Jepp dan juga Kekasih baru beliau Fida yang kini dikatakan telah berpisah kini masalah baru pula yang berlaku berkenaan beliau.
Terdapat berita baru yang kurang sedap didengar berkenaan dengan Mamat Sepah yang kini baru sahaja di pinggirkan oleh kumpulan Sepah sendiri. Kini timbul pula berita yang Mamat telah memberi masalah besar kepada kru produksi pengambaran drama komedi kerana beliau lari dari menghadiri pengambaran dan dikatakan ianya berlaku setelah beliau menerima tawaran produksi lain yang bertempat di Sabah.
Oleh itu berlakunya masalah besar yang melibatkan produksi drama tersebut untuk mencari pelakon ganti dan semestinya tidak sesuai untuk digantikan oleh orang lain. Malahan pula dikatakan drama tersebut sudah sampai ke penghujung pengambaran dan hanya tinggal beberapa babak penting yang perlu dilakonkan oleh Mamat. Ada sumber menyatakan bahawa berkemungkinan Mamat tidak selesa berlakon dengan bekas ahli Sepah iaitu Shuib.
OH! ARTIS: MAKIN MENYAMPAH DENGAN MAMAT NI. SATU PERSATU MASALAH DIA BUAT. TAK PAYAH JADI ARTIS LAH KAU.
Johan Raja Lawak kini bergelar Deejay rasmi Radio ERA
September 13, 2011 by Gadis Lonely?
Filed under Al-Kisah, Gossip, Raja Lawak / Maharaja Lawak, Selebriti, Tempatan, TV
Belum pun filem lakonannya, Raya Tak jadi ditayangkan, Johan telah menerima satu tawaran yang amat baik untuk menjadi Deejay di Radio ERA. Johan yang telah lebih sebulan mengendalikan program “Riuh Pagi Era”, telah ditawarkan untuk menjadi penyampai tetap di stesen radio berkenaan setelah pihak pengurusan Era berpuas hati dengan bakat dan potensi yang ada pada Johan untuk menambah-baik persaingan antara radio itu dengan pesaing radio tempatan lain.
Menurut Johan, dia tidak akan menolak tawaran itu kerana baginya, ini adalah satu peluang keemasan yang tak boleh dilepaskan begitu sahaja. Johan menyedari kerjaya sebagai seorang pelakon dan pengacara sememangnya tidak kekal lama sebaliknya, tugas sebagai seorang deejay radio lebih mampu menjamin masa hadapan keluarga dan anak-anak apabila tiba zaman kegelapannya di dalam dunia lakonan dan pengacaraan.
Pihak pengurusan ERA juga memberikan Johan sedikit masa untuk menyelesaikan segala tugas lakonannya sebelum menempa nama sebagai deejay rasmi stesen radio tersebut. Kami di OhArtis, mendoakan yang terbaik untuk Johan yang kami rasakan, jauh lebih layak menerima anugerah Pelawak Popular di Malaysia.
OH! ARTIS: TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI, TUAH MANUSIA SIAPA YANG TAHU? UNTUNGLAH~
Penafian Zizan mengenai isu besar kepala nampak tidak releven
August 25, 2011 by Gadis Lonely?
Filed under Bermasalah, Panazzz, Raja Lawak / Maharaja Lawak, Selebriti, Tempatan
Baru-baru ini sebuah akhbar mingguan telah mengeluarkan sebuah artikel yang menuduh Zizan Raja lawak sebagai besar kepala dan berlagak termasuk dikalangan kawan-kawan rapat beliau. Dalam Akhbar tersebut juga menyatakan Zizan bermegah diri dengan apa yang dicapai dalam kerjayanya sekarang.
Oleh itu Zizan tampil untuk menjawab tuduhan tersebut dengan menafikan semua tuduhan yang dilemparkan kepada beliau dari akhbar tersebut. Beliau juga terkejut dengan dakwaan tidak berasas itu dan menyatakan beliau masih lagi berdiri dibumi yang nyata dan masih ingat asal usul beliau katanya apabila ditemui di tayangan perdana Hantu Bonceng baru-baru ini.
