(Review) Filem Chantek Arahan Pierre Andre

Satu lagi filem bakal menjengah ke pawagam pada 16 Februari 2012 ini. Satu filem yang memang dinantikan iaitu gabungan pelakon Pierre Andre bergandingan bersama heroin dari Indonesia, Nurul Ekasari. Filem romantik komedi ini merupakan hasil arahan pengarah muda berbakat Pierre Andre sendiri.
Banyak babak komedi di dalam filem ini bakal menggeletek jiwa anda menontonnya. Jadilah orang pertama untuk menonton filem ini bersama Pierra Andre dan juga Nurul Ekasari. Bagaimana caranya? Dapatkan maklumat di fanpage filem ini. Read more
(Pra-tonton) Sumpahan Kum-Kum
Feroz Khan, Shima Anuar, Wawa Zainal, Bob Ismail, Mejar David Teo
Malam tadi kami telah ke MBO, Subang Parade untuk majlis Pra-tonton filem terbaru arahan Ismail Bob Hashim iaitu Sumpahan Kum-Kum, terbitan Metrowealth Pictures. Beralih ke filem seram (tanpa iklan komedi) filem kelimanya ini berlainan sama sekali. Jika sebelum ini, filem seram komedi arahannya ‘Ngangkung’ mencipta kejayaan luar biasa di mana telah mengaut keuntungan sebanyak RM8.45 juta, adakah sejarah bakal berulang? Anda sendiri tentukan.
Filem ini telah mengambil lokasi di Ijok dan Kuala Selangor akan ditayangkan pada 26 Januari 2012 nanti. Konsep penceritaan dan latar cerita yang berbalik kepada era 90-an di mana ketika itu heboh dikatakan tentang kemunculan Hantu Kum-Kum di kalangan masyarakat kita. Read more
Muat Naik dan Muat Turun Filem Ombak Rindu Di YouTube?

Kepada anda yang masih tercari-cari filem Ombak rindu di youTube tu hentikan sahajalah kerana filem arahan Othman Ali itu telah dihentikan selepas didakwa ia adalah hasil kegiatan menaik turun secara tidak sah. Filem itu kini ditayangkan menerusi Astro First sejak Rabu lalu. Jadi boleh tonton secara sah ya. Kepada yang sudah menonton di YouTube tu untunglah anda. Lebih-lebih lagi yang sempat muat turun.
Menurut Astro, sejak mula disiarkan menerusi Astro First, kegiatan menaik turun filem lakonan Aaron Aziz dan Maya Karin itu tersebar dengan pantas apabila hampir 100,000 penonton, sekali gus menimbulkan rasa kurang senang. Itu dia penangan filem ini. Tindakan perlu diambil pihak tertentu kerana membenarkan muat turun itu menggalakkan lagi cetak rompak secara digital terus berlaku. Kini jika anda mencari link penuh filem itu, gambar di atas itulah hasilnya hasil perbincangan pengurusan Astro First dengan penerbit filem untuk menangani masalah ‘online piracy’ yang bukan saja meragut pendapatan penerbit filem, tetapi juga saluran TV berkenaan. Read more
(Malam Pratonton) Papa I Love you

Malam tadi kami ke Majlis tayangan “Papa, I Love you” filem ke-52 keluaran MIG (Metrowealth International Group). Kalau anda mahu tahu pagi semalam, Mr. David Teoh (Ketua Pegawai Eksekutif MIG) yang terkenal dengan kemurahan hatinya itu telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong menganugerahkan Mr. David Teo dengan gelaran Mejar (Kehormat). Kami akan beritakan lebih lanjut nanti.
Berbalik kepada filem ini yang menampilkan bintang baru Zalif Sidek sebagai peneraju utama selain Lisa Surihani dan adik Mia Sara Nasuha. Sangkaan kami pada mulanya agak ragu-ragu adakah filem ini berbaloi untuk ditonton meleset sama sekali. Pemilihan pelakon ternyata begitu ‘Chemistry’ dan secocok. Comel-comel mereka bertiga itu. Dengan jalan cerita yang menyentuh hati membuatkan krew-krew kami yang hadir ‘terlayan perasaan’ tapi cepat-cepat sedar dari terbuai menitis air mata. Boleh kami katakan mereka berjaya melekatkan kami menonton filem ini tanpa ada sesaat pun terasa bosan. Di selang-seli dengan lawak jenaka ternyata filem komedi romantik ini antara sebuah lagi filem bermutu terbitan MIG. Filem merupakan arahan kedua pengarah muda Hashim Rejab akan menemui anda pada 29hb Disember 2011 nanti. Mahukan tiket percuma dari kami? Nantikan!! Read more
(Malam Pratonton) Suatu Malam Kubur Berasap

