Kami
Share

Hi, Oh! Artis dirasmikan pada 01 November 2008 bertujuan untuk memeriahkan dunia hiburan tempatan. Di sini anda akan dihidangkan dengan pelbagai cerita mengenai selebriti dalam dan luar negara. Anda juga dapat melihat pelbagai gambar artis luar dan dalam artis-artis tempatan dan antarabangsa.Selain itu juga anda dapat melihat review terbaru tentang movie di panggung dan projek-projek terbaru artis kesayangan anda.
Disclaimer / T&C
Oh! Artis adalah sebuah lagi medium hiburan kepada mereka yang berminat mengetahui perkembangan terkini Artis-artis tempatan dan antarabangsa. Setiap artikel dipaparkan berlandaskan cerita yang betul atau mungkin gosip jika dinyatakan. Kami juga menyelitkan gambar-gambar yang mudah didapati di internet untuk membuang title gosip tersebut jika mempunyai bukti yang sahih. Oh! Artis tidak berniat ingin melukakan mana-mana artis melalui artikel yang kami keluarkan. Kami juga tidak dibayar untuk mempromo artis di sini. Hakikatnya, kewujudan kami hanya untuk menyerikan dunia hiburan tanah air. Kami hanya menyiarkan berita yang benar dari sumber yang kami terima.
Baik atau buruk perangai seseorang artis, manusia tidak pernah lekang dari melakukan kesilapan. Jadi tidak timbul kata-kata Oh! Artis memfitnah dan memburukkan artis pada masa akan datang. Jika anda seorang artis yang tidak senang cerita anda dicanang di sini dan merasakan anda betul-betul ada hak untuk meminta entri tersebut di padam kerana gambar adalah palsu atau gosip mungkin mengotorkan nama anda, sila hubungi kami dengan cara baik dan kami akan berkompromi pada bila-bila masa. Jadi hubungi kami dengan cara baik kerana kekuatan Oh! Artis bukan datang pada cerita mengenai anda sahaja malah ramai lagi artis lain yang kian menyinar.
Diingatkan, sebelum anda membaca mana-mana entri di sini, anda perlu mematuhi syarat-syarat yang telah kami tetapkan.
1. Anda perlulah memberikan respon berpadanan dengan entri.
2. Jaga tatasusila perkataan anda semasa memberi komen. Kerana jari, badan binasa.
3. Segala respon yang anda berikan, 100% terletak di bawah tanggungjawab anda. Jika berlaku sesuatu yang tidak enak di masa akan datang, kami di Oh! Artis tidak langsung bertanggungjawab kerana bukan kami yang mengeluarkan respon yang anda keluarkan sendiri.
4. Berfikir sebelum memberikan komen. Jika anda telah terlanjur menghantar komen yang tidak sepatutnya, hubungi kami untuk request respon anda di padam.
Harus diingat, sistem kami hanya mengawal perkataan yang kurang enak di baca iaitu mencarut atau sebagainya. Selebihnya, kami tidak sesekali akan memadam komen anda kerana awal-awal telah kami katakan, respon anda adalah 100% di bawah tanggungan anda sendiri. Kami juga mengamalkan kebebasan memberi respon kepada anda dengan penuh amaran, respon tersebut adalah tanggungjawab anda sendiri.
Pihak Oh!Artis amat mengalukan sebarang sumber gossip untuk dikongsikan bersama di Oh! Artis.Sila hubungi unit penulisan gossip di alamat emel OhMediaNetwork@gmail.com
Isu gambar dan Copyright
Kami memandang berat isu ini. Setiap gambar yang ada di website ini secara automatik akan terlekat dengan watermark dari pihak kami. Itu hanya sebagai tanda gambar tersebut di host’kan di dalam server kami. Ianya terpaksa dilakukan bagi mengelak kes-kes hotlinking yang kian menjadi-jadi. Bukannya “claim” bahan itu kepunyaan kami.
Namun!!
Jika mana-mana gambar yang berada di website ini datang dari lensa kamera anda, kami pasti akan memberikan kredit sepenuhnya kepada anda di bahagian bawah entri (akan di link terus ke blog anda). Itu jika kami tahu hak milik siapa gambar tersebut. Kadang-kala, kami menerima email gambar-gambar artis atau terjumpa dari forum luar yang sedia ada tidak disertakan kredit yang itu gambar milik anda. Jadi kami tidak tahu kepada siapa kredit gambar tersebut harus diberi.
Jika gambar tersebut 100% datang dari lensa kamera anda, hubungi kami dengan segera. Kami akan memberikan kredit habis-habisan selayaknya kepada anda. Namun jika anda meminta kami untuk memadam gambar hakcipta tersebut, kami sentiasa bersedia untuk melakukannya pada bila-bila masa asalkan anda mempunyai bukti yang betul-betul kukuh, itu sememangnya gambar milik anda.
Dear all fellow members,
THE FREEDOM TO SPEAK COMES WITH A RESPONSIBILITY; you are responsible for what you say! The freedom to speak is NOT TO BE ABUSED; you must not use it to harass or defame others, or to spread any untruths. If you use this website for the wrong purpose and the person files a police report, OH! MEDIA CANNOT AND WILL NOT PROTECT YOU.If required by the law and the authorities, YOUR INFORMATION WILL BE SENT TO THE AUTHORITIES. Please USE THIS WEBSITE WISELY. Thank you.
admin
Domain Oh! Artis ditaja oleh Amanz.


