Zizan juga membangkitkan satu lagi isu yang mengaitkan beliau dengan perkara yang tidak benar yang menyatakan beliau tidak puas hati dengan keputusan pertandingan Maharaja Lawak 25 jun lalu. Dia menyatakan kekesalan beliau terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita tidak benar mengenai beliau dan tidak ingin hal ini diperbesarkan untuk tidak menyinggung mana-mana pihak.
Zizan yang kesal dan kecewa dengan hal ini sempat meminta maaf secara terbuka kepada sesiapa sahaja yang mungkin terluka dengan perangai beliau dan mengaku tidak berniat langsung untuk melukakan hati mana-mana pihak dan mengaku beliau boleh menerima segala teguran yang deberi.
“Saya harap hal ini tidak dikecohkan lagi dan kalau ada kesilapan yang telah saya lakukan, tegurlah. Maklumlah, kita sebagai manusia tidak boleh elak daripada melakukan kesalahan.
OH! ARTIS: KALAU TIADA ANGIN, MASAKAN POKOK BOLEH BERGOYANG YE TAK? HAISH!
Nabil dan Nazirah akan berkahwin 30 September ini
August 16, 2011 by Gadis Lonely?
Filed under Menarik, Panazzz, Raja Lawak / Maharaja Lawak, Selebriti, Tempatan
Seperti yang dijangkakan, agak ramai artis yang akan melangsungkan perkahwinan pada bulan september ini iaitu selepas sambutan hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
Begitu juga dengan Nabil Raja Lawak yang telah merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada 30 september ini. Nabil akan melangsungkan perkahwinan dengan seorang wanita yang bernama Nazirah Ayub yang berumur 23 tahun. Bakal isteri nabil ini merupakan bekas peramugari bagi syarikat penerbangan AirAsia yang dikenali beliau sejak enam tahun lalu.
Nabil mengenali Nazirah Ayub daripada adik iparnya dan cinta mula berputik sejak awal tahun ini. Katanya lagi Nazirah mempunyai kelebihan yang membezakan beliau dengan wanita-wanita yang lain.
Saya suka sikapnya yang tidak suka menunjuk-nunjuk dan iklas. Keistimewaan Zira itulah membuatkan hati saya terbuka untuk melamarnya sebagai isteri.
OH! ARTIS: THIS IS THE BEST BRO! YANG LEPAS USAH DIKENANG.
(Video) Maharaja Lawak Minggu ke-11 Kuantan

Malam tadi kami tak dapat nak buat live update di blog ini atas sebab-sebab tertentu. Jadi kami buat live review/update dari Twitter kami sahaja. Kepada yang belum follow Twitter kami, bolehlah follow sekarang melalui www.twitter.com/ohtweet. Ini sahaja Twitter kami. Kalau ada nama-nama lebih kurang mengaku Oh! Media tu, sila abaikan sahaja.
Lawak malam tadi boleh kami kategorikan sebagai minggu paling hebat sejak berlangsungnya Maharaja Lawak di Astro Warna. Antara kumpulan paling menyerlah malam tadi adalah Jozan dan juga Sepah. Kedua-dua kumpulan ini dapat memberikan lawak yang amat hebat dan diluar jangkaan.
Untuk Nabil, Jambu dan R2, persembahan mereka biasa-biasa sahaja dan masih tiada kelas yang tersendiri terutama Jambu yang selalu mengulang-ulang ayat yang sama seperti “boleh tuju lagu” dan sebagainya yang membuatkan penonton berasa bosan kerana dah terlalu banyak kali diulang. Harap mereka dapat memberikan yang lebih terbaik minggu hadapan sebelum berlangsungnya final Maharaja Lawak nanti.
Maharaja Lawak pada minggu ke-11 yang berlangsung di Kuantan ini, memerlukan para peserta membuat dua kali persembahan. Persembahan pertama adalah bebas dan persembahan kedua, memerlukan mereka berlawak menggunakan props (propping).