Untuk yang masih belum membaca sinopsis dan trailer filem ini, boleh membaca semua artikel yang telah kami keluarkan beberapa minggu lalu melalui link berikut. 13 Disember 2011 bertempat di E@Curve, Damansara telah berlangsungnya malam gala untuk filem pertama terbitan OutLoud Studio ini. Pembikinan filem yang menelan belanja setinggi 1.8 juta dan melalui penggambaran selama 18 hari ini, menampilkan barisan pelakon seperti Angah Raja Lawak, Along Raja Lawak, Azrul Raja Lawak, Zach X-Factor, dan beberapa wajah baru dalam layar perak seperti Nurul Ain, Wira Raja Lawak dan Faiz Raja Lawak.
Berikut adalah sedikit promo dan temubual yang sempat kami rakamkan untuk tatapan anda pembaca di OH! Artis
Kami telah menenton filem ini dan bagi kami, filem pertama terbitan Outloud Studios ini nyata tidak mengecewakan. Dari awal sehingga habis filem sememangnya kami tidak henti-henti gelak-tawa dari Penonton yang rata-ratanya dikalangan media dan barisan artis jemputan. Read more
Johan, Nabil dan Apek – Bujang Terlajak (Belum Terlanjur)
Share
Ada yang suka Johan Raja Lawak. Ada yang suka Nabil Raja Lawak. Ada juga yang suka si Saiful Apek dalam lakonan dan lawak masing-masing. Tetapi bagaimana kalau ketiga-tiga mereka ini digabungkan dalam sebuah filem? Lebih-lebih lagi turut digabungkan bersama si pelakon jelita Fazura.
Filem Bujang Terlajak (Belum Terlanjur) akan menemui anda 19 Januari depan. Wah, dengan tajuk sebegitu apakah ada gimmick untuk menarik penonton menontonnya. Yang pastinya kami percaya, filem ini akan mampu memecah panggung dengan hilaian ketawa penonton. Lebih-labih lagi filem jenaka hebat ini merupakan arahan pengarah berbakat Prof. Madya A. Razak Mohaideen pujaan anda.
Menolak mahu mempersendakan golongan OKU, filem ini hanya menampilkan tiga watak yang sanggup menyamar menjadi seorang yang bisu, pekak dan buta untuk merebut hati dan cinta seorang wanita. Wanita pujaan mereka bertiga memang menyukai dan ingin berkahwin dengan lelaki OKU. Mengapa pula gadis cantik ini berminat kepada golongan OKU? Di sinilah keunikan filem ini di mana turut menyelami perasaan ibu kepada Puteri (Fazura) yang memberi harapan kepada suaminya seorang yang buta, sehinggakan Puteri percaya cinta sejati hanya boleh dimiliki dengan berkahwin dengan orang kurang upaya. Read more
(Review) Filem Gandingan Pelakon Tiga Negara, Fist of Dragon

Filem bergenre filem aksi sememangnya menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia. Dari dulu lagi, kita selalu dipersembahkan dengan pelbagai filem aksi seperti kungfu dan sebagainya kemudian baru-baru ini baru penggiat filem di Malaysia mampu menghasilkan filem aksi tersendiri seperti KL Gangster, Hikayat Merong Mahawangsa dan beberapa yang lain.
Walaupun hasilnya tidaklah sehebat filem luar, namun ianya satu percubaan baik untuk industri perfileman negara yang kami percaya sedikit masa lagi dapat menghasilkan filem sehebat dan setanding filem luar seperti filem-filem Bruce Lee, Jacky Chan, Jet Li atau mungkin sehebat filem Flash Point dan Ip Man lakonan Donnie Yen.
Februari 2012 nanti para peminat filem aksi akan dipersembahkan dengan filem aksi terbaru yang dihasilkan oleh penerbit yang sama dengan filem Ip Man, iaitu filem Fist of Dragon. Filem ini lebih istimewa sebenarnya kerana penghasilannya merupakan kolaborasi antara pelakon Hongkong, Malaysia, dan juga Singapura. Lebih menarik, filem ini melakukan proses penggambaran sepenuhnya di Melaka!! Read more
(Panas) Isu Adegan Ranjang Dalam Filem Ombak Rindu
December 4, 2011 by Gadis Lonely?
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan, Wayang

