Sekitar Majlis Perlancaran Album Inggeris Siti Nurhaliza di Starhill Gallery KL
ShareSeperti yang telah diberitahu sebelum ini, satu majlis perlancaran album ‘All Your Love’ Siti Nurhaliza telah diadakan semalam, 26 September 2011. Majlis ini telah berlangsung di Starhill Gallery, KL.
Album baru Siti ini mendapat sentuhan ramai pakar dalam bidang muzik termasuk mereka yang pernah menyumbang kepada Lady Gaga, Kanye West, Usher dan Macy Gray. Antara lagu yang menarik yang terdapat dalam album itu ialah ‘Stand Up’, ‘All Your Love’, ‘Nobody Else’ dan banyak lagi.
Ramai artis dan selebriti yang hadir di majlis pelancaran tersebut untuk memberi sokongan moral terhadap Siti Nurhaliza. Siti juga kelihatan hot apabila mengenakan pakaian merah menyala dan topi hitamnya.
Lagi gambar Siti Nurhaliza di majlis perlancaran Album Inggerisnya selepas ini. Enjoy!





Album Siti Nurhaliza 'All Your Love' Sudah Berada Di Pasaran
Share
Akhirnya impian Datuk Siti Nurhaliza untuk mempunyai album Inggeris pertama telah tercapai. Album Inggeris pertama beliau telah berada di pasaran antarabangsa apabila peminat boleh mendapatkan album tersebut melalui iTunes atau pun memuat turun secara sah di cdbaby.com
Dengan pembelian secara online dan teknologi terkini, album yang mengandungi 10 buah lagu itu nampaknya tidak terhad di Malaysia sahaja, malah ia telah melangkaui sempadan ke seluruh dunia. Para peminat Datuk Siti Nurhaliza di seluruh dunia berpeluang untuk mendengar buah tangan terbarunya.
Bagi mereka yang bersabar dan ingin membeli album terbaru Siti dalam bentuk fizikal boleh lah dapatkan di kedai muzik berdekatan mulai 24 September.
Berikut antara lagu-lagu yang terkandung dalam album All Your Love:
1. All Your Love
2. Nobody Else
3. Tonight
4. All Over Again
5. I’ll Wait Forever
6. Falling In Love
7. I Cry Out
8. Fight For Love
9. Stand Up
10. Remember You (featuring Sean Kingston)
Album All Your Love diterbitkan oleh Whats Up Entertainment dan akan dilancarkan dalam satu majlis di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 26 September ini.
OH! ARTIS: TAK SABAR NAK KE KEDAI MUZIK UNTUK DAPATKAN ALBUM FIZIKAL INGGERIS PERTAMA DATUK SITI NURHALIZA.
Gambar: Fasyen Tudung Terbaru HAJAH Siti Nurhaliza
December 28, 2008 by Gadis Lonely?
Filed under Featured, Panazzz, Tempatan
Berikut adalah gambar terbaru HAJAH Datuk Siti Nurhaliza ketika bertandang dirumah kenalan rapat Dato K.. Hurm, entahlah Siti. Dari tudung dah jadi selendang, lepas ni jadi kain lap kaki je kot tudung kau tu..
