Kepada yang tidak dapat menonton, boleh menonton melalui video-video di bawah ini. Apa yang kami tuliskan di atas tadi, hanyalah pendapat peribadi kami sahaja dan pendapat anda mungkin berbeza dengan kami. Jadi, sila lontarkan di bahagian komen artikel ini. Terima kasih.
Jambu
R2
Nabil
Sepah
Jozan
Tiada penyingkiran pada minggu ini apapun sedikit nasihat kepada Jambu yang pada awal Maharaja Lawak sangat best, agar cukup-cukuplah membadutkan diri di atas pentas. Cubalah mencari lawak yang mempunyai pengisian sedikit dan elakkan pengulangan lawak dalam persembahan.
Kepada Nabil, good job bro. Walaupun satu-satunya peserta Solo yang masih tinggal, Nabil dapat memberi saingan kepada kumpulan yang mempunyai 2 dan 3 ahli. Selalunya idea dari satu kepala mana boleh sehebat idea dari 2 kepala atau 3 kepala.
Kepada R2, kepada adiknya, sila belajar cara untuk lebih enjoy beraksi di atas pentas dari abang kamu sendiri. Keserasian tu kurang. Semua pun nampak hanya abang yang memberi dan adik hanya menerima dan tak mampu buat orang ketawa.
Kepada Sepah, tak perlu cakap apa-apa kerana korang memang terbaik! Shuib sejak dah nikah dengan Sarah ni, makin hensem dan makin lawak. Terbaik!
And last but not least, Jozan!! Kalau maintain macam minggu ni, memang confirm jadi juara.
+ Kredit video kepada, GuaTV. Dipermudahkan untuk tontonan anda oleh Oh! Media & Oh! Artis.
(Gambar) Tauke kumpulan Jambu bersama kekasihnya
June 2, 2011 by DJ BOB
Filed under Gambar Artis, Gossip, Raja Lawak / Maharaja Lawak, Selebriti, Tempatan, TV
‘Muka Legend Hati Cute’ merupakan tagline yang tidak asing lagi bagi peminat setia Maharaja Lawak, tagline yang diperkenalkan oleh kumpulan Jambu dan Taukey ini mungkin mempunyai cerita disebaliknya.
Orang kata perempuan lebih mudah terpikat pada lelaki yang pandai membuat lawak, mungkin begitu juga situasinya dengan Taukey yang membunyai muka Legend tetapi mempunyai hati ‘Cute’ yang dimiliki oleh beliau.
Hati Cute yang dimaksudkan mungkin adalah Kekasih hatinya, jom kita lihat gambar Taukey bersama Kekasih Hatinya.
OH! ARTIS: MEMANG SAH LA SI TAUKE NI MUKA LAGEND, TAPI HATI CUTE! HEHE. MOGA HUBUNGAN BERTERUSAN KE JINJANG PELAMIN HENDAKNYA.
(Live Update) Maharaja Lawak Minggu ke-7

Tiada penyingkiran yang dilakukan pada minggu ke-6. Minggu ini genre yang dilaksanakan adalah lawak bergenre Silent Comedy. Ianya bukan mudah untuk dilakukan malah para penonton sendiri memerlukan perhatian sepenuhnya kalau tidak, pastinya tidak faham.
Lawak bergenrekan Silent Comedy ini diakui sendiri oleh Mamat Khalid yang ianya memang sukar dilakukan malah Mamat Khalid sendiri juga tak mampu untuk melakukannya. Selamat maju jaya untuk peserta hari ini..
Kedudukan Undian Para Peserta:
1. Sepah
Komen kami: Lawak Sepah minggu ini mengenai Hantu, Bomoh dan manusia yang ingin ngangkung (minta nombor ekor lah tu). Sukar kami nak jelaskan dari segi penceritaan kerana lawaknya Silent Comedy. Apapun, Bomoh yang awal-awal dah pengsan akhirnya diubati pula oleh Hantu yang dipanggilnya. Pelbagai reaksi lawak terhasil. Apapun seperti biasa, Sepah mana pernah mengecewakan kita semua.