Kami telah menonton Ombak Rindu yang merupakan adaptasi dari sebuah novel popular nukilan, Fauziah Ashari pada hari pertama tayangannya lagi. Memang benar sambutan filem ini amat hangat sehingga tiada satu kerusi pun yang kosong tanpa penonton di panggung wayang. Tidak lagi yang berpusu-pusu di luar panggung wayang menanti dengan penuh harapan agar masa bergerak laju supaya sampai ke masa tayangan seperti yang tertulis di tiket mereka.
Filem ini sangat baik sehingga mampu membuatkan ramai penonton menangis sepanjang cerita ini. Jalan cerita yang baik kemudian disulami lagu soundtrack yang mampu menyentuh hati dan sanubari para penonton. Kehebebatan tentang sambutan filem yang mendapat kutipan lebih RM750 ribu pada hari pertama ditayangkan ini tidak berakhir di situ malah banyak isu-isu telah dibangkitkan terutamanya isu aksi ranjang yang dipaparkan dalam filem tersebut. Read more
(Trailer & Teaser) Filem Suatu Malam Kubur Berasap

Sebuah filem terbitan OutLoud Studios dan diarahkan oleh Ernie Chen bertajuk Suatu Malam Kubur Berasap (SMKB), akan menemui para peminat filem tempatan pada 22 Disember 2011 ini. Filem ini akan membariskan pelakon popular seperti Angah Raja Lawak, Along Raja Lawak, Azrul Raja Lawak, Zac Diamond (Lebih dikenali sebagai Zach X-Factor), Zami Ismail, Ruminah Sidek, Acappan dan memperkenalkan wajah-wajah baru seperti Nurul Ain, Wira Raja Lawak dan Faiz Raja Lawak. Gandingan ramai dari bekas peserta Raja Lawak ini pastinya membuatkan filem ini menarik untuk ditonton seisi keluarga.
Cerita
Bertempat di ‘Kampung Angan Tak Sudah’, filem ‘Suatu Malam Kubur Berasap’ ini mengisahkan cerita tentang tiga sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang sahabat dari bandar yang baru dikenali iaitu Mie.
Atan (Angah Raja Lawak) seorang yang lurus bendul, rajin, ringan tulang dan bekerja sebagai penggali kubur. Bun (Along Raja Lawak) seorang kutu rayau yang gemar merempit dengan motor kapcainya. Hampir setiap malam beliau akan mengacau gadis-gadis kilang yang baru pulang dari bekerja. Pet (Azrul Raja Lawak) merupakan pemandu lori ayam yang sering bekerja lewat malam. Beliau mempunyai suara yang sengau, suka berlagak dan bercakap besar terutamanya melibatkan perkara mistik dan hantu. Ketiga-tiga mereka sering diganggu oleh Jerdil dan Tocai, Geng Beduk, samseng kampung.
Mie (Zac Diamond) seorang lelaki yang kacak dan segak dari Kuala Lumpur, mula rapat dengan ketiga-tiga sahabat ini selepas kereta beliau rosak di kampung. Beliau mempunyai tunang bernama Lola. Sejak kedatangan Mie, pelbagai peristiwa pelik dan menakutkan berlaku. Mereka juga berkenalan dengan seorang gadis bernama Siti yang menjemput mereka ke kenduri rumahnya. Atan tertarik dengan keayuan Siti dan mula mahu mengenalinya. Mereka berempat ini juga sering diganggu oleh Hantu Cempaka. Dari mana datangnya Hantu Cempaka? Mengapa Hantu Cempaka hanya menganggu mereka? Apakah yang sebenarnya telah berlaku di Kampung Angan Tak Sudah? Semuanya akan terjawab 22 Disember 2011 ini.
Official Trailer
Teaser
(Gambar) Disebalik Tabir Penggambaran Filem Mael Lambong
November 11, 2011 by Gadis Lonely?
Filed under Gambar Artis, Gossip, Selebriti, Tempatan, Wayang

Sebut sahaja Mael Lambong, pasti ramai yang akan terbayang Zizan. Nama watak Mael Lambong ini mula kedengaran semasa Zizan dan Johan (JOZAN) beraksi di dalam Maharaja Lawak. Mael Lambong adalah seorang penarik kereta ketika itu.
Berikutan nama ini mula menjadi sebutan ramai dan semakin meletup dek kerana Maharaja Lawak, Ahmad Idham akhirnya membuat keputusan untuk (di atas desakan peminat) untuk mengeluarkan sebuah filem bertajuk Mael Lambung VS Ah Chai. Kami pasti Zizan akan digandingkan bersama Johan jika filem ini benar-benar dapat dihasilkan. Tapi entah apa ceritanya, akhirnya hanya sebuah filem yang bertajuk Mael Lambong sahaja yang akan disiapkan. Mungkin Johan semakin sibuk bersama karier barunya sebagai DJ Radio Era. Read more



