Komen Juri: “Bukan mudah untuk melakukan lawak Silent Comedy, tapi Sepah amat Brilliant kerana lawaknya dapat difahami” – Mamat Khalid
2. Amir
Komen kami: Lawak Amir pada minggu ini nyata lebih baik dari minggu sebelumnya. Kerana lawak pada minggu ini, Amir tidak perlu mengeluarkan suaranya. Jadi kurang sikit melalut dalam persembahan. Lawak Amir minggu ini mengenai wrestling dan pergaduhan. Amir keluar bertemakan muzik Undertaker dan berlaku aksi pergaduhan (atau mungkin sarkas). Kami pun tak faham. Apa yang pasti penonton di studio, mempermainkan Amir dengan berpura-pura gelak. Alahai kesiannya.
Komen Juri: “Nampaknya ramai peminat yang suka persembahan Amir, tapi saya terus terang dan jujurnya tak faham apa Amir lakukan di atas pentas” – Ahmad Idham
Amir yang tidak berpuas hati dengan komen dari Ahmad Idham, meminta Mamat Khalid pula memberikan komen. Dan ini respon yang diberikan oleh Mamat Khalid (Amir kelihatan sedikit kurang ajar sebenarnya semasa babak ini)
“Mungkin kerana abang brilliant, abang faham apa yang Amir buat” – Mamat Khalid
3. Balas
Komen kami: Lawak Balas pada minggu ini mengenai kisah suami Isteri di manata isteri lebih kuat dari suaminya yang lutut dah berketar. Si suami yang kantoi skandal (ada kesan gincu sebesar alam kat baju), telah dilempang oleh si isteri. Si suami membalas dengan “smackdown” kepada si isteri. Lawak mereka berterusan dengan adegan memandu kereta sambil dikejar suami dengan berlari sahaja. Apa yang pasti lawak mereka minggu ini hebat dan disukai penonton di studio. Di rumah kami tak tahu la.
Komen Juri: “Pada awalnya, saya amat sangsi dengan kebolehan Balas dalam lawak bergenre komedi tetapi hari ini Balas telah membuktikan yang mereka boleh melakukannya” – Saiful Apek.
4. Jambu
Komen kami: Lawak Jambu untuk silent comedy minggu ini mengenai perenang yang bertanding. Sumpah lawak gila sampai sakit perut ketawa. Kahkah!! Taknak komen banyak-banyak. Yang pasti memang rugi siapa tak nengok.
Komen Juri: “Jambu adalah pelawak bertaraf international. Pengetahuan yang luas di dalam dunia komedi. Apa yang telah Jambu lakukan, bukan setakat di Malaysia namun mereka yang berada di Amerika Latin juga akan ketawa apabila melihatnya. Anda layak juara dengan persembahan seperti ini.” – Mamat Khalid.
5. Nabil
Komen kami: Nabil menaiki bot dan karam dilautan. Pelbagai perkara yang dialaminya termasuk dikejar hantu, ikan jerung dan ikan paus. Apapun ok memang lawak sampai kepala pun tercabut. Kahkah.
Komen Juri: “Sayang kerana idea tu dah ada cuma nampak lost macam kurang rehearsal. Apapun tetap ok, saya suka!” – Ahmad Idham.
6. Jozan
Komen kami: Johan dan Zizan melakukan silap mata di atas pentas. Pelbagai lawak yang berlaku semasa silap mata sedang berlangsung. Paling tak tahan, Johan suka sangat mengkantoikan silap mata yang dibuat Zizan. Persembahan yang amat menarik dan amat ceria. Bersepah pentas dibuatnya.
Komen Juri: “Jozan telah memberikan persembahan yang amat bersesuai dengan apa yang dipanggil Silent Comedy. Saya tak berasa sunyi kerana ada muzik di dalam persembahan membuatkan saya seolah-olah sedang menonton persembahan Charlie Chaplin. Terbaek!” – Saiful Apek.
7. Man
Komen kami: Lawak Man pada minggu ini berkisarkan tentang nenek moyang kita semasa zaman jepun dahulu. Man yang berpakaian wanita siap dengan mekap ala makcik-makcik, keluar ke pentas untuk membasuh kain. Kemudiannya berlakulah serang Jepun ke tanah Malaya. Man yang tadi sedang membasuh kain, terus transform jadi Makcik Askar dan turut sama berperang. Adegan perang berlangsung dengan baik sekali tetapi sedikit membosankan.
Komen Juri: “Persembahan kumpulan lain ditahap-tahap international, tetapi persembahan Man hanya diterima baik para peminat Man sahaja. Abang harap Man ada lagi minggu hadapan agar dapat mempelbagaikan lagi jenaka kita.” – Mamat Khalid.
Tamat semua persembahan dan undian telah ditutup. Siapakan yang akan tersingkir minggu ini? Pada minggu ini para peserta akan tersingkir mengikut pilihan peserta yang lain selain dari markah yang diberikan juri dan sms dari penonton.
Video rakaman awal undian peserta ditunjukkan tetapi undia mereka masih rahsia. Peserta diminta menulis di dalam kertas satu nama peserta yang ingin mereka singkirkan dan masukkan ke dalam kotak.
Dan peserta yang tersingkir adalah: AMIR TERSINGKIR!!
P/s: Ada undi masuk untuk minggu ke-8. Penonton boleh mengundi mereka yang telah tersingkir. Anda boleh memilih mereka di Facebook Maharaja Lawak dengan hanya klik LIKE pada gambar mereka. Kami harap anda dapat membuat pilihan yang bijak untuk dibawa masuk.
+ Oleh kerana pihak Astro telah mula mengeluarkan semua rakaman haram yang dibuat dan diupload di Youtube, jadi kami tak dapat menjanjikan untuk menyediakan video Maharaja Lawak pada minggu ke-7 ini. Apa yang pasti, jika ada kami akan senaraikannya di sini bagi memudahkan anda semua untuk menonton.

* contoh notis yang dikeluarkan Youtube.
Jika tiada, consider untuk subscribe Pakej Mustika dari pihak Astro. Pada kami yang dah melanggan Pakej Mustika hampir setengah tahun ini, amat berpuas hati dengan apa yang dihidangkan Astro Warna dan Astro Mustika. Sejak ada dua channel ini, kami jarang-jarang sekali switch channel lain. Ala, RM10 sahaja untuk gelak ketawa maksimum. Ini komen ikhlas kami dan ianya tidak dibayar Astro ![]()
+ Jika anda menyukai efforts yang kami lakukan, tolong pertimbangkan untuk vote kami di WWWOW Awards. Klik di sini (login dengan akaun Facebook, isi random word dan vote).
+ Update: Kami telah update semua video. Kredit penuh untuk efforts GuaTV membawakan Maharaja Lawak secara percuma di Astro. Kami percaya, Astro akan membuat laporan juga kepada Youtube bagi menutup page yang baru mereka buka semula ini.
(Live) Maharaja Lawak Minggu ke-6
May 6, 2011 by Gadis Lonely?
Filed under Menarik, Panazzz, Raja Lawak / Maharaja Lawak, Selebriti, Tempatan, TV

Seperti minggu-minggu sebelum ini, Oh! Artis akan cuba membawakan persembahan semua peserta Maharaja Lawak secara live terus kepada anda. Dan hari ini adalah persembahan untuk minggu ke-6 dan tema persembahan hari ini adalah bebas. Teruskan bersama kami untuk perkembangan seterusnya.
Balas
Respon kami: Persembahan Balas pada minggu ini mengenai satu keadaan di hospital antara seorang pesakit yang baru kemalangan bersama seorang doktor. Pelbagai karenah dari pesakit membuatkan doktor semakin gila. Pelbagai lawak contohnya seperti biji kacang hijau yang masuk ke telinga pesakit. Ingin lakukan pembedahan tetapi nak murah sahaja. Kemudian doktor menyuruhnya menitikkan air ke dalam telinga selama 3 hari agar menjadi toge. Jadi mudah untuk dikeluarkan. Persembahan yang agak baik dari Balas.
Respon Ahmad Idham: Awal persembahan ok, tetapi dihujung persembahan sedikit tergeliat.
Jozan
Respon kami: Persembahan Jozan pada minggu ini antara seorang tukang urut (Johan) dan pesakit kaki seliuh (Zizan). Jozan yang ingin menyepak anjing tersepak Rim tayar. Johan memberitahu Malik Noor baru balik dari berurut dengannya kerana tersepak Rim tayar 18 inci yang dah 3 hari melekat di kakinya. Pelbagai lawak cuba diberikan yang melibatkan nama-nama artis. Tetapi pada kami persembahan mereka biasa sahaja pada minggu ini. Sedikit mengecewakan kerana mereka selalunya jauh lebih hebat berbanding peserta lain.
Respon Apek: Apek berpura-pura menjadi Mamat Khalid yang tiada pada minggu ini. Antara kata-katanya, dia suka dengan persemabahan dari Jozan.
Amir
Respon kami: Minggu ini Amir menceritakan kisah perkahwinan dan berumahtangga. Amir terjumpa bayi dan tertanya-tanya milik siapakah baby tersebut. Akhirnya Amir membawa pulang bayi tersebut. Rupanya bayi tersebut adalah anak kucing. Apapun seperti biasa, persembahan Amir agak membosankan kerana sedikit perlahan dan sentiasa merapu-rapu sahaja dan melalut-lalut tetapi akhirnya diselangi-seli dengan moral yang agak bagus. Adakah Amir akan terkeluar pada minggu ini?
Respon Ahmad Idham: Amir berada di tempat yang amat bahaya sekarang. Amir dikatakan berada di zon selesa kerana dipuji juri pada 2 minggu sebelum ini. Tema dah menarik, tetapi bila dicantumkan dalam penceritaan dan konsep berinteraksi dengan penonton, ianya agak membosankan. Jika Amir ada lagi minggu hadapan, juri nak nengok Amir buat lain lagi daripada minggu ini.
Nabil
Respon kami: Nabil bercerita mengenai GPS yang telah mengawal manusia di mana manusia akan mengikuti sahaja setiap arahan yang diberikan GPS. Dengan adanya GPS kita tak perlu tanya orang lagi dan semua yang diceritakan Nabil ini diselangselikan dengan lawak interaksinya bersama abang tepi jalan yang menunjuk arah jalan. Ianya sangat lawak!! Kahkah! Apapun agak suram juga tetapi masih ada punchline tersendiri.
Respon Apek: Kalau dilihat dari konsistensi persembahan Nabil dari yang sebelum-sebelum ini, persembahan minggu ini juga agak baik dan pemilihan lawak Nabil dipuji kerana memilih skop lawak kanak-kanak di mana tentunya dapat mengambil hati satu keluarga.
Man
Lawak yang dibawa Man malam ini mengenai kisah suami isteri dan tukang masak. Dapat isteri cantik-cantik tapi tak pandai masak nak buat apa. Man cuba menjadi Chef Wan malam ini dengan beraksi dan bercakap seperti Chef Wan.
Respon kami: Seperti minggu lalu, lawak Man kali ini juga mencuri idea lawak dari Johan. Apapun lawak yang dibawakan tetap lain jalan ceritanya. Oklah bagi kami cuma pasti ada suara-suara belakang akan berbunyi nanti. Apapun antara semua persembahan-persembahan yang telah berlangsung tadi, persembahan Man adalah yang terbaik setakat ini.
Respon Ahmad Idham: Selamat bangun dari tidur dan lawak hari ini adalah bukti Man memang layan menjadi juara Raja Lawak musim ke-5.
Jambu
Lawak yang dibawakan Jambu minggu ini amat menarik seperti minggu-minggu sebelumnya. Mereka bermain Ping Pong dan akhirnya disudahi dengan aksi pegaduhan ala-ala Matrix. Pelbagai adegan menarik semasa perlawanan Ping Pong tersebut berlangsung termasuklah bertukar menjadi perlawanan badminton.
Respon kami: Terbaik! Itu sahaja! Sakit perut gelak.. Persembahan yang memang gila.. Apa pun tak boleh!
Respon Apek: Korang memang jambu. Ibarat sebiji buah jambu, “Ini tak jual, ini champion punya!”.
Sepah
Lawak yang amat hebat seperti kebiasaannya. Minggu ini berkisarkan kisah perkahwinan diraja Britain dan pelbagai lagi kisah lain apabila Shuib datang untuk meminta lagu. Shuib kemudian meminta “barang” untuk melupakan kekasihnya yang meninggalkan dia.
Respon kami: Pesaing Jambu sejak dari awal permulaan Maharaja Lawak.
Respon Ahmad Idham: Saya suka persembahan anda minggu ini. Cuma banyak sangat dialog boleh lost’kan kita. Apapun Sepah perlu digg lagi satu benda mengapa Sepah perlu menjadi juara (perlukan kelainan).
Tamat sudah kesemua persembahan dari peserta yang masih tinggal. Kini sedang menanti siapa peserta yang tersingkir minggu ini..
Tiga peserta yang naik ke atas pentas adalah Balas, Man dan Amir.. Dan yang tersingkir adalah…
Peserta tersingkir: Tiada penyingkiran minggu ini.. =.=’
Minggu hadapan, tema lawak adalah “silent comedy”. Lawak tanpa suara dari kotak suara. Kami yang juga sebagai penonton, mengharapkan persembahan yang jauh lebih baik dari semua peserta pada minggu hadapan. Usahlah buat acuh tak acuh sahaja. Kami tahu anda sibuk dengan pelbagai perkara diluar Maharaja Lawak, tetapi kalau nak jadi artis professional, semua tu bukanlah satu alasan.
+ Video akan diupdate kemudian.
+ Vote Oh! Artis untuk WWWOW Award.
OH! ARTIS: KAMI NAK SANGAT SEPAH ATAU JAMBU DIANGKAT MENJADI JUARA MAHARAJA LAWAK. INI MINAT KAMI SECARA PERIBADI. HARAP MENANG KERANA PERSEMBAHAN, BUKAN MENANG KERANA POPULARITI SEMATA-MATA TETAPI PERSEMBAHAN YANG DIBERIKAN, MACAM NAK TAKNAK..
Maharaja Lawak Minggu ke-5
April 30, 2011 by Gadis Lonely?
Filed under Menarik, Panazzz, Raja Lawak / Maharaja Lawak, Selebriti, Tempatan, TV
Malam tadi telah berlangsung Mahajara Lawak minggu ke-5 yang membariskan 8 peserta lagi yang masih tinggal. Persembahan peserta pada minggu ke-5 ini pada kami biasa-biasa sahaja. Tiada banyak kelainan yang cuba dibawa oleh peserta. Apapun jom nengok semula persembahan malam tadi dan kami akan berikan sedikit komen sebagai seorang penonton.
Man:
Pada kami, lawak Man minggu ini sangatlah teruk. Hampir 80% lawak yang cuba dibawakannya adalah lawak yang dah biasa kita lihat dan selalu dilakukan oleh Johan terutamanya dalam cerita Capalrela di Astro. Bolah dikatakan, ini adalah lawak recycle dari Johan. Paling mengecewakan, Johan buat memang menjadi, tapi si Man ni buat, langsung tak menjadi.
(Live) Maharaja Lawak Minggu ke-4
Kami akan membawakan perkembangan Maharaja Lawak minggu ke-4 secara live di Oh! Artis. Khas kepada mereka yang tidak membeli pakej Mustika. Kami akan bawakan gambar ditengah-tengah rancangan dan kami akan update dengan video persembahan pada hari esok.
Di awal permulaan Maharaja Lawak minggu ke-4 ini, keputusan undian ditunjukkan kepada umum di mana ianya tidak berlaku dalam episod-episod sebelum ini. Jozan berada di tangga teratas undian dikuiti Nabil, Sepah, Jambu, Balas, Man, Alex, Amir dan Jihan. Read more



































